Isnin, 10 Ogos 2015

2 tahun sudah...

genap 2 tahun hawa tinggalkan ibu dan abi... dari pagi sampai la ke petang, cuaca mendung je, mcm tau2 je apa yg ibu dan abi rasa... ibu rindu...ibu rindu... ibu rindu sangat dekat hawa...

bila tringat apa yg terjadi 2 tahun lepas, di tarikh yg sama, kalau boleh ibu xnak ingat ape tah lagi nk mengulangi apa yg terjadi pd hari itu... hawa tau x sayang? ibu xnak sedih, kalau boleh x nak menangis hari ini... tp bila tiba2 perasaan hiba tu datang, air mata akan serta merta jatuh... ye syg...ibu tau Allah jaga awak disana...dan Allah jaga awak lebih baik dari ibu dan abi jaga awak... 1 masa nanti, pasti kita berjumpa kan syg?

#throwback....

Shafik Sharif
20 August 2013

Genap 10 hari Cik Hawa pergi, rindu makin menebal.. Cuma doa saje yg tggl sbg pengubat rindu.. Duit yang didermakan orang ramai untuk Cik Hawa sejak kelahirannya dapat digunakan untuk semua proses pengebumian.. Dari A sampai Z.. Masih ada baki di tgn kami, insyaAllah niat utk Aqiqah akan tetap diteruskan walaupun dia dah pergi.. Alhamdulillah semuanya nampak dipermudahkan.. InsyaAllah..
Kadang-kadang terkenang balik betapa sukarnya untuk menjadi setabah yang mampu, namun keluarga terdekat jualah yang menjadi kekuatan untuk menerima semua ini.. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga aku & keluarga mentua.. Tidak lupa juga kepada sahabat handai dan rakan taulan.. Alhamdulillah kerana anda semua, sehingga sekarang kekuatan itu masih ada.. Kepada yg sempat dtg melawat, terima kasih banyak2.. Yg x dpt dtg tetapi sempat mengirimkan doa, juga setinggi penghargaan drpd kami..
Sekarang bermula episod baru, kehidupan baru, tidak terniat melupakan yang lalu, namun memori kami bersama Cik Hawa tak kan ada galang gantinya.. Pelbagai rintangan & dugaan, Cik Hawa sikit pun tak pernah menyusahkan.. Dia sgt istimewa, istimewanya dia hanya kami yang tahu.. Kami redha, kami berserah, kami percaya ada hikmah menanti di hari sana.. InsyaAllah Tuhan mendengar kerana Dia Maha Mengasihani..
Tak sanggup nak tgk gambar-gambar Cik Hawa sbb takut lama kelamaan air mata akan kekeringan.. Namun rindu yang mendalam, terus memaksa untuk menatap segala memori yang sempat dirakam.. Biarkan air mata mengalir, andainya itu menjadi penawar.. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.. Amin..
*Sempat merasa nikmat beraya bertiga di tahun ketiga, namun Cik Hawa pergi di hari raya ketiga..
Al-fatihah untuk Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik..
(02 JUN 2013 - 10 OGOS 2013)

 Shafik Sharif
 10 August 2014
A year ago.. Deep in our heart.. Forever & ever.. Miss u hawa!
Nurulfalizah Mansor, we are getting stronger rite.. Stronger together..


 Shafik Sharif
 11 August 2015 (11.00 am)

On this day, at this hour, 2 years ago, our princess of jannah Hawa Sabrina Iman selamat disemadikan.. Semoga Allah terus memberi kekuatan, rahmat & perlindungan berpanjangan kepada keluarga kami..

** tepat pukul 9.00 pagi (11 ogos 2013) abi sendiri mandikan awk utk kali terakhir.... selepas tu, mummy pakaikan baju untuk awak juga utk kali terakhir... kemudian, kami semua bergilir2 cium awak utk kali terakhir... ibu cium awak 2x sebab ibu x sanggup nak biarkan awk pergi syg... abi ambil awk...pgg awk utk kali terakhir, dan mengimamkan solat jenazah... selepas beri salam, daddy dukung awak utk bawa ke kubur... abi juga yg org terakhir pgg dan melepaskan awk... ibu disisi kubur awak, untuk melihat apa yg trjadi...ibu x kuat syg... pandangan ibu kabur dengan air mata...tp ibu kena kuatkan semangat ibu, sebab itulah kali terakhir ibu melihat awak...ibu nak pastikan awk nampk yg ibu sentiasa disisi awak...ibu tahu, di saat itu, awk sudah bersama Allah...Allah dah sediakan tempat yg paling indah utk awk di sana... jadi berbahagia lah anakku... walaupun sekarang ibu tidak disampingmu...segala kenangan dan memori kita sentiasa berada dalam ingatan ibu..dan ibu akan jg betul2 kenangan itu...


p/s : ibu dan abi sentiasa merindui awak...  #hawasabrinaiman




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan