Khamis, 19 Disember 2013

kronologi cik Hawa dari fb ibu dan abi


2 Jun 2013

abi : "Hello everyone, my name had been OFFICIALLY registered..." 

* semua org happy ms ni...  HAWA --> sempena nama nenek abi (suprise kami untuk mummy )  SABRINA --> nama yg ibu dan abi suka   IMAN --> nama hujung yg akn digunakan utk adik² hawa  :)

10 Jun 2013

ibu : Allah is d best planner, He knows what will be the best for us... 

* masa ni, ibu sedih sebab hawa kene warded 1 hari sebab kuning... bacaan 19... tapi esoknya terus turun 7.3... doc pun terkejut... hawa kuat!!  :)

19 Jun 2013

ibu : Love from NYCT.. Tq makshu dila.. Ktorang sntiasa rs ko di cc walaupun zahirnya ko diperantauan... Take care dear... :)


*dapat kad dari makshu dilla :) tp masa ni kat hspital da... sebab doc dah nmpk kepulan air, selepas buat ultrasound pada 13 jun 2013... masa ni dah 3 ari kat hospital.. hanya keluarga terdekat je yg tahu... bukan x nak hebohkan...cuma ibu dan abi masih nmpk harapan atau berdoa apa yg doktor ckp tu salah...  :'(

22 Jun 2013

abi : K.A.M.I.. Mohon kalian doakan Hawa Sabrina Iman.. Supaya dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T...


ibu : Jangan bersedih....allah menguji tanda sayang... SubhanAllah akn tiba jua pertolongan dari Allah.. Aminnnn


*masa ni ibu, abi, mummy, dan tok daddy hanya kami di JB untuk hantar hawa... disana kami penuh dengan harapan agar apa yg diberitahu di Melaka adalah silap...sebab di JB terdapat pakar yg merawat otak kanak-kanak... dalam erti kata kami masih tidak percaya yang hawa 'sakit'...


23 Jun 2013

abi : The word: Hydrocephalus
The treatment: Shunt
Ade air terkumpul di kepala yg xberjalan trun ke perut dengan lancar disebabkan saluran tersumbat/sempit.. Masih di peringkat awal n doc xcategorize sbg kritikal... Thats y operation still xbuat dr smlm sbb kes xkritikal... They wait n see... Condition baby is normal like others... Doctor n nurse curious gak sbb besenye klau da tanda2 hydrocephalus ni, baby akan slow n not respond to anything while pernafasan out, heart beat pun problem... But our baby ok semua tu... Ukuran size kpala maintain start seminggu lps (when the doc detect mcm ade sdikit pmbesaran - "yes it is").. Anyhow, ikut MRI scan (the details one) mmg ade air terkumpul di kepala yg mana harus dimasukkan tiub (SHUNT) utk dsalurkan ke perut... Sebabnya supaya kepala tidak akan terus membesar dan membesar seterusnya bakal mengganggu perkembangan otak...
UPDATE:
Our baby Hawa Sabrina Iman was already in the labour room... Doa, tawakal, pengharapan... Kami menanti demi masa depan anak kami... Terima kasih pada yang prihatin dan memberikan sedikit doa... Saya hargai, saya sanjungi...


Hopefully no need to do the SHUNT and will replaced by other better option coz the baby looks OK now... Please rakan2, saya rayu doa anda semua... Ade salah silap kami, harap diampunkan... Together we pray for the baby... Allah wrote everything and He knows the best thing...

*hari 'pembedahan kecil' hawa... masa ni mcm² bnda berlaku... pembedahan ditangguh dari sehari ke sehari... hawa terpaksa berpuasa dari pukul 4 pagi sehingga pukul 3.00 petang pada  22 Jun 2013... tetapi hampa bila mereka kata tidak cukup alatan...itupun selepas kami tidak sanggup melihat hawa yg lapar akibat dari puasa.  esoknya (23 Jun 2013) hawa berpuasa lagi pada pukul 4.00 pagi dan di bedah pada pukul 1.30 tengahari. itupun selepas abi 'mengamuk'.. 

selepas 2 jam 


abi : Syukur Alhamdulillah... SHUNT operation done successfully... Terima kasih atas doa dan harapan... We knew that our daughter was strong enough to face all this thing... Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak kami utk sembuh sepenuhnya juga terima kasih atas keprihatinan anda yang sentiasa mendoakan... InsyaAllah the situation will getting better...

*Alhamdulillah...doktor andai kan hawa akan sedar selepas 4 jam.. tetapi tidak smpai 4 jam hawa sedar selepas kami 'menyambutnya' di pintu ICU dengan panggil namanya.  terlihat juga air mata hawa menitis  :'(

27 Jun 2013

abi : Terpaksa tinggalkan anak & isteri di sini sebab final exam... Ya Allah permudahkanlah urusan isteri & anak aku... Lindungilah mereka, payungilah mereka...

*sehingga sekarang, perkara yang paling abi x nak ingat adalah, terpaksa meninggal ibu dan hawa di JB.. abi rasa sangat sedih waktu ini.. tp bg ibu, masa ini lah ibu nak tunjukkan dekat abi dan hawa, yg ibu kuat...dan ibu rasa yg ibu boleh abiskan masa, setiap saat, setiap detik bersama hawa...

1 Julai 2013


abi : Alhamdulillah semua urusan di JB setakat ni sudah selesai... Lagi 3 minggu datang semula utk follow up... Anak & isteri sudah berada di kg dengan condition yang amat memuaskan... Semoga Allah terus melindungi & mengurniakan kesihatan yang baik kpd mereka... Tido, membuta, rehat... Esok lepas Subuh kne vroom blk ke perantauan... Mulakan kerja, mulakan semula rutin seperti sedia kala...

* hari yang paling menggembirakan bagi ibu dan abi... mummy n tok daddy yg paling happy...sebab dapat bawak hawa balik... wan dekat kg pun dah siap sedia tggu hawa sampai..semua menantikan hawa... sampaikan 'buku pink' hawa terpaksa di pos, sebab tertinggal di hospital... punyer la nk cepat sngt balik... :)
tp ms ni pun ada insiden yg rsnya 'sakit hati' bila fikirkan... biar lah ia menjadi rahsia bg kami sekeluarga.

24 Julai 2013


abi : Cik Hawa update:
Semalam 23/7 genap sebulan selepas pembedahan SHUNT dilakukan.. Pergi semula ke HSA (JB) untuk follow up dengan doktor tentang perkembangan Cik Hawa..

SHUNT status (menurut doktor):
Tiub akan kekal di dalam badan Cik Hawa, dan ketika membesar, tiub akan turut memanjang.. (That is technology, complicated to explain).. Tiub tidak berada di dalam badan tetapi di sebalik lapisan kulit sahaja, maka tidak perlu risaukan tentang apa-apa komplikasi terhadap organ dalaman yang lain, cuma 2 perkara yang berisiko adalah jangkitan kuman atau tiub tersumbat.. Tak perlu citer lanjut tentang yang ni.. Selain daripada itu, insyaAllah semuanya akan NORMAL.. Kami akan terus berdoa kerana Allah jualah yang Maha Membantu untuk memudahkan segala-gala perancangan manusia.. InsyaAllah DIA Maha Mendengar doa daripada hamba-hambaNya..

Conditon & progression Cik Hawa semakin OK.. Cuma berat bdn dia lambat sikit nak naik.. 1.80kg after the operation > 2.04kg berat sekarang.. Umur dia harini 52 hari.. Doc kata tak perlu risau asalkan dia menyusu dengan baik sekali.. COH (size kepala) TIDAK berlaku perubahan.. Kesan jahitan dekat kepala dan perut nampak sangat BAIK.. Cuma rambut yg dicukur dkt tpt operation tu jek lambat sgt nk tumbuh, tak nampak lagi rambut tu tp klau pgg dptla rasa ade rambut yang mula tumbuh.. Respond pada tangan dan kaki OK.. Mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) nampak seperti takde apa yang perlu dirisaukan.. Sentiasa respond pada bunyi sekeliling, dan mata automatik akan turut respond.. "Dia tau nama dia Hawa" 

Ikut naluri IBU & ABI, kami dapat rasakan anak kami semakin baik & sihat.. Kami PERLUKAN rasa teruja seperti itu demi untuk kekuatan kami dan anak itu sendiri secara tidak langsung.. Banyak sangat yang Cik Hawa da lalui, dan InsyaaALLAH dia semakin kuat.. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan ujian & dugaan, kesenangan & kemudahan atas apa yang berlaku selama ini.. Semakin hari semakin teruja menjadi IBU & ABI.. Doa, ikhtiar & tawakal berterusan.. Semoga Allah melindungi Cik Hawa, semoga Allah melindungi kalian juga yang mendoakan.. Terima kasih atas doa & harapan..

