Jumaat, 18 September 2015

Nota Editor Nona Mei 2014 sempena hari ibu



Jangan sampai diharamkan susu yg menghilangkan dahaga mu dulu.  jangan sampai putus doa rasa ibu mu, kerana dia lah satu-satunya ibu mu.  Jangan begitu anak, jangan sampai melukakan.  Mengguris pun jangan.  Derhaka namanya itu.  Sudah cukup sarat beban dikendongnya.  Kalau pun kau tak mampu untuk berkongsi lelah, cubalah untuk tidak menambah payah.

Terlalu tinggi dan mulianya hati seorang ibu. Hanya mereka yang telah melalui saat melengkapi sebuah kehidupan sempurna sebagai seorang ibu akan memahami betapa halusnya jiwa mereka ini.  Saya percaya tidak seorang ibu yg sanggup melihat anaknya hidup menderita dan dalam kesesatan.  Jika diberi kuasa 'super power' seorang ibu pasti tidak membenarkan setitik pun air mata anaknya menitis ke bumi.  Biarlah ibu menderita asal akan anak-anaknya bahagia!

Tetapi adakah sepuluh anak mampu menjaga hati seorang ibu? tidak cukup dengan itu ada lagi yang masih menjadi si tanggang pada zaman moden.  Menyalahkan takdir dan mempertikaikan mengapa dia dilahirkan ke dunia ini? ada yang berkata "makcik didik anak makcik ni sampai ke mana? nak jadi apa? manusia atau hantu?"

Persoalan-persoalan ini sepatutnya kita sendiri yang mempunyai jawapannya.  Ibu telah melahirkan kita ke dunia ini, mengendong kesana sini, membesarkan kita tanpa mengenal perit, mungkin benar, ada kalanya cara membesarkan anak-anak akan mempengaruhi kehidupannya di masa hadapan tetapi saya pecaya apabila manusia itu boleh berfikir dengan sendiri, warna kehidupan akan ditentukan oleh dirinya sendiri.

Jangan sama sekali menyalahkan takdir... Mungkin waktu membesarkan kita, ibu melalui kehidupan yang susah dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah keadaan itu bagi mencari kesenangan serta menabur kembali budi buat ibu.

namun ada jua senario yang kerap kali saya lihat sekarang, apabila si ibu terpaksa mendengar setiap cakap anak, takut dan terlalu berhati-hati menjaga perasaan anak.  Anak sudah besar, kaya dan ternama.  Mungkin terasa dirinya terlalu besar dan hebat, sehingga si ibu tidak lagi boleh memberi pendapat atau bersuara.

Percayalah... anda mungkin tidak merasai hidup di rumah agam mewah jika tanpa setitis susu ibu.  Anda mungkin tidak berada di kerusi jawatan CEO jika tidak pengorbanan seorang ibu.  Anda mungkin tidak akan bergaya membawa kereta ferrari tu jika bukan kerana ibu yang memandu kehidupan kamu sebelum ini.  Dan anda mungkin tidak mampu menikmati chanel, gucci, Dior jika kerana bukan ibu yang membesarkan kamu.  Hanya kamu yang tahu menilai betapa tingginya pengorbanan seorang ibu... Hargailah mereka selagi ada!!

p/s  :  ibu dan abi berdoa semoga kami sentiasa mendapat restu dari ibu dan ayah kami....ibu dan abi berharap ibu dan ayah kami akan sentiasa berbahagia mendapat anak seperti kami...kerana ibu dan abi juga berdoa semoga kami dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah. aminnn....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan