Khamis, 19 Disember 2013

kronologi cik Hawa dari fb ibu dan abi


2 Jun 2013

abi : "Hello everyone, my name had been OFFICIALLY registered..." 

* semua org happy ms ni...  HAWA --> sempena nama nenek abi (suprise kami untuk mummy )  SABRINA --> nama yg ibu dan abi suka   IMAN --> nama hujung yg akn digunakan utk adik² hawa  :)

10 Jun 2013

ibu : Allah is d best planner, He knows what will be the best for us... 

* masa ni, ibu sedih sebab hawa kene warded 1 hari sebab kuning... bacaan 19... tapi esoknya terus turun 7.3... doc pun terkejut... hawa kuat!!  :)

19 Jun 2013

ibu : Love from NYCT.. Tq makshu dila.. Ktorang sntiasa rs ko di cc walaupun zahirnya ko diperantauan... Take care dear... :)


*dapat kad dari makshu dilla :) tp masa ni kat hspital da... sebab doc dah nmpk kepulan air, selepas buat ultrasound pada 13 jun 2013... masa ni dah 3 ari kat hospital.. hanya keluarga terdekat je yg tahu... bukan x nak hebohkan...cuma ibu dan abi masih nmpk harapan atau berdoa apa yg doktor ckp tu salah...  :'(

22 Jun 2013

abi : K.A.M.I.. Mohon kalian doakan Hawa Sabrina Iman.. Supaya dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T...


ibu : Jangan bersedih....allah menguji tanda sayang... SubhanAllah akn tiba jua pertolongan dari Allah.. Aminnnn


*masa ni ibu, abi, mummy, dan tok daddy hanya kami di JB untuk hantar hawa... disana kami penuh dengan harapan agar apa yg diberitahu di Melaka adalah silap...sebab di JB terdapat pakar yg merawat otak kanak-kanak... dalam erti kata kami masih tidak percaya yang hawa 'sakit'...


23 Jun 2013

abi : The word: Hydrocephalus
The treatment: Shunt
Ade air terkumpul di kepala yg xberjalan trun ke perut dengan lancar disebabkan saluran tersumbat/sempit.. Masih di peringkat awal n doc xcategorize sbg kritikal... Thats y operation still xbuat dr smlm sbb kes xkritikal... They wait n see... Condition baby is normal like others... Doctor n nurse curious gak sbb besenye klau da tanda2 hydrocephalus ni, baby akan slow n not respond to anything while pernafasan out, heart beat pun problem... But our baby ok semua tu... Ukuran size kpala maintain start seminggu lps (when the doc detect mcm ade sdikit pmbesaran - "yes it is").. Anyhow, ikut MRI scan (the details one) mmg ade air terkumpul di kepala yg mana harus dimasukkan tiub (SHUNT) utk dsalurkan ke perut... Sebabnya supaya kepala tidak akan terus membesar dan membesar seterusnya bakal mengganggu perkembangan otak...
UPDATE:
Our baby Hawa Sabrina Iman was already in the labour room... Doa, tawakal, pengharapan... Kami menanti demi masa depan anak kami... Terima kasih pada yang prihatin dan memberikan sedikit doa... Saya hargai, saya sanjungi...


Hopefully no need to do the SHUNT and will replaced by other better option coz the baby looks OK now... Please rakan2, saya rayu doa anda semua... Ade salah silap kami, harap diampunkan... Together we pray for the baby... Allah wrote everything and He knows the best thing...

*hari 'pembedahan kecil' hawa... masa ni mcm² bnda berlaku... pembedahan ditangguh dari sehari ke sehari... hawa terpaksa berpuasa dari pukul 4 pagi sehingga pukul 3.00 petang pada  22 Jun 2013... tetapi hampa bila mereka kata tidak cukup alatan...itupun selepas kami tidak sanggup melihat hawa yg lapar akibat dari puasa.  esoknya (23 Jun 2013) hawa berpuasa lagi pada pukul 4.00 pagi dan di bedah pada pukul 1.30 tengahari. itupun selepas abi 'mengamuk'.. 

selepas 2 jam 


abi : Syukur Alhamdulillah... SHUNT operation done successfully... Terima kasih atas doa dan harapan... We knew that our daughter was strong enough to face all this thing... Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak kami utk sembuh sepenuhnya juga terima kasih atas keprihatinan anda yang sentiasa mendoakan... InsyaAllah the situation will getting better...

*Alhamdulillah...doktor andai kan hawa akan sedar selepas 4 jam.. tetapi tidak smpai 4 jam hawa sedar selepas kami 'menyambutnya' di pintu ICU dengan panggil namanya.  terlihat juga air mata hawa menitis  :'(

27 Jun 2013

abi : Terpaksa tinggalkan anak & isteri di sini sebab final exam... Ya Allah permudahkanlah urusan isteri & anak aku... Lindungilah mereka, payungilah mereka...

*sehingga sekarang, perkara yang paling abi x nak ingat adalah, terpaksa meninggal ibu dan hawa di JB.. abi rasa sangat sedih waktu ini.. tp bg ibu, masa ini lah ibu nak tunjukkan dekat abi dan hawa, yg ibu kuat...dan ibu rasa yg ibu boleh abiskan masa, setiap saat, setiap detik bersama hawa...

1 Julai 2013


abi : Alhamdulillah semua urusan di JB setakat ni sudah selesai... Lagi 3 minggu datang semula utk follow up... Anak & isteri sudah berada di kg dengan condition yang amat memuaskan... Semoga Allah terus melindungi & mengurniakan kesihatan yang baik kpd mereka... Tido, membuta, rehat... Esok lepas Subuh kne vroom blk ke perantauan... Mulakan kerja, mulakan semula rutin seperti sedia kala...

* hari yang paling menggembirakan bagi ibu dan abi... mummy n tok daddy yg paling happy...sebab dapat bawak hawa balik... wan dekat kg pun dah siap sedia tggu hawa sampai..semua menantikan hawa... sampaikan 'buku pink' hawa terpaksa di pos, sebab tertinggal di hospital... punyer la nk cepat sngt balik... :)
tp ms ni pun ada insiden yg rsnya 'sakit hati' bila fikirkan... biar lah ia menjadi rahsia bg kami sekeluarga.

24 Julai 2013


abi : Cik Hawa update:
Semalam 23/7 genap sebulan selepas pembedahan SHUNT dilakukan.. Pergi semula ke HSA (JB) untuk follow up dengan doktor tentang perkembangan Cik Hawa..

SHUNT status (menurut doktor):
Tiub akan kekal di dalam badan Cik Hawa, dan ketika membesar, tiub akan turut memanjang.. (That is technology, complicated to explain).. Tiub tidak berada di dalam badan tetapi di sebalik lapisan kulit sahaja, maka tidak perlu risaukan tentang apa-apa komplikasi terhadap organ dalaman yang lain, cuma 2 perkara yang berisiko adalah jangkitan kuman atau tiub tersumbat.. Tak perlu citer lanjut tentang yang ni.. Selain daripada itu, insyaAllah semuanya akan NORMAL.. Kami akan terus berdoa kerana Allah jualah yang Maha Membantu untuk memudahkan segala-gala perancangan manusia.. InsyaAllah DIA Maha Mendengar doa daripada hamba-hambaNya..

Conditon & progression Cik Hawa semakin OK.. Cuma berat bdn dia lambat sikit nak naik.. 1.80kg after the operation > 2.04kg berat sekarang.. Umur dia harini 52 hari.. Doc kata tak perlu risau asalkan dia menyusu dengan baik sekali.. COH (size kepala) TIDAK berlaku perubahan.. Kesan jahitan dekat kepala dan perut nampak sangat BAIK.. Cuma rambut yg dicukur dkt tpt operation tu jek lambat sgt nk tumbuh, tak nampak lagi rambut tu tp klau pgg dptla rasa ade rambut yang mula tumbuh.. Respond pada tangan dan kaki OK.. Mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) nampak seperti takde apa yang perlu dirisaukan.. Sentiasa respond pada bunyi sekeliling, dan mata automatik akan turut respond.. "Dia tau nama dia Hawa" 

Ikut naluri IBU & ABI, kami dapat rasakan anak kami semakin baik & sihat.. Kami PERLUKAN rasa teruja seperti itu demi untuk kekuatan kami dan anak itu sendiri secara tidak langsung.. Banyak sangat yang Cik Hawa da lalui, dan InsyaaALLAH dia semakin kuat.. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan ujian & dugaan, kesenangan & kemudahan atas apa yang berlaku selama ini.. Semakin hari semakin teruja menjadi IBU & ABI.. Doa, ikhtiar & tawakal berterusan.. Semoga Allah melindungi Cik Hawa, semoga Allah melindungi kalian juga yang mendoakan.. Terima kasih atas doa & harapan..

Next appoinment: 19/8 pastu akan ade next, next, next dan next sampailah report case Cik Hawa sangat tebal dan dia sendiri boleh baca kot apa yang Doktor tulis masa tu.. Hehe 

"Ramadhan bertiga di tahun ketiga"

* ibu, abi mummy n tok daddy menemani hawa di sini... sangat suka bila dgr penerangan dr 'doktor pakar neuro' berbanding 'doktor paedatrik' di "sini"... sentiasa positif terhadap apa yg berlaku...  :) dan mereka memberi perangsang yg baik kepada kami untuk menjaga hawa... 'tidak ada yg perlu dirisaukan' kata doktor pakar neuro itu... :)

7 ogos 2013


ibu : Ko kene kuat yunnn... Kene kuat..biarkan apa org nk ckp.. Coz Allah sdg mengatur sesuatu yg baik utk hawa.. In sha Allah...


*berat hawa x naik...turun dari 2 kg kepada 1.9kg... ibu kene marah dgn nurse... nurse kata ibu xpandai bg hawa susu...masa tu, ibu rasa putus asa ibu x tau nak buat mcm mana lg... ibu x slhkan hawa... ibu tahu hawa pun 'bersama²' ibu... hawa pun nak sihat. 'budak ni mcm x sihat kan?' sakitnye hati!! ms tu, ibu tahan dari menangis...rasa nak meraung² pun ada... tp ibu pendam, nurse mintak rujuk pada doktor, sebab nak inject untuk 2 bulan, doktor boleh ckp macam ni., "U bg je susu, klu baby nak...kalau baby tidur, biarkan dia tidur, asalkan baby happy cukup la... buat apa, kejut² baby ms dia tidur, masa tidur la, baby akn mmbesar, U kene yakin, 'susu U' yg paling terbaik, jgn guna susu formula' Alhamdulillah... ibu rs happy sngt waktu tu..klu boleh rs nak peluk doktor tu... ibu mmg x pndang dah nurse tu...sakitnye hati ini... smpai je rumah, ibu menangis smpai lega... smpai wan ckp' buat apa nak menangis? buat je apa yg doktor suruh...kdg² nurse yg 'otai' ni mmg mcm tu.. pekak kan je tlinga tu...' ibu lega smbil kesat air mata... :)

11 ogos 2013


abi : 10 Ogos 2013, 11.50pm... Anak kami Cik Hawa telah pun pergi menemui penciptanya... Doakan yang baik2 belaka & terima kasih atas keperihatinan... Al-fatihah...

* sebelum hawa dikebumikan... ibu dsamping jenazah hawa... ibu nak hawa nmpk ibu di cc hawa... abi yg 'pangku' hawa masa hawa dimandikan, mummy ambil hawa dari abi, dan terus dikapankan... ibu cium hawa 2 kali... ibu nak cium hawa sepuas²nya... abi imamkan utk solat jenazah hawa sehinggalah hawa selamat dikebumikan... abi mmg berniat nak 'sempurnakan' hawa buat kali terakhir.


ibu : Tiap2 mlm klu nk tido msti nk berkepit...mlm ni ibu akn tido tnpa hawa..Hawa nmpk cantik sngt td... Wangi sngt!! Baju hawa pon cantik!! Hawa jgn sedih tau.. Kat sana ramai frens...Allah akn jg hawa...hawa janji tau tggu ibu dan abi kat sana... Ibu dan abi redha... Slama 2 bln 8 ari,ibu dan abi bahagia sngt adanya hawa... Yup... Beraya bertiga di tahun ketiga.. Time kasih hawa... Tunaikan impian ibu dan abi...

* selesai hawa di kebumikan...tiba² bunyik alam dekat hp ibu...waktu utk hawa minum susu... sayunya hati waktu tu... ibu rasa betul² sunyi waktu tu.. ibu rasa keseorangan... mujur abi yg sentiasa di sisi... malam tu, ibu dan abi buat tahlil utk hawa... 

p/s hawa yg sentiasa di hati ibu dan abi  :)






Rabu, 18 Disember 2013

#Daughter Death Poem





I see your teardrops falling
I hear you cry my name
I know you can not see me
but I hold you just the same


I watch as you lie abed
as restless as can be 
I hear your whispered words
as you pray for dreams of me


every day for you is painful
each breath, each step you take
but as the wise mom I know
a future you will make 


I envelope you in my love
as for me you use to do
it's hard to see you in such pain
forever the strong one's been you


although our lives journey's
have bid us to be apart
I am with you, you are with me
always in our hearts

Selasa, 17 Disember 2013

6 bulan 14 hari

Kalau hawa masih ada sekarang, hawa dah umur 6 bulan 14 hari... mesti hawa dah merangkak :) xlame lg dah boleh jalan.

semalam ibu dan abi pergi pasar malam... ibu trnmpk sorang baby ni serupa cam hawa, baby tu tegakkan kepala masa ibu dia pegang...

ibu teringat masa hawa tido dekat dada ibu... ibu panggil nama hawa.. "hawa...pandang ibu.." hawa pun angkat kepala, pandang atas...pndang muka ibu... ibu bangga sangat... ibu syg kat hawa...

masa ibu tgh berborak²...hawa angkat kepala,pndang ibu..smbil buat muka berkerut²... mrh la tu kita bising.. hehe...

pernah sekali masa abi tgh baca yaasin... hawa pandang jer abi... ibu pun terkejut, ingatkan hawa tido ke, atau hawa buat x tau je...tp hawa pandang abi, dan mcm tgh khusyuk dgr abi baca yaasin smpai abi habis baca yaasin.

"hawa tggu sekejap, ibu nak solat.." hawa diam, dan pndang ibu, hawa x merengek, atau meragam sbb kene tinggal... tapi hawa pandang ibu, smpai abis solat.

semalam ibu ckp dekat abi "sy teringat dekat hawa, lepas nmpk baby tadi"  abi senyum jer... "hawa sekarang dekat syurga"  :)

secara jujurnya, ibu x sabar nak mengandung lagi... tp dalam masa yg sama ibu takut, fobia.. takut perkara yg same berulang kembali...

kadang² smbil tgk tv ibu teringat kita dekat hospital... tringat perangai doktor² yg amik senang jer keje... tringat juga nurse² yg garang... ibu jadikan semua tu sebagai pengalaman...

kadang² ibu rasa mcm nk pinjam mesin masa doraemon...nak ulang balik kejadian tu... andainya ibu bertegas, mungkin hawa disamping ibu sekarang... tapi bila ibu fikir balik...apa gunanya kalau ibu bahagia, tapi hawa yg merana... lagi ibu x sanggup...

sekurang²nya ibu x nmpk lagi hawa sakit depan ibu, kene cucuk jarum hari²... hawa yg ajar ibu supaya kuat... ibu tgk hawa x nangis stiap kali kene cucuk amik darah... jadi, ibu pun kene kuat cam hawa... :)

p/s : ibu nak visit hawa lagi minggu ni... :)

Rabu, 11 Disember 2013

surah maryam



masa hawa 6 bulan dalam perut ibu...ibu selalu pasangkan earphone kat perut ibu sebelum tido...hawa ingat x?

selang seli dengan surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam...

contohnya, Hari ini ibu pasang surah Luqman, Esoknya Surah Yusuf dan Lusa Surah Maryam, sampai lah ibu tertido... :)

dan kadang-kadang smbil pasang earphone kat perut, ibu ikut skali bacaan surah tu...ibu anggap hawa pun ikut baca surah tu jugak :)

tapi ibu tau, hawa paling suka kalau ibu pasangkan surah Maryam, sebab hawa macam 'berjoget-joget' dalam perut ibu kalau ibu psg surah Maryam...pergerakan hawa lebih aktif kalau surah Maryam dari surah-surah lain.

kalau siang tu, hawa cam tido, kurang jer bergerak...ibu psgkan surah maryam, mesti hawa respon, hawa tau x, nama mummy pun mariam tau... hihi...

now, ibu baca surah maryam kalau ibu rindukan hawa... dulu boleh baca sama² dengan hawa...sekarang ibu baca sorang²... tapi ibu tau, hawa dengar kan?

weekend ari tu, ibu dan abi g 'visit' hawa... ibu tau hawa nmpk ibu dan abi datang kan? abi letak pokok baru kat 'katil' hawa... :) pokok yg seblum tu dah layu... :(

malam tu ibu dan abi balik putrajaya, sempat ibu jengah dari jauh tgk hawa... :)

hawa,  ibu rindukan hawa... kalau hawa masih ada sekarang, mesti hawa dah memapah-mapah, nak berjalan kan? comelnye...  :) tapi xperlah... ibu nmpk hawa dalam mmpi, itu dah cukup.  ibu bersyukur sngat...

p/s : Hawa lebih bahagia dalam jagaan Allah...  :)







Selasa, 3 Disember 2013

Labu si penjaga hawa...



hawa...

hawa ingt x labu? ala...kucing yg slalu ikut mana hawa pegi.... kalau hawa mandi, dia pon sibuk nak tgk hawa mandi... hawa tukar diapers pon dia sibuk nak tgk...

ingat x?

dia selalu perhatikan hawa dari jauh...ibu takut dia terkam hawa...ibu takut bulu² dia kene dekat hawa..

kalau ibu tido kan hawa kat dada ibu...ibu peluk hawa...labu mesti dtg...tido kat kaki ibu...kdg² x sedar dia dah sebelah ibu...geram btul ibu!!

tapi kalau ibu kata, "labu, keluar...hawa nak tido ni...jgn dekat² dgn hawa..." dia bangun keluar jer ikut pintu...x payah nk halau²...

pernah sekali tu, ibu pergi dapur sekejap jer...ibu nmpk labu masuk rumah...terus duduk bwh bouncer hawa, & tido...ibu perhati jer...nak tgk labu buat ape...dia sikit pon x kacau hawa...dia xder pon nak terkam hawa...nak gigit hawa ke...

seminggu selepas hawa pergi, labu macam monyok jer...termenung kat luar pintu...x nak mkn...ibu bg susu hawa (fm) kat dia...dia x nak minum...wan kata dia mkn mengkarung...(mengkarung beracun) ...bdn labu kurus, sbb x nak mkn...bg ubat demam (ubat kucing) pon dia still mcm tu...xlama selepas tu, dia 'pergi'

now ibu tau...sebenarnya selama ni, labu 'jaga' hawa.... baru ibu teringat...masa ibu mengandungkan hawa...ibu selalu bagi dia mkn...dia selalu duduk sebelah ibu, masa hawa dlm perut ibu... kalau ibu tgk tv, dia mesti nak tido kat sebelah...kdg² kat ats kepala ibu...hishh!!

mesti hawa dah jmpe labu kan? dia nk jd fren hawa, ibu rs... hehe... hawa jd budak baik tau... jgn nakal²...




Khamis, 28 November 2013

nasi arab saba'


semalam ibu ngan abi mkn nasi arab kat saba' lagi... hawa kan suka nasi arab...ingat x?, masa hawa dlm perut ibu... hawa x nak makan bnda lain slain nasi arab saba'... smpai abi kata, "demi hawa, abi sanggup jual moto abi sbb nak beli nasi arab utk hawa...  :) " sweet kan abi... hihihi... abi ada ckp jgk... "myb abi nk keje part time kat saba' ni...senang beli nasi utk hawa... " hahaha....mana x nyer...seminggu 2 3 kali mkn nasi arab...kopak abi... hihihi

wan pun ckp, "idung hawa mancung, sbb terkenankan minah arab agknyer...asyik mkn nasi arab je.." yelah idung abi ngan ibu kan, penyek je... xmancung cam hawa... hihihi... 

hawa... pls b a good girl syg... tiba² ibu tringat bila hawa 'buat' muka kalau org kcau hawa tidur...mcm abi...abi kan marah kalau org kcau dia tido... hihihi... 


Ibu mmg selalu mmpi hawa...ibu slalu rs yg hawa sentiasa di cc ibu..ibu rs kehadiran hawa...ibu dpt rasakan yg hawa mmbesar dpan mata ibu... :)

ingat x baju terakhir yg hawa pakai tu? semalam ibu amik dr beg hawa tu, ibu cium... bau hawa masih ada lg... :) kdg² ibu rs nk tido skali ngan bantal biru hawa tu, tapi ibu masih x kuat lg syg... ibu xnk hawa nmpk ibu sedih... ibu xnak hawa nmpk ibu menangis...

hawa...ibu mintak maaf sbb dah lama x 'visit' hawa... abi bz dgn class, assignment.... abi nk naikkan pointer abi..., ingat x, masa kita kat JB dulu, masa tu kan abi tgh exam...abi x baca buku pon, ksian abi...dia risau dengan kita kat JB...pointer abi turun tau... now abi struggle nk naikkan pointer... hawa jgn lupa doakan abi tau...ibu slalu mmpi hawa...ibu tahu hawa rndukan ibu kan? ibu pon rndukan hawa... hawa slalu la dtg jenguk ibu ngan abi kat sini ye?... 



p/s : ibu sayang hawa... :)



Selasa, 12 November 2013

that's the truth!!




My Mom, 
she tells a lot of lies, She never did before
But from now until she dies, She’ll tell a whole lot more.
Ask my Mom how she is And because she can’t explain,
She will tell a little lie because she can’t describe the pain.
Ask my Mom how she is, She’ll say”I’m alright.”
If that’s the truth, then tell me,why does she cry each night ?
Ask my Mom how she is She seems to cope so well,
She didn’t have a choice you see, Nor the strength to yell.
Ask my Mom how she is,”I’m fine, I’m well, I’m coping.”
just tell the truth, Just say your heart is broken.
She’ll love me all her life, I loved her all of mine.
But if you ask her how she is, She’ll lie and say she’s fine.
I am here in Heaven, I cannot hug from here.
If she lies to you don’t listen, Hug her and hold her near.
On the day we meet again, We’ll smile and I’ll be bold.
I’ll say, “You’re lucky to get in here, Mom, With all the lies you told!”

Sebenarnya kita x boleh nak beritahu satu dunia...aku sakit!! aku x boleh terima semua ni...x boleh...kita kena redha semua ketentuanNya...kerana apa yg trjadi sekarang ada hikmah yg sedang menunggu kita... 

mmg perit nak bitau semua org... susah jgk nk terangkan apa yg kita rasa...kdg² cuba jadi setabah yg mungkin...dan kdg² tersungkur juga bila rindu makin melimpah ruah... tu tandanya Allah nk suruh kita luahkan pada Dia....Allah nak dengar tangisan kita...meminta pada Dia...

aku kene tahan sikit perasaan ni...Allah tarik 1 nikmat dari kita...percaya lah...Dia akan beri 10 lagi nikmat...dengan syarat...bersyukur setiap ujian yg diberi...

hawa, ibu rindu dan makin rindu dekat hawa...setiap hari, ibu x jemu nk tatap gambar hawa... 

ank ibu,  "be a good girl sayang" <-- ingt x ayat ni? hari²  ibu akn ckp dekat hawa,and kiss hawa, masa hawa tido...... 

ibu doakan semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hawa... 


Ahad, 10 November 2013

genap 90 hari...

Secara jujurnya 2 3 hari sejak kebelakangan ni...aku rs rindu sngt dengan cik hawa... rindu yg lain sngt dr sebelum² ni..sblum² ni aku rs hawa dekat sngt dgn aku...tp skarang aku rs mcm cik hawa nak pergi jauh...jauh tngalkan aku...sedih yg aku x tau nk ckp mcm mana...

bermula dr hari jumaat...aku tidur dan mmpikan cik hawa (spt sblm² ni mmpi jgk)...tp kali ni mmpi yg sedih...x tau la nk ckp mcm mana... perasaan tu mcm semalam hawa pergi tnggalkan kami..aku mmpi aku tgh nyusukan hawa, pakaikan hawa baju...mcm recall kenangan seblum² ni....pg tadi aku tnyer abi...

aku        : knape ye, sy rasa mcm rindu sngt dekat hawa? dan sy rs sedih...x mcm seblum² ni,..sy rindu tp sy x sedih...

abi        : mmg pun...b pun rs jgk...mlm td b x dpt tidur, rndukan hawa...

aku       : betul!! sy pun x boleh tidur...pagi ni sy rs sedih sngt...

abi        : ye lah...kan dah 3 bulan...bersamaan dengan 90 hari...org kata, dah tiba masanya roh hawa pergi...dia x kan ada di cc kita lg...sblum ni, rohnya bersama dgn kita... xtau la...kata org mcm tu...

aku      : ala...sedihnya...

abi       : Allah faham apa yg hamba dia rs... selepas 90 hari...tiba lah turn kita kene redha apa yg trjadi...dan kita kene move on... jgn fikir sngt...

tiba² rs sebak...sedih...x tau nk ckp mcm mana...spanjang prjalanan ke ofis, hati aku rs ditarik²...rs mcm nk peluk hawa buat kali terakhir...

"hawa...ibu dan abi redha dengan pemergian hawa...hawa tunggu ibu dan abi ye syg...hawa akn trus ke syurga...ibu dan abi syukur sngt...Allah akn jg hawa... ibu dan abi janji x kan sedih...sbb ibu dan abi x nak hawa rs sedih... maafkan ibu...kalau ibu ada terkasar dgn hawa... ibu lmbat bg susu...atau ibu lmbat mandikan hawa...lmbat tukarkan pampers hawa...maafkan ibu, kalau ibu x jaga hawa dgn baik... pergilah...ramai 'frens' hawa dah tunggu 'sana'... hawa jgn risau...Allah akn jg hawa lebih baik dari ibu dan abi jg hawa"

berjuraian air mata... ssh nk describe rindu yg mcm mana...rasa rndu nk pgg hawa...susukan hawa...tgk hawa buat muka 'x suka' kalau bsing² dia nk tido...buat muka geli kalau janggut abi kene kat muka dia...suka jgk dgr hawa jerit bila bdn dia kene air sejuk...suka jgk bila dgr hawa naik angin bila lmbat bg susu... hihi...suma kenangan ibu bersama hawa...ibu akan smpan dan jg spt ibu syg hawa...ibu dan abi syg hawa sngt²...




Rabu, 6 November 2013

'hydrocephalus'


mengikut pemahaman aku yg aku dapat dari 'taklimat' doktor semasa penyakit anak aku baru dikesan.

The hydrocephalus jangka berasal dari bahasa Yunani perkataan "hidro" yang bermaksud air dan "Cephalus" bermaksud kepala. Seperti namanya, ia adalah satu keadaan di mana ciri-ciri utama adalah pengumpulan cecair berlebihan di dalam otak. Walaupun hydrocephalus pernah dikenali sebagai "air di otak,". "air" yg dikatakan didalam otak kita ini sebenarnya adalah cecair serebrospina (CSF) - satu cecair jernih yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Pengumpulan berlebihan keputusan CSF akan menyebabkan kejadian abnormal di dalam otak yang dikenali sebagai ventrikel. Pelebaran ini mewujudkan tekanan berbahaya kepada tisu otak.


Biasanya, CSF mengalir melalui ventrikel, keluar ke tangki (ruang tertutup yang bertindak sebagai takungan) di pangkal otak, mandi permukaan otak dan saraf tunjang, dan kemudian reabsorbs ke dalam aliran darah. Malangnya, pesakit yang mengalami penyakit ini mempunyai laluan Ventrikel yg sempit/ tersumbat dan seterusnya menghalang laluan CSF ini mengalir.


-Means semua org mempunyai 'air' (CSF) kat dlm otak...tetapi org yg menghidapi hydrocephalus air yg sedia ada ia berlebihan... umpama 1 belon kita diisikan air, ia akn mengembang dan mengembang...begitu jg jika ia diibaratkan seperti kepala...air tersebut sebenarnya akn dialirkan melalui satu laluan ventrikal kiri dan kanan...tp saluran ventrikal cik hawa disebelah kanan mungkin sempit atau tersumbat...jadi air (CSF) tersebut tidak dapat dialirkan dgn sempurna dan akhirnya kepala akn mengalami tekanan...dan akhirnya ukur lilit kepala akn bertambah dan bertambah dlm keadaan yg tidak normal.


Doktor beritahu, if buat operation shunt cik hawa akn ok, cik hawa cuma mengalami masalah air berlebihan dekat kepala saja, xder sakit lain...jantung, hati, buah pinggang semuanya normal...doktor jg ada beri pilihan, jika tak lakukan shunt, mungkin doc akn tebuk sedikit, cuma keluarkan sedikit air tu...tapi aku xpasti samaada operation ini sesuai bagi bayi pra matang... aku x sempat nk search...bnda ni berlaku tiba²...


selepas pembedahan berat badan Cik Hawa susut sikit demi sikit...minum susu spt biasa...tapi berat x naik²...yg pastinya nurse KK akn mrh (bnda biasa)...tp aku dah cuba...cuba naikkan berat badan Cik Hawa tapi berat bdn around 1.8 to 1.9 kg...Hawa pun cuba...aku tahu...dia faham apa yg kita bitau dia...


'hawa syg ibu dgn abi x? hawa minum susu ye? ibu dgn abi xnk hawa sakit...ibu dgn abi nak hawa sihat...kalau x nk minum bnyk...sikit² ye?'


doktor sendiri beritahu...miracle!! selalunya baby yg sakit hydrocephalus, pernafasan akn out...sawan akn selalu trjadi tapi Alhamdulillah Cik Hawa x mengalaminya pun...cuma cik hawa akn muntah selepas minum susu...tp x selalu...kadang²...aku jg pernah diberitahu oleh ibu yg ada ank yg mengalami hydrocephalus... kanak² hydrocephalus dikategorikan sebagai OKU...aku x kisah semua tu...Jika Allah panjangkan umur Cik Hawa pun, aku sanggup jaga dia...tapi Allah lebih mengetahui...Dia tahu aku x mampu jg Cik Hawa..sebab dia kanak² yg sangat isitimewa...


aku x tahu apa punca sakit tu..sebab pada umur 7 bulan dalam kandungan, kami ada buat scan 4D details, semua aliran darah dari jantung, tulang belakang, ukur lilit kepala semuanya normal, dan membesar mengikut minggu... tp bila jadi mcm ni...aku cuma boleh fikir...Allah Maha Berkuasa...segala² berlaku atas kehendakNya...

x tau mana silapnya...ada kah disebabkan cik hawa pra matang atau disebabkan pada kecuaian...Dr fadzillah Kamsah pernah ckp...dlm dunia ni xada istilah 'kebetulan'...semuanya yg berlaku adalah takdir.

"Jika Allah hendak memberikan Ketenangan kpd seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa² tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang Kebahagiaan kepada seseorang 
dia tidak boleh dihulur oleh apa² tgn sekalipun..."

aku percaya!! sebab...kami usaha apa cara sekalipun utk selamatkan cik hawa...kami cuba segala jln alternatif asalkan cik hawa sihat...andai kata cik hawa OKU sekalipun...kami tetap akn terima... tapi kita kena sedar...Allah itu Maha Berkuasa.. "Kun Fayakun" tiada siapa dpt menghalang...pergi tetap pergi...kami terima...

do not judge....






sekarang ni, aku lebih bnyk termenung...x tau apa di fikirkan...kdg² x dgr pon org pnggil kita...kita pun lebih buat hal kita...malas nk amik tau hal sekeliling... bnyk menyendiri...ada ms nak berHuha...aku join la member² lain...tp Alhamdulillah...org sekeliling seakan² fhm apa yg aku rs...

ada masa, aku akn rasa sunyi...sedih sangat...smpai x sedar menangis...tp bila dah 'lepaskan' segala² nya...aku akn kembali tenang...ank aku x pegi mana pun...dia di sisi Allah...sebenarnya dia sentiasa bersama kita...cuma kita je yg x nmpk...

apa yg dikatakan spt diatas...mmg betul...aku bersetuju sngt... ada masanya aku cuba jd sekuat yg mungkin...ada masanya aku lemah spt hilang segala tenaga...ada masanya aku cuba utk melawan apa yg dirasa tp akhirnya temui jln buntu....

adakah aku tidak menerima ketentuan Ilahi??? mustahil...aku percaya pada Qada'dan Qadar Allah...aku percaya pada segala ketentuanNya...aku cuma manusia...iman yg x tentu pada tahapnya...tp yg aku psti aku serahkan segala padaNya...

aku berpegang pada janji Allah...ada hikmah di setiap sesuatu kejadian...apa yg terjadi pada hari ini, semua telah tertulis...aku pasrah dan aku redha...


Selasa, 5 November 2013

Dendam




"Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa." - sumber wikipedia

Kalau org buat jahat dgn kita, sakitkan hati kita mesti kita nak balas balik apa yg dia buat... sekali dia buat, berganda-ganda kita nk balas balik.  sehasta dia buat jahat, kalau boleh beberapa hasta kita nk bagi... Nak² lg kalau ia berbaur fitnah...sakit rsnya difitnah ni...mana x nyer, bnda kita x buat dikatanya kita buat...

bila kita di fitnah, terlahir satu rasa marah yg teramat sngt sehingga timbul 1 azam dari dlm diri 
" siap kau, aku akn ajar ko...smpai ko rasa apa yg aku rs!!" tapi cuba fikir setelah dendam terhurai...kita berjaya melaksanakan dendam tu...puas kah hati tu? mesti kita x kan puas...kita akn balas lg berganda² dari apa yg dirasa...dan akhirnya memakan diri juga...

Jujur pada diri sendiri. Jika kita berdendam, kita sebenarnya tidak akan sedar bahawa pembalasan kita kepada mereka sebenarnya sudah melampaui batas. Kita akan membalas keburukan dengan cara yang lebih buruk dan kejam.

Dimata manusia, kalau kita balas dendam..."wah!! hebatnya kau ni"...Tapi kalau x dibalas katanya kita pengecut!!

"Pengecut adalah ketika disakiti, lalu kita berasa sakit, kecewa, sedih dan berputus asa kerana tidak dapat berbuat apa – apa bagi membalasnya ataupun tidak tidak kuat menahan rasa sakit dengan kesabaran."


"Membalas keburukan dengan keburukan adalah kehinaan atas kehinaan. Darjat orang yang demikian adalah rendah, sama sahaja seperti membalas kedengkian dengan kedengkian.

Perkara yang melatari perkara itu adalah dendam dan bukan menegakkan keadilan.

Membalas keburukan dengan keburukan memang dapat membahagiakan hawa nafsu, Tetapi membalas keburukan dengan kebaikan adalah kemenangan manusia dihadapan manusia lain dan di hadapan Allah."


Maka jalan yang terbaik...

bersabarlah... mungkin apa yg terjadi ada hikmah yg menanti dan seterusnya mematangkan diri dan hati kita untuk menjadi orang yg lebih baik...

selepas terjadinya ugut ugut ni...sebenarnya Allah nak uji aku, betul ke aku dah betul² redha dengan kehilangan Arwah Cik Hawa... Alhamdulillah...aku semakin merasa kemanisan hikmah yg Allah beri ni...syukur yg tak terhingga...aku masih boleh berfikir dengan waras...


Selasa, 29 Oktober 2013

terima ugutan di hari lahir aku...

Baru-baru ni, aku dapat mesej dari FB...tp masuk spam... semalam bru aku perasan dan baca...tarikh mesej tu pada 9 sept 2013... oh...pada hari lahir aku... hurrrmmm...

ok, mesej tu mcm kasar la bunyik nya...


'salam tahziah atas kematian anak kau so skrg nie dh tgk betapa besarnya kekuasaan allah swt!! kau mmg bodoh pergi aniya ppm yg sebersih dan sesuci **** skrg nie tuhan dh balas atas segala perbuatan kau pd dia!! tk smpai setahun tuhan tu dh tunjukkan kebenaran dan kekuasaannya!! anak kau mati tu semua pembalasan sb salah mulut kau sdiri!!

ternyata doa **** tu keramat!!tahun lepas kau dgn adik kau yg sial tu buat airmata dia berlinangan so skrg kau rasakan perasaan tu bahkan lebih, tuhan telah balaskan!! pertahankanlah lagi adik sial kau tu!! lain kali selidik betul2x kebenarannya!! so kau tanggunglah atas kesalahan kau sdiri!! tuhan tu mmg adil..perbuatan cash dan pembalasan pun cash!! anak kau pun dh mati!! setiap perbuatan ada pembalasannya!! nak menyesal pun tk guna sb anak kau pun dh mati!! so moralnya jgn hukum seseorang tu kalo kau tk bijak mencari kebenaran!!mmg malang laa nasib kau..sb org yg kau aniaya tu memiliki hubungan yg rapat dgn allah swt!! seriously ini kali kedua aku lihat mmg ternyata benar doa org teraniaya nie adalah doa yg selalu didahulukan!!kalo kau nk aniaya org,pergi aniaya hidup seperti adik kau yg setan tu!!bukan aniaya hidup ppm sesuci seperti dia..SB DOSA ADIK KAU TELAH TEMPIAS SAMA BERSAMA KAU!! INI BUKAN KEBETULAN TAPI ALLAH SWT DH RANCANG SEGALA PEMBALASAN INI!! SORRY TO SAY..IT ABOUT YOU SIN WITH HER..'


Dalam hal ni, sikit pun aku x rasa tergugat...atau aku menyesal dengan perbuatan aku yg katanya telah 
membuatkan airmata si polan ni berlinangan...sebab aku x buat apa² yg menyebabkan beliau menangis... cuma aku rs terkilan, Cik Hawa x buat silap pun dengan si polan, kenapa nk babitkan dia dlm hal ni? Cik Hawa adalah bidadari syurga...yg Allah dah janjikan tempatnya di Syurga...yg akan menunggu kami di Akhirat nanti...Ajal dan maut dah di tentukan oleh Allah, yg Allah dah tetapkan dari Azali lg...dari rohnya di tiupkan di rahim aku lagi, dah tertulis segala perjalanan hidupnya, dan yg semestinya bukan doa dari si polan...ank aku bahagia di sana, di sisi Allah S.WT...cuma nasib kita belum tahu lagi...


cerita setahun yg lepas :-

ok, jika seseorang anta sms kepada anda, dgn mengugut akan membunuh ahli keluarga anda...adakah anda akan diam dan ignore sms tersebut?... ...mesti anda akn cari si pengirim sms tersebut dan tnya, mengapa dan kenapa si dia berbuat demikian.... 

punca adalah aku nmpk adik aku diaibkan di FB, disiarkan pic adik aku tgh melutut dkat si polan katanya adik aku telah melakukan sesuatu yg jahat terhadap si polan..

first!! aku tnyer adik aku...'apa pasal ko buat mcm tu??' adik aku kata, dia kene ugut, terima sms bunuh jika x buat mcm tu


side si polan:
aku chat FB dia tnyer, apa pasal ko malu kan adik aku?? si polan kata bf dia ugut nak bunuh si polan dgn adik aku klu x buat gitu... punca?? kenapa?? bnda pertama aku tnyer... ape adik aku buat kat ko?? rogol?? raba?? si polan kata xder (fuhh!! lega...) then? adik aku pinjam duit ko?? dia kata ada, tapi dulu, dan si polan dah halalkan...tapi aku tnyer... if ko halalkan dlm terpaksa, aku akn byrkan, si polan kata its ok.... 

ok, end d conversation...

side adik aku :
ko ada raba² si polan?? : x pernah, sentuh pon x...
ko ada pinjam duit dia??  : ada, tapi aku dah byr balik...
ok, sekarang ni, bf si polan ada mesej ko? : ada... 
ok, tggu aku balas balik mesej bf si polan..

side bf si polan:
aku mesej -hentikan semua ni, klu masih mengugut aku akn buat laporan polis... dan bf si polan kata tggu dia balik dari vernice...(org kaya katanya... dia tau aku keje mana, abg² aku keje mana... dan katanya anytime dia akn berhenti kan kami kerja... bos aku pun dia kenal...puiii!! hebat!! ingt aku nk percaya??)

dan selang 2 3 hari, bf si polan ugut akan sama 5 juta dekat family aku... so, aku nk hentikan permainan yg x bermoral ni... aku ckp ngan adik aku, kalau betul ko x buat salah ko buat report polis sekarang...

done!!
siap buat laporan polis!!

nampak sngt si Polan ni suka sngt 'mengintai' dan menjenguk² di FB aku... huh!! kalian boleh membaca sendiri kandungan mesej trsebut dan boleh menilai tahap 'kecerdikan' si polan...aku x membuka aib sesiapa...dan aku jg x cuba nk membuka pekung di dada...dan kalau boleh mmg aku nak sertakan sekali conversation aku ngan si polan...tapi xper...jika sudah melampaui batas² dan memaksa aku utk lampirkan akn aku lampirkan...

buat si pengirim mesej : kehilangan Cik Hawa kami redha... Jika benar pun disebabkan doa awk tu adalah punca kematian Cik Hawa...kami jg redha...segalanya² yg berlaku ats keiizinan Allah....Aku jg tahu, segala yg terjadi pd hari ini, adalah penghapus dosa² aku yg dulu... Alhamdulillah...semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk terhadap awk...dan akhir sekali, " stop playing d game...i know u are d same person... dari fb 'mereka²' aku dah tau...tapi mls nk layan sngt otak yg x berapa nk cerdik tu yg sanggup mengugut nk bunuh membunuh ni..jgn jd malu dik... kalau org dah x nak tu, baik buat haluan masing²...jgn menjatuhkan maruah sendiri... Allah dah tentukan jodoh yg terbaik utk awk..."org yg baik utk org yg baik..dan jg sebaliknya" Semoga Allah merahmati kamu...



p/s : ibu mmpi hawa mlm tadi...hawa dah besar...dan nembam²... b a gud girl syg!! :)

Isnin, 28 Oktober 2013

crying...crying...like raining outside...


kadang² aku rasa x kuat dengan dugaan Allah ni... rasa nak menangis semahu-mahunya smpai penat dan tertido...rasa nak tido lama²...dan sentiasa dalam angan² bersama Cik Hawa...

tapi bila tersedar...

Ya Allah...kenapa aku mcm ni? bangkit!! bersihkan sisa² air mata...aku perlu bangun dari ilusi ni.. ingat balik, besarnya ganjaran Allah kepada kita yg redha setiap ujian dariNya...

mungkin aku menangis sebab rasa sunyi...rasa diri aku keseorangan...tp sebenarnya Allah terlalu hampir dengan kita...Dia x pergi jauh...Dia sentiasa ada untuk dengar luahan hati kita... Bangkit!! Sedarlah... Dia sentiasa ada di samping kita...

aku mengadu dekat mak... "kenapa org mcm ni?" mak kata " biasa...dulu mak pun pernah rasa, kenangan tu akan pergi dan dtg, menangis jer la buat kita lega"

mak aku pernah rasa apa yg aku rs sekarang ni, abg aku meninggal masa umurnya 6 bulan.  Mak kata mmg kita x hirau keadaan diri kita ...kita akan selalu termenung... teringat² kenangan kita bersama dia... dan kita x kan sedar bilanya kita menangis...air mata tu trsangat lah murah...

tp mak ckp...jgn risau... myb setahun baru lah keadaan kita btul² pulih...ataupun sehingga kita mndpt pengganti... aku bersyukur sngt mempunyai seorang mak yg fhm keadaan aku...dengan mak aku meluahkan rs yg trpendam...sbb hanya mak fhm ape aku rs...

tapi sebenarnya tnpa kita sedar, dengan adanya ujian Allah ini, kita bertambah kuat.... Iman kita kepadaNya makin bertambah... kita rasa diri kita terlalu hampir denganNya...dengan adanya ujian ni, terhapuslah dosa² kita yg dulu...

pernah aku menangis...merayu² kepada Allah...aku cuma berdoa...berdoa... berharap situasi aku akan berubah pd esok pagi...tapi still sama... aku x suka menangis di depan org... bila rasa nk menangis...mesti masuk toilet... aku x tau nak luah kat sape...aku xnak org² yg aku syg sedih...biar aku simpan sendiri...

aku tawakal jer... tnpa sedar aku mnghitung hari...ya Alllah permudahkanlah jln aku pd esok hari...cepat lah berlalu hari² yg sukar ni... dari hspital Melaka ke hspital JB...mcm² org yg aku jumpe... mcm² penyakit yg slama ni aku xpernah tahu...mcm² bnda yg aku dpt belajar...Alhamdulillah....aku bersyukur semua tu...

smpai aku sedar...sakit ank aku x besar mana pun...ada ank org lain lg mcm² penyakit...smpai doktor x tau nk describe anak dia sakit apa...tp hari²  amik drh ank dia... doc xtau nk bg ubat ape kat ank dia...nak amik darah... bg kat makmal...tp dah berminggu² x dpt gak jwpn...ambil lg darah...smpai lebam² tgn ank dia...

yg pergi tetap pergi... dengan perginya cik hawa, aku sedar tentang kematian.  Kematian tidak tnggu walaupun sesaat... dlm keadaan sihat pun bila² masa Allah akn ambil nyawa kita... Aku sikit pon x menyangka hari tu cik hawa akn pergi meninggalkan aku selamanya...


p/s : sunyi...tapi percaya lah...Allah ada di sisi kita...Dia x pernah jauh...  :)




Rabu, 9 Oktober 2013

Syukur itu lebih nikmat dari sabar...


Hari ini genap 2 bulan pemergian cik Hawa...spt bulan lepas, setiap 9hb pasti akn teringat "dah bape bulan ek hawa pergi?" mesti hati kecil ni yg sibuk mengira² bulan...

dari bilik kecemasan,  pada 10 Ogos 2013 pada jam 11.50 mlm... saat yg kami akn ingt smpai bila²... kenangan tu akan datang tanpa diminta...di saat doktor menggeleng kepala tandanya "dia sudah tiada"... saat yg x dpt digambarkan betapa sedihnya... rasa mahu histeria...tp mulut x berhenti² beristighfar, takut hati tidak menerima ketentuan Ilahi... "Dari Engkau dia datang, kepada Engkau dia kembali"

dari perjalanan ke hospital lg aku telah berdoa " Jika ini yang tertulis untuknya, aku redha, aku halalkan susu ku kepadanya...aku redha ats ketentuanMu...krn aku tahu ini yg terbaik untuknya...Engkau berkati lah dirinya...Kau rahmatilah dirinya...Terima kasih atas pinjamanMu  yg sementara kepada kami...Terima kasih atas perasaan ibu yg pernah aku rasa..."

ketika hawa di sahkan hydrocephalus, disaat tiada siapa yg boleh bantu kami... hanya Dia...hanya Dia saja tempat kami meminta...meminta agar keajaiban berlaku kepada Hawa...puas kami berdoa...berdoa...siang dan malam...solat hajat, Yaasin yg selalunya dibaca seminggu sekali, tetapi pada ketika itu, setiap minit dibaca, agar hati² kami masih berdoa dan terus berdoa, agar dipermudahkan segala urusan cik Hawa...dan akhirnya kami bertawakal...jalan terakhir bg kami...

"siapa yang tidak melaluinya tidak akan faham maksudnya, 
orang² yang pernah hidup dan bertawakal, 
dia kan mengetahui keajaiban bertawakal, 
bila hati insan bulat kepada Ya Rabb,
"aku serahkan segala urusan ini kepada Mu ya Allah"

ajaibnya...kami menerima segala ketentuanNya...kami tidak pernah berputus asa...masih lagi berdoa...agar Hawa sihat seperti bayi² lain.  kami tidak pernah sesekali membenci Allah...malah bersyukur...mungkin ada hikmah disebalik kesulitan ini..yg pastinya kita perlu tahu, bukan Allah x makbulkan permintaan kami, tetapi


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


Alhamdulillah...tetapi tipu la...di sudut hati pasti akan ada suara² jahat...yg kadangkala hadir juga...tapi cepat² istighfar...ketahuilah...

"Jika Allah hendak memberikan Ketenangan kpd seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa² tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang Kebahagiaan kepada seseorang 
dia tidak boleh dihulur oleh apa² tgn sekalipun..."

apa² yg terjadi semua ats izinNya... kami redha...kami pasrah...tetapi bg suara² yg mengatakan....
 "yg sudah tu sudah la" " yg pergi tetap pergi" "biarlah dia dah tenang di sana" mereka ini tidak pernah merasai apa yg kami rasa...kdg² meluahkan dpt meringankan sedikit rasa kerinduan tu...tetapi bila diluahkan dikatanya tidak menerima ketentuan Ilahi... tak mengapa...yg pastinya kami tahu...Hawa sedang menunggu kami... InshaAllah....




Isnin, 30 September 2013

hadirnya kesedihan...

HADIRNYA KESEDIHAN 
(karya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

kesedihan..
engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam
engkau menerpa masuk tanpa dijemput
engkau hinggap lekat di berbagai sudut

dengan wajah yang menyimbah resah..
dengan lidah yang menempah gundah..
dengan cara yang membawa lara..
dengan bahasa yang menjelma duka..
bagimu rupa yang bermacam warna..
hingga ku lupa membezakan nama..

kesedihan..
pada awal mengenalimu, aku begitu terkedu
wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
aku terdiam dan terbungkam, 
siang bagaikan malam..
cahaya bagaikan kelam..
kau cuba palutkan rasa takut dan kalut
sehingga nafas menjadi semput dan susut
lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup

kesedihan..
tika ini, telah lama ku mengenalimu
apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
entah berapa kian kali kau datang ke sini
entah berapa waktu ku kau ganggu
entah berapa medan dah kau ku tentang..
entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
datang dan pulangmu sama sahaja
hadir dan pergi tiada bedanya..

kesedihan! sejak dulu apa yang ku tahu..
setiap kali ku lihat rupa sayumu, 
ku panggil syahdu nama tuhanku
setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak,
ku seru tuhanku dengan sebak..
setiap kali ku rasa kau mula melangkah,
jiwa ku pun pasrah, pada Allah ku berserah

kesedihan! ku tahu.. 
kau kan terus datang, sukar dihalang..
kau kan terus bertamu, sukar dijemu..

namun, pabila kita berjumpa..
kau kan hambat dengan airmata munajat
kau kan ku lontar dengan esakan istighfar
kau kan ku siaga dengan tangisan doa
kau kan ku gempur dengan rasa syukur

kesedihan..hadirlah jika itu yang kau mahu
moga jelmamu selalu membangunku pilu di malam syahdu
untuk ku basahi pipi dengan meratapi: “ya rabbi! Kasihi hambaMu ini! 

Ahad, 29 September 2013

kdg² hati terasa juga...

setiap hari
terasa dia di sisi
teringat² senyumannya
terkenang² suaranya

setiap malam
ingin aku peluk dia,
beri kata² perangsang, cium dia,
serta ucapkan selamat malam kepada dia,

setiap minit
dia yg aku ingin mimpikan...
dia yg selalu berada dlm ingatan...
dia yg selalu di hati

tapi...
aku sedar, dia telah jauh pergi tinggalkan kami,
pergi yg x kan kembali lagi,
kami redha, kami pasrah,

pernah juga,
aku rasakan baru dikejutkan dari mmpi ngeri,
tetapi ternyata ini semua realiti,

meluahkan berkali²,
bukan bermakna aku x terima ketentuan Ilahi,
cuma kadang² perasaan halus ingin mengingati,

Rabu, 25 September 2013

terima surat dari cik hawa!!



Ibu Abi,
please don't cry. 
I'm in heaven now, 
so dry your eyes. 
God is keeping me safe and warm, 
just as you did from the day I was born. 
We don't know for sure why this happened to me, 
but in your heart, mind and soul I will always be. 
We need to cherish the memories, 
till the day you're here with me. 
Think of all the times you made me laugh, and smile.
That should make you feel better ibu abi?.. just for awhile? 
Even though I passed away so young, 
I'm still living ibu abi, 
and still so strong. 
I'm a 'Wildan'  now ibu abi,  
So please don't hurt or cry, 
I will feel it too. 
I want you to laugh ibu abi, 
and I will too, 
I know its so hard and you can't feel my touch, 
but just remember , 
I LOVE YOU THIS MUCH.

*ibu rindu hawa...dan ibu juga bahagia, sebab ibu yakin Allah jaga hawa dengan baik... :)

Ahad, 22 September 2013

Allah...kuatkan aku...


#Falshback

Buat masa ni, aku masih lg teringat² peristiwa yg susah sngt untuk aku lupakan...walaupun bnda yg sudah berlalu 2 3 bulan yg lepas...perasaan yg susah nk digambarkan.  Bila kita dapat tahu, anak kita sakit.

bayangkan pada masa tu aku dan arwah cik hawa kene dtg hospital dengan SEGERA... bygkan aku kene tggu doc selama 2 jam dengan perut kosong!!. Walau terhidang makanan yg istimewa sekalipun, tapi dlm hati gundah gulana, agak² nya berselera kah kita?dalam hati penuh tanda tanya...kenapa?? kenapa?? masa tu mmg x terfikirkan diri sendiri...mmg berserah segala²nya..

Doc Naven beritahu yg cik hawa perlu menjalani MRI, untuk lebih memastikan ujian ultrasound yg cik hawa buat 2 3 hari sebelum tu adalah negatif.  dari hasil ultrasound tu, ada kumpulan cecair yg berlebihan dlm kepala hawa, dan ini adalah salah satu tanda² penyakit 'hydrocephalus'.  Doc juga beritahu, if keputusan MRI didapati positif, maka cik hawa perlu menjalani 'PEMBEDAHAN' dengan segera, bagi mengelakkan tekanan air tersebut pada otak. aku lost..x tau nak ckp ape...masa tu, aku harap sngt yg aku boleh 'BANGUN' dari tidur ni...

kejutkan aku...

tolong!! kejutkan aku...

disebabkan aku breastfeed aku dibenarkan menemani cik hawa di hospital.  aku diberi bilik belakang.. seolah² kami di kuarantinkan.. aku masih dalam keadaan terpinga².. dalam percaya atau tidak..

menangis...

tapi aku masih x percaya...mengharapkan pertolongan dari yg Esa...

menangis...

tapi aku kuatkan hati x nak menangis depan cik hawa...aku call abi beritahu apa yg doc ckp...abi beritahu yg abi akan balik melaka secepat mungkin...

kuatkan hati...istighfar seberapa banyak yg boleh sehingga hati menjadi tenang...dalam kesayuan lihat wajah cik hawa yg tenang...seolah² TIADA apa yg berlaku...aku berdoa.."jika ini adalah balasan dari dosa² kami yg dulu Ya Allah, ampunilah kami ya Allah... berilah kesenangan pada anak kami ya Allah, berilah dia kemudahan di atas dunia ni..."

menangis sampai tertidur...bila tersedar cik hawa pandang aku...

"cantiknya mata awk...tapi ia penuh dengan kesayuan dan harapan" .

dari matanya aku dapat rasakan seolah² dia nak beritahu... "ibu, don't cry everything will be fine...Allah sentiasa bersama kita, serahkan segalanya padaNya" aku rasa lebih kuat masa tu...

dan xlama tu abi pun sampai, dan kami menangis bersama²...

Doc beritahu date yg cik hawa akan menjalani MRI pada esok hari jam 11.00 pagi... dan kami perlu bersedia, dan kami yakin yg Allah akan bantu kami...

* Doc Naven adalah doc on-call mlm Cik Hawa menghembuskan nafasnya yg terakhir.



Rabu, 18 September 2013

kesan ubat bius


#flashback..

esoknya...aku still muntah² lagi..sehingga x der isi yg boleh dikeluarkan...duduk ward kelas ketiga, katil rapat²... kiri kanan depan belakang, pesakit sume friendly... walaupun mata x berapa boleh bukak, tp aku nmpk kemesraan mereka.. kakak yg duduk katil sebelah siap tolong naikkan katil aku, supaya aku xder la aku sentiasa tidur...

pagi² doktor akan membuat rondaan... dari situ aku dapat tau berat anak ku 2.145 kg...angka yg x mungkin aku lupa.. " sy rasa ank dia xder masalah...kenapa nak tahan nursery...berat bada 2.1 rasanya ok" kata doktor tu...riangnya hati... x sbr rs nk jumpa hawa... doktor tnyer muntah lg x? baru nk  ckp...perut ni rasa menggelodak..cepat² ambil tong sampah kat bawah katil...x sedar diri yg diri tu baru lepas operate...

tengahari ada makanan disediakan...baiknyer nurse tu siap kejut...tanya.. "adik nak mkn x? tapi bubur xder...ada nasi je" terus geleng xnak...perut x berapa nak baik lg...then dtg kakak yg kebetulannya kawan abi, 'menginap' di ward yg sama, tolong buatkan milo panas... rasa segar sangat tekak ni...kurang rasanya muntah...

then aku nmpk abi dtg...abi bg hp...abi kata nak balik putrajaya, nak ambil smua barang² hawa... xlama lepas tu, abi mesej...bitau hawa kene duduk nursery selama 3 hari untuk diberi antibiotik sebab 'blood stains'.. Hawa tertelan darah semasa dilahirkan.. aku ambil ianya sebagai positif... 'baguslah...at least hawa di beri pencegahan awal'... aku mmg x terfikir bnda yg negatif... segalanya aku berserah pada Allah...100%...skit pun aku x rasa risau...sbb aku tau... Allah sentiasa bersama hawa...

ptg tu, dengan bawak plastik urine, aku gagahkan diri pegi nursery... pertama kali melihat anak sendiri, selama 37 minggu dia berada dalam rahim aku... aku dapat lihat dia depan mata. aku pegang dia..mata dia xlepas memandang kami... abi memberi salam "Assalamualakum iman" (nama yg kami beri dari dalam kandungan)... matanya x lepas dari memandang kami...pandainya dia...

"hawa sihat?" masih memandang... airmata aku mencurah² tanpa henti, tatkala melihat jarum di tangan hawa... hati aku bagai dihiris²...sakitnya anakku...kasihannya dia...airmata masih mengalir...iman masih memandang aku...sakit luka diperut tidak sesakit perasaan melihat anak di cucuk jarum...

be positif...'xper la... 3 hari je kot...nanti dah boleh balik..." :)



if i...


"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui” Surah al-Baqarah, ayat 216

Subhanallah..indahnya ujian dari Allah...disebalik setiap kesedihan, kepedihan hidup kita sebenarnya terselit suatu rahsia yg kita tidak sedar...hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui...selama mana kita menerima segala yg ditakdirkan, selama itulah kita akan merasa kemanisan hikmah Allah...

bertabahlah hati...sesungguhnya Allah sedang merencanakan sesuatu yg baik untukmu...

rindu


rindu... semalam aku rasa rindu sngt kat arwah cik hawa....time tgh solat pun boleh menangis...aku rasa kerdilnya bila berhadapan dgn sang pencipta... terasa diri aku xberdaya...

rindu ..cuma aku boleh berdoa...agar anak ku dirahmati olehNya...di berkati olehNya...dipermudahkan aku berjumpa dengannya kelak..

rindu...mungkin gambar boleh dijadikan 'ubat tahan sakit'...tapi sebenarnya...bila melihat gambar arwah...aku memerlukan kekuatan yg cukup...

rindu...rasa dia ada didepan mata...nak dicapai x sampai...nak disentuh x rasa... pedihnya rasa kehilangan... 

ya Allah...berikan lah aku sedikit kekuatan agar aku menjadi hamba sentiasa redha segala ketentuanMu...aminnn...ya rabball alamin...


berikan aku ruang waktu

maaf...

berikan aku masa untuk update segala kenangan-kenangan yang lepas...aku masih lagi mengumpul kekuatan untuk bercerita secara details...kdg² ia bagaikan baru trjadi semalam...dan kdg² aku rasa aku sedang mengalaminya kembali...subhanallah... namun...kenangan bersamanya adalah kenangan yang paling indah...

Rabu, 11 September 2013

puisi buat hawa



Dibawah sebuah puisi dari kak zuliana dalam blognyer http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/2012/03/dari-siti-hawa-untk-adiknya.html perjalanan cerita hampir sama dengan aku... nama anknye juga hampir sama.. cuma aku dan keluarga sempat membelai, menjaga arwah selama 2 bulan 9 hari. Hawa Sabrina Iman, nama yg sentiasa akan terpahat dihati. Arwah juga dilahirkan ketika 37 minggu..mmg x terlintas langsung yang arwah akn meninggalkan kami...terlalu banyak rasanya dugaan yg telah dijalaninya, sangkanya arwah akn survive utk kami.. ternyata Allah lebih sygkannya.. kami redha segala ujianNya. mungkin arwah x mahu melihat ibu dan abinya bersedih. Pergilah syg... ibu redha...


*puisi ni aku edit nama anak kak zuliana siti hawa....di rumah hawa adalah nama panggilannya. Pertama kali baca puisi ni, mengalir air mata ni...sungguh kita bertuah dikurniakan ank penghuni syurga ni... Alhamdulillah..


Hawa....
Nama seindah rupanya,
Pemilik bertuah penghuni syurga,
37 minggu yang indah yang tak mungkin ibu lupa,


Hawa...

Anugerah terindah dan rahmat buat kami,
Tak pernah sekelumit terlintas di hati,
Dia akan pergi tinggalkan kami,


Hawa...

Melaluinya ibu faham erti kehilangan,
Menerusinya ibu tahu erti kasih sayang,
Dan dengan pemergiannya, ibu tahu erti sebenar 'pinjaman' ,

Hawa...

Puteri syurga yang tidak pernah terlintas ibu akan miliknya,
Puteri syurga yang sedang berbahagia di SANA,
Puteri syurga yang Allah titipkan hanya sementara,

Hawa...

Melahirkanmu sayang penuh dengan kemudahan,
Pergimu sayang dengan ketenangan,
Kehilanganmu sayang meninggalkan seribu kenangan,

Hawa Sayang...

Tunggu ibu dan abi di SANA,
Semoga ada syafaat buat kami menerusinya,
Sesungguhnya setiap ujian Allah petanda DIA kasihkan kita,

Selasa, 10 September 2013

Kamu cintakannya ?


#repost dari blog  http://adlieandherlife.blogspot.com/2011/06/kesedihan.html

*bertabahlah sesungguhnya ujian Allah itu petanda Dia sayangkan kita... :)

Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.

Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :

”Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua

kuarantin

selepas proses jahit menjahit...aku diberitahu supaya jgn bkk mata...jgn bnyk bergerak...tp sebenarnya mereka yg bnyk gerakkan aku...sbb nk tukar katil :P.. pdhal ati dok kata kenapa x boleh gerak sngt? kenapa x boleh bukak mata? urrrmmm... rasa loya...nak muntah...x sempat nurse ambil plastik aku dah muntah kat tepi katil...sempat lg say sorry...hihihi

aku di kuarantin kan...sekejap doc dtg nk tnyer sama ada kaki aku dah boleh angkat atau belum...x tau la berapa jam kat dalam tu...tgn menggigil²...sejuk sngt rasa...masa tu xboleh gerak...x boleh bkk mata...rimassss... nurse dtg bitau.."cuba² skit angkat kaki...jgn tido"...urrmmm... ok...try...dan try..akhirnya...doc kata ok..boleh masuk ward...

sblm masuk ward kene ambil 'uri'...ok duduk lg kat bilik mane ntah...tp kat blakang trdengar "1..2..3..pushhh!!" "jgn angkat bontot" haaa...mcm² la...rupanya mlm tu ramai kwn² hawa yg keluar... :)tgh tggu nurse tu pun muntah lg...berapa kali muntah dah...dengar la nurse merungut.."muntah lagi...asyik muntah jer..." aiiihh...sedehnyer...dah la kita tgh sakit...rs nk jwb je..."klu boleh tahan sy tahan dah kak.."

sampai kat ward...nurse lupe turunkan air... terus tolak aku kat katil ward..urrrmmm air yg menyambungkan jarum kat tgn aku tu cam tertarik skit..mujur jarum tu x tercabut...klu x...mau menyembur darah...aiiihhh...rs nk terjatuh dr katil...ms tu abi kene marah sbb rapat² dgn aku...tujuan dia nk bantu nurse tu tolak aku ke katil lain...last² dorang panggil jgk abi utk bantu dorang...urmmm...

masa tu aku nmpk abi risau...asyik tnyer...ok ke?? ok ke?? sorry...x dpt nk jwb lebih²...angguk² geleng² jer...then...ader kakak kat sebelah katil bitau abi..."awk balik jer la..kitorang jg dia " baiknya kakak tu.. :) then abi pun balik...leganya dpt  tido...


kita jumpa next entry ok??

Isnin, 9 September 2013

emergency


#flashback


Hari ahad bersamaan 2 jun 2013...bermulanya detik kami menjadi ibu dan abi... "lepas isya' kita gerak balik putrajaya" abi dah inform awal² suruh siap²... gerak balik slepas mkn pukul 8 mlm... dari siang lg perut aku x berapa sedap..."myb salah mkn kot dekat kenduri kawen siang td"...rasa nk membuang x boleh...tp dlm ati skit pon x terfikir yg aku akn bersalin...

selesai salam bersalaman...kami pun mulakan perjalan ke putrajaya...x smpai 10 minit dlm perjalanan...sdg asyik bercerita tiba² terasa air keluar mencurah²... ehh...terkencing ke? "pusss" ...keluar lg air tu... terus tringat...klu air tu x berbau...itulah air ketuban...dok cium x bau apa²... dgn pantas abi U turn terus ke hospital...dlm perjalanan abi telefon mak dan mentua...

smpai jer kat hospital aku dibawa dekat pendaftaran bersalin... macam² ditanya...walhal 'buku merah' ada dekat tgn misi tu...aku masih kekal tersenyum padahal dlm ati tu dah mula nk mrh...air masih lg kluar...disuruh salin baju pink..kepit pad (tuala wanita) menggigil² waktu tu...tapi sakit x kunjung tiba...xrasa contraction... dlm setengah jam doc panggil sruh baring...dorang cek air tu air ktuban or air kencing... :P

sah!! air ketuban...aku beritahu yg baby aku breech...doc tnyer lagi..kaki or punggung baby kat bawah?? rasa² nya aku kene jawab mcm mana?? scan la doc...scan la...aiiihh... ok lame lepas tu doc scan..sah..anak aku mmg songsang... dorang psngkan CTG dekat perut..nk pantau jantung baby...

myb aku dilupakan seketika oleh mereka...sbb waktu tu 'pertukaran shift'... dan masa tu ada sorang nurse perasan yg jantung ank aku semakin lemah...sekejap tu penuh org depan mata aku...masa tu aku xingt apa²...cuma aku rasa bnda ni mcm tiba² berlaku...doc tnyer last meal pukul berapa?? aku jwb pukul 8 mlm...waktu tu jam pukul 10.00 mlm...yg mrh aku bkn doc tp nurse... bebel² sbb aku bru mkn...hello??aku x tau pun yg aku kene beranak mlm ni...aiiihhh...

aku ditolak ke bilik pembedahan...abi pesan baca doa nabi yunus...baca 3 Qul...selawat bnyk² sepanjang perjalanan...ms tu aku terfikir...andai kata aku x sedar smpai esok...berilah aku lihat wajah ank aku buat kali terakhir...masa tu takutttt sngt...ader juga terselit perasaan happy...xsbr nk tgk wajah ank aku...

seblm masuk tu doc pakar bedah brief skit psl ubat bius...dsbbkan aku 'baru' mkn ada sdikit risiko slepas pmbedahan myb aku akn lumpuh separuh badan...aiiihhh ms tu x ingt ape dah...dok terpk boleh bangun ke aku pas ni...tawakal je ms tu...

setle sume...doc bg bius separuh bdn 2x cucuk x masuk² dan akhirnya mula la bedah mmbedah...mask oxygen dorang bekalkan kat aku saiz bdk kecik mmg rimas rsnyer...kejap² mntk nurse btulkan...pastu...dengar bunyi "tupp" x lame pas tu dgr sore bdk menangis..tp sekejap..x spt bdk lain...hati dok bertanya...ank aku ke tu?? then nurse bwk.."ni ank awk" mata hawa besar...ibu sempat bg kiss skit... Alhamdulillah...segalanya dimudahkan...

susu ibu...

Semalam genap sebulan cik hawa meninggalkan kami...Masih terasa kehadirannya...masih terbau bedak² hawa...ibu rindu dekat hawa...kdg² bila duduk sorang, mesti akan teringat waktu hawa dimandikan kali terakhir...masa tu jelas terpancar yg hawa tenang...wajah hawa seakan-akan sedang tidur...ibu masih teringat waktu hawa senyum "sorang²" (org dulu² kata 'adik' dia kacau...)

tringat waktu hawa nak bercakap...ibu rindu dekat hawa... ibu x suka bila org kata hawa x kuat menyusu...ibu dan abi slalu cuba bg hawa menyusu bnyk²...dan ibu jgk tau yg hawa berusaha nk mnyusu bnyk tp sebenarnya x boleh...waktu tu yg ada dlm kepala ibu dan abi, "biar hawa sihat..."

teringat selepas 5 hari hawa lahir...kita balik rumah...hawa x nak menyusu...ibu guna kudrat ibu utk kluarkan susu..guna apa cara sekalipun utk bg hawa susu...hawa dah biasa guna sudu dekat hospital, abi cuba beli sudu yg sama hospital guna...tp sampai bila? smpai bila nk bg hawa menyusu mcm tu?? ibu cuba bagi susu dlm botol..Alhamdulillah...hawa minum jugak...

orang kata...dlm pantang if anak tido waktu itu lah kita pun kene tido...tp bg ibu x...masa itu lah ibu nk 'kumpul'kan susu ibu banyak² utk hawa..ibu takut sngt if susu ibu x cukup utk hawa...ibu nak hawa sihat...xpuas guna 'manual' abi belikan pam 'manual'...x smpai 3 hari pam trsebut rosak...

Alhamdulillah...mama wafiq bg pinjam pam elektrik...senangnya hati ibu... x sbr nk tggu abi balik dr kelana jaya sbb nak buat 'stok' bnyk² utk hawa...tp...baru sekali guna...pam tu rosak pulak...dugaan...masa tu rasa nk give up...rs mcm nk surrender...nk bg hawa susu formula...tp dpt sokongan dari kluarga...teruskan bf...

pernah jugak waktu tu ibu terfikir... apakah yg Allah cuba nak beritahu kami?? 1 1 dugaan yg Allah beri masa tu..."bersangka baik pd Allah" kata abi...duduk² tu istighfar bnyk².. yup...itu sajalah 'ubat' penenang jiwa... selama 20 hari baru la tiba pam elektrik dari maksu dila...Alhamdulillah...rasa bersyukur x terhingga...dlm masa yg sama hawa disahkan mengidap "optraxtive hidrocephalus" :'(


Rabu, 4 September 2013

catatan pertama

"Hawa ank ibu" (selalu yg aku panggil ketika dia baru bangun)
selama 2 bulan 9 hari masa yg Allah pinjamkan dia kepada kami... aku puas menjaga dia walaupun masa yg diberikan singkat. Aku bersyukur kerana dapat juga aku merasa perasaan membawa satu 'nyawa' dalam perut. Aku bersyukur dapat merasa bagaimana persaan mak yg mmbawa aku selama 9 bulan dlm kandungannya. Aku bersyukur dpt merasa sifat penyayang yg dikurniakan stiap ibu di dunia.

"hawa ank ibu"
ibu redha syg.. ibu tahu Allah akan jg hawa lebih baik dr ibu... Allah ambil hawa sebab Dia tahu yg ibu x boleh jaga hawa... mungkin ibu boleh tahan ujian Allah takat ini saja.. sebab Allah tahu tahap kesanggupan kita menerima ujian dariNya.

"hawa ank ibu"
semakin hari smakin rindu dekat ank ibu ni... gmbar² hawa yg sempat ibu ambil akn djdikan 'pengubat' rindu ibu...air mata yg selalu menjdi peneman...sakit menanggung sebak... tp percayalah sdikit pun ibu x pernah menyalahkan takdir Allah... ibu redha syg.. ibu percaya yg Allah sdg merencanakan sesuatu yg lebih baik buat keluarga kita...

"hawa ank ibu"
ada 1 beg yg abi baru beli utk senang ibu bwk brg² hawa jika ibu ke hospital...kat dlm tu ada sepsng baju hawa yg hawa pakai di hari terakhir hawa di dunia... masih ibu simpan beserta sarung kaki dan tgn dan juga topi favourite hawa :)... bau hawa masih ada di baju trsebut walaupun hampir sebulan hawa meninggalkan ibu dan abi... Subhanallah...

"hawa ank ibu"
ibu xpernah menyesal lahirkan hawa didunia...ibu bangga dengan hawa...hawa kuat... hawa tahan sakit smpaikan hawa menggenggam sepanjang masa... hawa tahan dengan jarum serta ubat yg doc bagi...ibu tahu yg hawa nk btau ibu "jgn sedih ibu, hawa x sakit" sdgkan hawa sdg menahan sakit... ibu tahu syg...

"hawa ank ibu"
ibu tahu abi pun rindukan hawa...tapi dia x pernah tunjuk depan ibu...sbb dia xnak ibu sedih...ibu tahu abi selalu tengok gambar² hawa sorang²...

"hawa ank ibu"
walaupun hawa tiada di sisi kami...ibu tahu hawa tenang di 'sana'...ibu dan abi tetap rasa yg hawa masih ada di hadapan kami...

"hawa ank ibu"
bergembiralah disana syg bersama kawan² hawa yg sama seperti hawa..hawa ttp di hati ibu dan abi...hawa ttp ank 'sulung' pada bakal adik² hawa nanti...semoga kita berjumpa disana kelak... hawa jgn lupa tunggu ibu dan abi ye syg...

ibu yang sentiasa merinduimu,