Rabu, 4 September 2013

catatan pertama

"Hawa ank ibu" (selalu yg aku panggil ketika dia baru bangun)
selama 2 bulan 9 hari masa yg Allah pinjamkan dia kepada kami... aku puas menjaga dia walaupun masa yg diberikan singkat. Aku bersyukur kerana dapat juga aku merasa perasaan membawa satu 'nyawa' dalam perut. Aku bersyukur dapat merasa bagaimana persaan mak yg mmbawa aku selama 9 bulan dlm kandungannya. Aku bersyukur dpt merasa sifat penyayang yg dikurniakan stiap ibu di dunia.

"hawa ank ibu"
ibu redha syg.. ibu tahu Allah akan jg hawa lebih baik dr ibu... Allah ambil hawa sebab Dia tahu yg ibu x boleh jaga hawa... mungkin ibu boleh tahan ujian Allah takat ini saja.. sebab Allah tahu tahap kesanggupan kita menerima ujian dariNya.

"hawa ank ibu"
semakin hari smakin rindu dekat ank ibu ni... gmbar² hawa yg sempat ibu ambil akn djdikan 'pengubat' rindu ibu...air mata yg selalu menjdi peneman...sakit menanggung sebak... tp percayalah sdikit pun ibu x pernah menyalahkan takdir Allah... ibu redha syg.. ibu percaya yg Allah sdg merencanakan sesuatu yg lebih baik buat keluarga kita...

"hawa ank ibu"
ada 1 beg yg abi baru beli utk senang ibu bwk brg² hawa jika ibu ke hospital...kat dlm tu ada sepsng baju hawa yg hawa pakai di hari terakhir hawa di dunia... masih ibu simpan beserta sarung kaki dan tgn dan juga topi favourite hawa :)... bau hawa masih ada di baju trsebut walaupun hampir sebulan hawa meninggalkan ibu dan abi... Subhanallah...

"hawa ank ibu"
ibu xpernah menyesal lahirkan hawa didunia...ibu bangga dengan hawa...hawa kuat... hawa tahan sakit smpaikan hawa menggenggam sepanjang masa... hawa tahan dengan jarum serta ubat yg doc bagi...ibu tahu yg hawa nk btau ibu "jgn sedih ibu, hawa x sakit" sdgkan hawa sdg menahan sakit... ibu tahu syg...

"hawa ank ibu"
ibu tahu abi pun rindukan hawa...tapi dia x pernah tunjuk depan ibu...sbb dia xnak ibu sedih...ibu tahu abi selalu tengok gambar² hawa sorang²...

"hawa ank ibu"
walaupun hawa tiada di sisi kami...ibu tahu hawa tenang di 'sana'...ibu dan abi tetap rasa yg hawa masih ada di hadapan kami...

"hawa ank ibu"
bergembiralah disana syg bersama kawan² hawa yg sama seperti hawa..hawa ttp di hati ibu dan abi...hawa ttp ank 'sulung' pada bakal adik² hawa nanti...semoga kita berjumpa disana kelak... hawa jgn lupa tunggu ibu dan abi ye syg...

ibu yang sentiasa merinduimu,

1 ulasan: