Khamis, 30 Julai 2015

scan details di pakar kali ke 2

28 Julai 2015

ibu dan abi buat pemeriksaan di Hospital Putrajaya.  Doktor scan lebih kepala baby untuk memastikan normal dan tumbesaran ikut minggu...check air ketuban sama ada banyak atau kurang.

kata doktor jika air ketuban terlebih menandakan baby kemungkinan hydrocephalus. kerana kadar hisapan bayi tidak bagus jika dia hydrocephalus. jika terkurang pun bermasalah juga...so far, air ketuban ibu normal.  Alhamdulillah.. ibu terfikir, patutlah cik hawa dulu kurang menyusu, bukan dia xnak, tetapi di mempunyai masalah dengan hisapan. kesian anak ibu...sebab ibu tahu, hawa x puas menyusu selepas ibu burrrppp kan hawa... maafkan ibu, sebab ibu x memahami awak...  T_T

doktor ada brief ibu mengenai cara bersalin kelak.  Samaada ibu mahu cuba bersalin normal or Czer... ibu ambil keputusan untuk cuba bersalin normal, memandangkan setakat ini kepala baby S sudah ke bawah.  tetapi jika keadaan bersalin kelak tidak mengizinkan ibu bersalin normal, ibu redha. asalkan ank ibu sihat.

doktor ada beritahu risiko bersalin normal, memandangkan ibu pernah bersalin Czer.  hrmmm bg ibu, risiko yg diterangkan menakutkan. tetapi doktor meyakinkan bahawa 70% pesakit berjaya bersalin normal.  Antara risiko percubaan bersalin normal setelah Czer, of coz la jahitan lama menetas. bukan jahitan diluar ye...tetapi jahitan didalam rahim... bila jahitan menetas, potensi bayi masuk ke dalam perut itu ada, means keluar dari rahim, dan menyebabkan bayi lemas dan tidak dapat survive.. rahim ibu juga akan dibuang dan tiub fallopio ibu akan dipotong. hrmmmm....

jika kali ini, ibu Czer juga pun ada risikonyer...tp ibu xreti nk terangkan mcm mana...sebab masa tu ibu rasa takut sangat...rasa nk menangis pun...abi kata...ape2 pun, still ada risiko...hurmmm.... ibu berdoa supaya perjalanan ibu melahirkan baby S di permudahkan...baby S pun akan dipermudahkan untuk keluar dari rahim ibu dikala waktu bersalin dengan mudah...aminnnn....

oh ye...dari pemerhatian doktor, baby S tidak ada hydrocephalus, InsyaAllah...kata doktor juga, penyakit hydrocephalus bukanlah penyakit genetik, hanya Allah sahaja yg tahu mengapa dan kenapa terjadinya hydrocephalus. doktor banyak meyakinkan ibu dan abi bahawa kali ini, jika diizinkan Tuhan, ibu akan melahirkan anak yg sihat InshaAllah... dan ikut dari pemerhatian, jantina baby S maybe lelaki. xkisahlah mana-mana...janji anak ibu sihat itu dah cukup... next checkup pada 15 september 2015 masa tu, ibu dah 36 minggu...dup dap dup dap rasanyer...hehe....

p/s  : hawa doakan ibu ye sayang...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan