Khamis, 30 Julai 2015

scan details di pakar kali ke 2

28 Julai 2015

ibu dan abi buat pemeriksaan di Hospital Putrajaya.  Doktor scan lebih kepala baby untuk memastikan normal dan tumbesaran ikut minggu...check air ketuban sama ada banyak atau kurang.

kata doktor jika air ketuban terlebih menandakan baby kemungkinan hydrocephalus. kerana kadar hisapan bayi tidak bagus jika dia hydrocephalus. jika terkurang pun bermasalah juga...so far, air ketuban ibu normal.  Alhamdulillah.. ibu terfikir, patutlah cik hawa dulu kurang menyusu, bukan dia xnak, tetapi di mempunyai masalah dengan hisapan. kesian anak ibu...sebab ibu tahu, hawa x puas menyusu selepas ibu burrrppp kan hawa... maafkan ibu, sebab ibu x memahami awak...  T_T

doktor ada brief ibu mengenai cara bersalin kelak.  Samaada ibu mahu cuba bersalin normal or Czer... ibu ambil keputusan untuk cuba bersalin normal, memandangkan setakat ini kepala baby S sudah ke bawah.  tetapi jika keadaan bersalin kelak tidak mengizinkan ibu bersalin normal, ibu redha. asalkan ank ibu sihat.

doktor ada beritahu risiko bersalin normal, memandangkan ibu pernah bersalin Czer.  hrmmm bg ibu, risiko yg diterangkan menakutkan. tetapi doktor meyakinkan bahawa 70% pesakit berjaya bersalin normal.  Antara risiko percubaan bersalin normal setelah Czer, of coz la jahitan lama menetas. bukan jahitan diluar ye...tetapi jahitan didalam rahim... bila jahitan menetas, potensi bayi masuk ke dalam perut itu ada, means keluar dari rahim, dan menyebabkan bayi lemas dan tidak dapat survive.. rahim ibu juga akan dibuang dan tiub fallopio ibu akan dipotong. hrmmmm....

jika kali ini, ibu Czer juga pun ada risikonyer...tp ibu xreti nk terangkan mcm mana...sebab masa tu ibu rasa takut sangat...rasa nk menangis pun...abi kata...ape2 pun, still ada risiko...hurmmm.... ibu berdoa supaya perjalanan ibu melahirkan baby S di permudahkan...baby S pun akan dipermudahkan untuk keluar dari rahim ibu dikala waktu bersalin dengan mudah...aminnnn....

oh ye...dari pemerhatian doktor, baby S tidak ada hydrocephalus, InsyaAllah...kata doktor juga, penyakit hydrocephalus bukanlah penyakit genetik, hanya Allah sahaja yg tahu mengapa dan kenapa terjadinya hydrocephalus. doktor banyak meyakinkan ibu dan abi bahawa kali ini, jika diizinkan Tuhan, ibu akan melahirkan anak yg sihat InshaAllah... dan ikut dari pemerhatian, jantina baby S maybe lelaki. xkisahlah mana-mana...janji anak ibu sihat itu dah cukup... next checkup pada 15 september 2015 masa tu, ibu dah 36 minggu...dup dap dup dap rasanyer...hehe....

p/s  : hawa doakan ibu ye sayang...


Isnin, 13 Julai 2015

raya kedua tanpa cik hawa

lagi 2 hari kita akan sambut hari raya Aidilfitri...tahun kedua tanpa cik hawa di sisi ibu dan abi... serius ibu bitau, ibu x ingat apa yg terjadi raya tahun lepas... yang ibu ingat raya bersama hawa 2 tahun lepas...dimana raya ketiga hawa tinggalkan ibu dan abi selamanya.

Tapi ibu bersyukur sangat2...tahun ni, adik hawa bersama2 ibu dan abi, walaupun dia masih berada dalam perut ibu... so far, adik bagi kerjasama yg sangat baik pada ibu untuk ibu berpuasa.  Adik kuat macam kakak hawa... ibu bersyukur sangat dikurniakan ank2 yg baik pada ibu dan abi.

ibu masih buat checklist untuk beli persiapan menyambut adik hawa, walaupun banyak baju2 hawa yg masih boleh dipakai, tapi wan dah pesan dekat ibu, yg ibu kene beli jugak baju baru utk adik.  baju2 hawa ibu simpan dengan baik. ntah bila la ibu nak mendobi baju2 hawa...maybe lepas raya la kot...ibu basuh skit2... yelah, umah kita kan kecik, x tau nak sidai mana, baju ibu dan abi pon dah penuh kat belakang...nampaknya ibu kene korbankan 1 bilik untuk sidai baju2 adik ni... hehe

hawa.... ibu rindukan hawa tau... ibu rindu nak peluk ank ibu ni... ibu nk cium hawa puas2... ibu pun x sbr jugak nk tggu adik hawa ni keluar.. hawa doakan semoga perjalanan adik dipermudahkan ye?

hawa... perginya hawa dari sisi ibu dan abi, merupakan 1 pengalaman yg xpernah ibu dan abi jangka kan.  ibu dan abi sentiasa rasa yg hawa masih disisi kami... hawa sentiasa berada dalam hati ibu dan abi... ibu dan abi pernah ada seorang anak perempuan yg kuat  yg xpernah menangis walaupun bermacam2 kesakitan dilaluinya.  ibu dan abi bersyukur dikurniakan anak seperti awak.

hawa... xsangka ibu dan abi bakal menimang seorang lagi cahaya mata.  ibu dan abi rasa teruja sama seperti hawa berada dalam perut ibu...x sbr rasanya nk peluk cium adik hawa.  adik hawa sangat lah peramah, pantang org usik perut ibu, kemain di sapanya. hehe... nak2 lagi kalau dengan suara abi... semoga adik sentiasa sihat didalam perut ibu.  Ibu redha atas ketentuan Allah sebelum ini.  dan ibu yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.  dan kali ini, ibu berdoa semoga Allah akan permudahakan segala urusan adik.

hawa... raya nanti, ibu akan ziarah kubur hawa ye?...lama rasanya ibu x ziarah kubur hawa.  nak2 ibu tengah mengandung, kalau x, sebelum ni selalu jugak ibu ziarah hawa... tp yg penting hari2 ibu doakan untuk hawa... harapnya doa ibu sampai la kepada awk ye syg... ibu sentiasa mendoakan kebahagian awk syg...

ibu