Selasa, 11 Februari 2014

bila tibanya waktu senja

betul org2 tua dulu kata... kita ni kalau boleh masuk rumah sebelum maghrib...setan banyak berkeliaran kat luar nuuuu.....

honestly, setiap kali masuk senja, hati aku ni bagai di sayat2... pilu...hiba... tringat mak n ayah kat kg...adik2...and of course, arwah cik hawa yang paling aku akn ingt...setiap 'scene' aku dgn arwah cik hawa akan di bayangkan.... kdg2 bila tiba rasa nak peluk, cium arwah, perasaan sedih tu datang membuak2...dan secara x sengaja akan menangis sendiri.... kdg2 ada jgk tercium bau hawa sesekali.. '.oh! ank aku datang melawat barangkali'

kdg2 aku rs cam tiba2 takut...x tau la takut kenapa...mungkin aku masih fobia lg...

kebelakangan ni, ramai kwn2 aku yg baru menimang cahaya mata... bahagianya dorang... rasa skejap dorang baru abis pantang...dan rasa 'senang' dorang menjaga anak.  Alhamdulillah...aku sentiasa mendoakan agar anak kalian sentiasa sihat dan dilindungi Allah s.w.t selalu  :)

baru2 ni, aku baca buku berkisahkan 4 puteri Rasulullah s.a.w...

1. zainab
2. Ruqayah
3. Ummi kathum
4. Fatimah

dalam buku tu ada di ceritakan tentang perjalanan hidup Puteri Rasulullah s.a.w yang penuh dengan ujian yang pelbagai.  Mereka juga pernah diduga kematian dan ketiadaan anak.  Ummi Kalthum tidak dikurniakan anak. Zainab kehilangan  4 bulan anaknya didalam kandungan (jatuh dari unta). Ruqayah di kurniakan seorang anak. tetapi meninggal dunia ketika usianya 6 tahun. 

dari cerita tersebut,aku dapati  bukan aku seorang diberi ujian sebegini...setiap hamba Allah diberikan ujian yg pelbagai, mengikut kemampuan masing2. Sedangkan Puteri2 Rasulullah diberi ujian sebegitu, ini kan aku, hamba Allah yg hina ni. Malah mereka diberi ujian yg lebih berat dari apa yg aku rs sebelum ni.  setiap kali aku bersedih, aku cuba untuk muhasabah diri...aku fikirkan dosa2 yg pernah aku buat sebelum ni...kdg2 bila dtg 'takut' / fobia utk mengandung, aku sedapkan hati dengan 'berserah' kepada Allah...

"Ya Allah, permudahkan kami mendapat zuriat dan kurniakan lah kami zuriat yang sihat dan sempurna.  Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...aminnnn.... "