Jumaat, 18 September 2015

normal or czer??

Assalamualaikum...

esok adik dah masuk 38weeks... kakak hawa dulu masuk je 37w dah lahir ke dunia :) ... kali ni, ibu berdebar-debar menanti detik kelahiran adik...x tau la kenapa... ikutkan pengalaman kali ke-2 mungkin akan buat kita lebih yakin... mungkin di sebabkan kenangan2 lepas yg buatkan ibu fobia...

15 sept 2015 ibu ada appointment dengan pakar... doc tanya keputusan ibu samada mahu bersalin secara normal atau czer...ibu dengan yakin jawab...ibu nak try bersalin normal, memandangkan setakat ini, tiada sebab yg menghalang utk ibu bersalin normal... tp ibu mintak jugak, if anything happen semasa di dalam labor room, yg membuatkan ibu terpaksa dibedah, ibu izinkan... 

bukan senang ibu nak buat keputusan nak bersalin normal.. minggu 36 weeks, ibu rasa macam down sngt...takut...mcm2 la...ibu rasa ibu takut x dpt tanggung rasa sakit kontraksi tu... hurmmm... sebenarnya ada 3 malam berturut2 ibu x dpt tidur, ibu rasa perut ni mcm sebu, maybe sbb ibu lewat makan kot...jd angin dlm perut tu, dtg memulas2... ibu rs takut...rs mcm nak beranak ke ni?? huhuhu malam ke 4 tu...ibu mmpi ntah hape2... ibu rasa mcm xnak la bersalin normal... ibu nak decide bersalin czer...x sakit...tau2 baby dah kluar...

tp bila ibu muhasabah diri...bru ibu perasan, kenapa kita perlu takut? itukan fitrah perempuan, Allah x kan jadikan sesuatu itu tanpa sebab... Allah xkan timpakan kita ujian/kesakitan yg kita x boleh tanggung... ibu dpt bnyk galakan... kalau boleh normal kali ni... cuba lah... ramai yg nk cuba, tp terpaksa dibedah jugak... jadi....

kali ni, ibu yakin...ibu nak cuba jugak bersalin normal...ibu da bersemangat!! tp ape2 pun, ibu tawakal... jika Allah x izinkan ibu bersalin normal kali ini, ibu redha...ibu yakin dengan kekuasaan Allah, mesti ada sebab kenapa kene czer jugak  :'( ... ibu berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin ibu kali ini, permudahkan pintu rahim ibu terbuka dengan cepat, agar ank ibu dapat keluar dengan mudah dan selamat... ibu teringin nak dakap ank ibu sejurus selepas kelahirannya... semoga segala2nya dipermudahkan...



p/s  :  ibu x sabar nk peluk cium adik...  semoga segalanya Allah permudahkan...  :)


Nota Editor Nona Mei 2014 sempena hari ibu



Jangan sampai diharamkan susu yg menghilangkan dahaga mu dulu.  jangan sampai putus doa rasa ibu mu, kerana dia lah satu-satunya ibu mu.  Jangan begitu anak, jangan sampai melukakan.  Mengguris pun jangan.  Derhaka namanya itu.  Sudah cukup sarat beban dikendongnya.  Kalau pun kau tak mampu untuk berkongsi lelah, cubalah untuk tidak menambah payah.

Terlalu tinggi dan mulianya hati seorang ibu. Hanya mereka yang telah melalui saat melengkapi sebuah kehidupan sempurna sebagai seorang ibu akan memahami betapa halusnya jiwa mereka ini.  Saya percaya tidak seorang ibu yg sanggup melihat anaknya hidup menderita dan dalam kesesatan.  Jika diberi kuasa 'super power' seorang ibu pasti tidak membenarkan setitik pun air mata anaknya menitis ke bumi.  Biarlah ibu menderita asal akan anak-anaknya bahagia!

Tetapi adakah sepuluh anak mampu menjaga hati seorang ibu? tidak cukup dengan itu ada lagi yang masih menjadi si tanggang pada zaman moden.  Menyalahkan takdir dan mempertikaikan mengapa dia dilahirkan ke dunia ini? ada yang berkata "makcik didik anak makcik ni sampai ke mana? nak jadi apa? manusia atau hantu?"

Persoalan-persoalan ini sepatutnya kita sendiri yang mempunyai jawapannya.  Ibu telah melahirkan kita ke dunia ini, mengendong kesana sini, membesarkan kita tanpa mengenal perit, mungkin benar, ada kalanya cara membesarkan anak-anak akan mempengaruhi kehidupannya di masa hadapan tetapi saya pecaya apabila manusia itu boleh berfikir dengan sendiri, warna kehidupan akan ditentukan oleh dirinya sendiri.

Jangan sama sekali menyalahkan takdir... Mungkin waktu membesarkan kita, ibu melalui kehidupan yang susah dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah keadaan itu bagi mencari kesenangan serta menabur kembali budi buat ibu.

namun ada jua senario yang kerap kali saya lihat sekarang, apabila si ibu terpaksa mendengar setiap cakap anak, takut dan terlalu berhati-hati menjaga perasaan anak.  Anak sudah besar, kaya dan ternama.  Mungkin terasa dirinya terlalu besar dan hebat, sehingga si ibu tidak lagi boleh memberi pendapat atau bersuara.

Percayalah... anda mungkin tidak merasai hidup di rumah agam mewah jika tanpa setitis susu ibu.  Anda mungkin tidak berada di kerusi jawatan CEO jika tidak pengorbanan seorang ibu.  Anda mungkin tidak akan bergaya membawa kereta ferrari tu jika bukan kerana ibu yang memandu kehidupan kamu sebelum ini.  Dan anda mungkin tidak mampu menikmati chanel, gucci, Dior jika kerana bukan ibu yang membesarkan kamu.  Hanya kamu yang tahu menilai betapa tingginya pengorbanan seorang ibu... Hargailah mereka selagi ada!!

p/s  :  ibu dan abi berdoa semoga kami sentiasa mendapat restu dari ibu dan ayah kami....ibu dan abi berharap ibu dan ayah kami akan sentiasa berbahagia mendapat anak seperti kami...kerana ibu dan abi juga berdoa semoga kami dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah. aminnn....


Rabu, 2 September 2015

perkongsian yang menyentuh hati...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

dia bertanya kepada Tuhan :
"Para Malaikat di sini mengatakan besok Engkau mahu mengirimkan saya ke dunia, tapi bagaimana saya hidup di sana? saya begitu kecil dan lemah?"

dan Tuhan menjawab :
Äku telah memilih satu Malaikat untukmu.  Ia akan menjaga dan mengasihimu.  Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.  dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"dan bagaimana boleh saya mengerti di saat orang-orang berbicara jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan bicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.  Dia akan mengajarmu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan denganMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat.  Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaiaktmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan kan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan,

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama Malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil Malaikatmu itu; "IBU"

p/s :  x sabarnya ibu dan abi nak berjumpa adik...  #baby S