Next appoinment: 19/8 pastu akan ade next, next, next dan next sampailah report case Cik Hawa sangat tebal dan dia sendiri boleh baca kot apa yang Doktor tulis masa tu.. Hehe 

"Ramadhan bertiga di tahun ketiga"

* ibu, abi mummy n tok daddy menemani hawa di sini... sangat suka bila dgr penerangan dr 'doktor pakar neuro' berbanding 'doktor paedatrik' di "sini"... sentiasa positif terhadap apa yg berlaku...  :) dan mereka memberi perangsang yg baik kepada kami untuk menjaga hawa... 'tidak ada yg perlu dirisaukan' kata doktor pakar neuro itu... :)

7 ogos 2013


ibu : Ko kene kuat yunnn... Kene kuat..biarkan apa org nk ckp.. Coz Allah sdg mengatur sesuatu yg baik utk hawa.. In sha Allah...


*berat hawa x naik...turun dari 2 kg kepada 1.9kg... ibu kene marah dgn nurse... nurse kata ibu xpandai bg hawa susu...masa tu, ibu rasa putus asa ibu x tau nak buat mcm mana lg... ibu x slhkan hawa... ibu tahu hawa pun 'bersama²' ibu... hawa pun nak sihat. 'budak ni mcm x sihat kan?' sakitnye hati!! ms tu, ibu tahan dari menangis...rasa nak meraung² pun ada... tp ibu pendam, nurse mintak rujuk pada doktor, sebab nak inject untuk 2 bulan, doktor boleh ckp macam ni., "U bg je susu, klu baby nak...kalau baby tidur, biarkan dia tidur, asalkan baby happy cukup la... buat apa, kejut² baby ms dia tidur, masa tidur la, baby akn mmbesar, U kene yakin, 'susu U' yg paling terbaik, jgn guna susu formula' Alhamdulillah... ibu rs happy sngt waktu tu..klu boleh rs nak peluk doktor tu... ibu mmg x pndang dah nurse tu...sakitnye hati ini... smpai je rumah, ibu menangis smpai lega... smpai wan ckp' buat apa nak menangis? buat je apa yg doktor suruh...kdg² nurse yg 'otai' ni mmg mcm tu.. pekak kan je tlinga tu...' ibu lega smbil kesat air mata... :)

11 ogos 2013


abi : 10 Ogos 2013, 11.50pm... Anak kami Cik Hawa telah pun pergi menemui penciptanya... Doakan yang baik2 belaka & terima kasih atas keperihatinan... Al-fatihah...

* sebelum hawa dikebumikan... ibu dsamping jenazah hawa... ibu nak hawa nmpk ibu di cc hawa... abi yg 'pangku' hawa masa hawa dimandikan, mummy ambil hawa dari abi, dan terus dikapankan... ibu cium hawa 2 kali... ibu nak cium hawa sepuas²nya... abi imamkan utk solat jenazah hawa sehinggalah hawa selamat dikebumikan... abi mmg berniat nak 'sempurnakan' hawa buat kali terakhir.


ibu : Tiap2 mlm klu nk tido msti nk berkepit...mlm ni ibu akn tido tnpa hawa..Hawa nmpk cantik sngt td... Wangi sngt!! Baju hawa pon cantik!! Hawa jgn sedih tau.. Kat sana ramai frens...Allah akn jg hawa...hawa janji tau tggu ibu dan abi kat sana... Ibu dan abi redha... Slama 2 bln 8 ari,ibu dan abi bahagia sngt adanya hawa... Yup... Beraya bertiga di tahun ketiga.. Time kasih hawa... Tunaikan impian ibu dan abi...

* selesai hawa di kebumikan...tiba² bunyik alam dekat hp ibu...waktu utk hawa minum susu... sayunya hati waktu tu... ibu rasa betul² sunyi waktu tu.. ibu rasa keseorangan... mujur abi yg sentiasa di sisi... malam tu, ibu dan abi buat tahlil utk hawa... 

p/s hawa yg sentiasa di hati ibu dan abi  :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan