Jumaat, 18 September 2015

normal or czer??

Assalamualaikum...

esok adik dah masuk 38weeks... kakak hawa dulu masuk je 37w dah lahir ke dunia :) ... kali ni, ibu berdebar-debar menanti detik kelahiran adik...x tau la kenapa... ikutkan pengalaman kali ke-2 mungkin akan buat kita lebih yakin... mungkin di sebabkan kenangan2 lepas yg buatkan ibu fobia...

15 sept 2015 ibu ada appointment dengan pakar... doc tanya keputusan ibu samada mahu bersalin secara normal atau czer...ibu dengan yakin jawab...ibu nak try bersalin normal, memandangkan setakat ini, tiada sebab yg menghalang utk ibu bersalin normal... tp ibu mintak jugak, if anything happen semasa di dalam labor room, yg membuatkan ibu terpaksa dibedah, ibu izinkan... 

bukan senang ibu nak buat keputusan nak bersalin normal.. minggu 36 weeks, ibu rasa macam down sngt...takut...mcm2 la...ibu rasa ibu takut x dpt tanggung rasa sakit kontraksi tu... hurmmm... sebenarnya ada 3 malam berturut2 ibu x dpt tidur, ibu rasa perut ni mcm sebu, maybe sbb ibu lewat makan kot...jd angin dlm perut tu, dtg memulas2... ibu rs takut...rs mcm nak beranak ke ni?? huhuhu malam ke 4 tu...ibu mmpi ntah hape2... ibu rasa mcm xnak la bersalin normal... ibu nak decide bersalin czer...x sakit...tau2 baby dah kluar...

tp bila ibu muhasabah diri...bru ibu perasan, kenapa kita perlu takut? itukan fitrah perempuan, Allah x kan jadikan sesuatu itu tanpa sebab... Allah xkan timpakan kita ujian/kesakitan yg kita x boleh tanggung... ibu dpt bnyk galakan... kalau boleh normal kali ni... cuba lah... ramai yg nk cuba, tp terpaksa dibedah jugak... jadi....

kali ni, ibu yakin...ibu nak cuba jugak bersalin normal...ibu da bersemangat!! tp ape2 pun, ibu tawakal... jika Allah x izinkan ibu bersalin normal kali ini, ibu redha...ibu yakin dengan kekuasaan Allah, mesti ada sebab kenapa kene czer jugak  :'( ... ibu berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin ibu kali ini, permudahkan pintu rahim ibu terbuka dengan cepat, agar ank ibu dapat keluar dengan mudah dan selamat... ibu teringin nak dakap ank ibu sejurus selepas kelahirannya... semoga segala2nya dipermudahkan...



p/s  :  ibu x sabar nk peluk cium adik...  semoga segalanya Allah permudahkan...  :)


Nota Editor Nona Mei 2014 sempena hari ibu



Jangan sampai diharamkan susu yg menghilangkan dahaga mu dulu.  jangan sampai putus doa rasa ibu mu, kerana dia lah satu-satunya ibu mu.  Jangan begitu anak, jangan sampai melukakan.  Mengguris pun jangan.  Derhaka namanya itu.  Sudah cukup sarat beban dikendongnya.  Kalau pun kau tak mampu untuk berkongsi lelah, cubalah untuk tidak menambah payah.

Terlalu tinggi dan mulianya hati seorang ibu. Hanya mereka yang telah melalui saat melengkapi sebuah kehidupan sempurna sebagai seorang ibu akan memahami betapa halusnya jiwa mereka ini.  Saya percaya tidak seorang ibu yg sanggup melihat anaknya hidup menderita dan dalam kesesatan.  Jika diberi kuasa 'super power' seorang ibu pasti tidak membenarkan setitik pun air mata anaknya menitis ke bumi.  Biarlah ibu menderita asal akan anak-anaknya bahagia!

Tetapi adakah sepuluh anak mampu menjaga hati seorang ibu? tidak cukup dengan itu ada lagi yang masih menjadi si tanggang pada zaman moden.  Menyalahkan takdir dan mempertikaikan mengapa dia dilahirkan ke dunia ini? ada yang berkata "makcik didik anak makcik ni sampai ke mana? nak jadi apa? manusia atau hantu?"

Persoalan-persoalan ini sepatutnya kita sendiri yang mempunyai jawapannya.  Ibu telah melahirkan kita ke dunia ini, mengendong kesana sini, membesarkan kita tanpa mengenal perit, mungkin benar, ada kalanya cara membesarkan anak-anak akan mempengaruhi kehidupannya di masa hadapan tetapi saya pecaya apabila manusia itu boleh berfikir dengan sendiri, warna kehidupan akan ditentukan oleh dirinya sendiri.

Jangan sama sekali menyalahkan takdir... Mungkin waktu membesarkan kita, ibu melalui kehidupan yang susah dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah keadaan itu bagi mencari kesenangan serta menabur kembali budi buat ibu.

namun ada jua senario yang kerap kali saya lihat sekarang, apabila si ibu terpaksa mendengar setiap cakap anak, takut dan terlalu berhati-hati menjaga perasaan anak.  Anak sudah besar, kaya dan ternama.  Mungkin terasa dirinya terlalu besar dan hebat, sehingga si ibu tidak lagi boleh memberi pendapat atau bersuara.

Percayalah... anda mungkin tidak merasai hidup di rumah agam mewah jika tanpa setitis susu ibu.  Anda mungkin tidak berada di kerusi jawatan CEO jika tidak pengorbanan seorang ibu.  Anda mungkin tidak akan bergaya membawa kereta ferrari tu jika bukan kerana ibu yang memandu kehidupan kamu sebelum ini.  Dan anda mungkin tidak mampu menikmati chanel, gucci, Dior jika kerana bukan ibu yang membesarkan kamu.  Hanya kamu yang tahu menilai betapa tingginya pengorbanan seorang ibu... Hargailah mereka selagi ada!!

p/s  :  ibu dan abi berdoa semoga kami sentiasa mendapat restu dari ibu dan ayah kami....ibu dan abi berharap ibu dan ayah kami akan sentiasa berbahagia mendapat anak seperti kami...kerana ibu dan abi juga berdoa semoga kami dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah. aminnn....


Rabu, 2 September 2015

perkongsian yang menyentuh hati...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

dia bertanya kepada Tuhan :
"Para Malaikat di sini mengatakan besok Engkau mahu mengirimkan saya ke dunia, tapi bagaimana saya hidup di sana? saya begitu kecil dan lemah?"

dan Tuhan menjawab :
Äku telah memilih satu Malaikat untukmu.  Ia akan menjaga dan mengasihimu.  Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.  dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"dan bagaimana boleh saya mengerti di saat orang-orang berbicara jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan bicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.  Dia akan mengajarmu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan denganMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat.  Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaiaktmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan kan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan,

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama Malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil Malaikatmu itu; "IBU"

p/s :  x sabarnya ibu dan abi nak berjumpa adik...  #baby S



Isnin, 10 Ogos 2015

2 tahun sudah...

genap 2 tahun hawa tinggalkan ibu dan abi... dari pagi sampai la ke petang, cuaca mendung je, mcm tau2 je apa yg ibu dan abi rasa... ibu rindu...ibu rindu... ibu rindu sangat dekat hawa...

bila tringat apa yg terjadi 2 tahun lepas, di tarikh yg sama, kalau boleh ibu xnak ingat ape tah lagi nk mengulangi apa yg terjadi pd hari itu... hawa tau x sayang? ibu xnak sedih, kalau boleh x nak menangis hari ini... tp bila tiba2 perasaan hiba tu datang, air mata akan serta merta jatuh... ye syg...ibu tau Allah jaga awak disana...dan Allah jaga awak lebih baik dari ibu dan abi jaga awak... 1 masa nanti, pasti kita berjumpa kan syg?

#throwback....

Shafik Sharif
20 August 2013

Genap 10 hari Cik Hawa pergi, rindu makin menebal.. Cuma doa saje yg tggl sbg pengubat rindu.. Duit yang didermakan orang ramai untuk Cik Hawa sejak kelahirannya dapat digunakan untuk semua proses pengebumian.. Dari A sampai Z.. Masih ada baki di tgn kami, insyaAllah niat utk Aqiqah akan tetap diteruskan walaupun dia dah pergi.. Alhamdulillah semuanya nampak dipermudahkan.. InsyaAllah..
Kadang-kadang terkenang balik betapa sukarnya untuk menjadi setabah yang mampu, namun keluarga terdekat jualah yang menjadi kekuatan untuk menerima semua ini.. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga aku & keluarga mentua.. Tidak lupa juga kepada sahabat handai dan rakan taulan.. Alhamdulillah kerana anda semua, sehingga sekarang kekuatan itu masih ada.. Kepada yg sempat dtg melawat, terima kasih banyak2.. Yg x dpt dtg tetapi sempat mengirimkan doa, juga setinggi penghargaan drpd kami..
Sekarang bermula episod baru, kehidupan baru, tidak terniat melupakan yang lalu, namun memori kami bersama Cik Hawa tak kan ada galang gantinya.. Pelbagai rintangan & dugaan, Cik Hawa sikit pun tak pernah menyusahkan.. Dia sgt istimewa, istimewanya dia hanya kami yang tahu.. Kami redha, kami berserah, kami percaya ada hikmah menanti di hari sana.. InsyaAllah Tuhan mendengar kerana Dia Maha Mengasihani..
Tak sanggup nak tgk gambar-gambar Cik Hawa sbb takut lama kelamaan air mata akan kekeringan.. Namun rindu yang mendalam, terus memaksa untuk menatap segala memori yang sempat dirakam.. Biarkan air mata mengalir, andainya itu menjadi penawar.. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.. Amin..
*Sempat merasa nikmat beraya bertiga di tahun ketiga, namun Cik Hawa pergi di hari raya ketiga..
Al-fatihah untuk Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik..
(02 JUN 2013 - 10 OGOS 2013)

 Shafik Sharif
 10 August 2014
A year ago.. Deep in our heart.. Forever & ever.. Miss u hawa!
Nurulfalizah Mansor, we are getting stronger rite.. Stronger together..


 Shafik Sharif
 11 August 2015 (11.00 am)

On this day, at this hour, 2 years ago, our princess of jannah Hawa Sabrina Iman selamat disemadikan.. Semoga Allah terus memberi kekuatan, rahmat & perlindungan berpanjangan kepada keluarga kami..

** tepat pukul 9.00 pagi (11 ogos 2013) abi sendiri mandikan awk utk kali terakhir.... selepas tu, mummy pakaikan baju untuk awak juga utk kali terakhir... kemudian, kami semua bergilir2 cium awak utk kali terakhir... ibu cium awak 2x sebab ibu x sanggup nak biarkan awk pergi syg... abi ambil awk...pgg awk utk kali terakhir, dan mengimamkan solat jenazah... selepas beri salam, daddy dukung awak utk bawa ke kubur... abi juga yg org terakhir pgg dan melepaskan awk... ibu disisi kubur awak, untuk melihat apa yg trjadi...ibu x kuat syg... pandangan ibu kabur dengan air mata...tp ibu kena kuatkan semangat ibu, sebab itulah kali terakhir ibu melihat awak...ibu nak pastikan awk nampk yg ibu sentiasa disisi awak...ibu tahu, di saat itu, awk sudah bersama Allah...Allah dah sediakan tempat yg paling indah utk awk di sana... jadi berbahagia lah anakku... walaupun sekarang ibu tidak disampingmu...segala kenangan dan memori kita sentiasa berada dalam ingatan ibu..dan ibu akan jg betul2 kenangan itu...


p/s : ibu dan abi sentiasa merindui awak...  #hawasabrinaiman




 

Rabu, 5 Ogos 2015

KEPUTUSAN DARAH ABI

5 Ogos 2015

seperti yg ibu dan beritahu sebelum ni, abi diminta untuk buat ujian darah untuk memastikan abi bukan tergolong dalam golongan pembawa thalessemia or thalessemia major... pagi2 lg ibu dan abi ke KK untuk buat pemeriksaan tu...ibu macam biasa la...nervous selalu...abi bertenang je... pesakit tersangat lah ramai...dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi baru la settle semuanya...

doktor terangkan yang darah abi normal, dan abi x perlu ke peringkat seterusnya ...cuma yg doktor beritahu ibu...yg anak bakal lahir, kemungkinan adalah pembawa atau normal... alhamdulillah ibu bersyukur...in future, bila ank2 ibu nk berkahwin nanti... pastikan ank ibu yg disahkan pembawa thalessemia perlu mencari pasangan yg bebas dari pembawa ataupun thalessemia... :(


bagi ibu, yang penting apa yg diaturkan oleh Allah, ibu dan abi sentiasa bersyukur... sebab apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...dan pasti juga ini lah yg terbaik buat kami... ibu harap adik hawa sihat dalam rahim ibu...aminnnnn.....


Isnin, 3 Ogos 2015

preparation sikit2...

2 Ogos 2015

ibu dan abi keluarkan semula barang2 kakak hawa dalam stor...sebabnya, ibu nak buat list mana yg perlu dibeli dan mana yg tidak perlu dibeli...banyak juga baju kakak hawa hehe... ibu asingkan skirt2 hawa.. Alhamdulillah semua baju kakak hawa dapat pakai. cuma baju yg auntie zarith bagi, kakak hawa x sempat pakai...ingatkan nak pakai baju tu pada raya keempat....tapi raya ketiga kakak hawa tinggalkan ibu dan abi...

dalam lipat2 baju kakak hawa tu, ibu perasan gaun hijau yg dipakai hawa pada raya pertama... ibu sebenarnya nak sangat tengok kakak hawa pakai baju kurung...tapi hawa kecil sangat, macam mana nk pakai baju kurung? kesian kakak hawa nanti....akhirnya ibu dan abi gigih ke anakku cari baju hijau untuk kakak hawa... ibu beli yg paling kecil...tapi itupun besar bagi kakak hawa....mommy kecilkan skit baju tu... Alhamdulillah kakak hawa boleh pakai baju tu...  :)

tapi realitinya, ibu sedang mengimbau kenangan lalu, x sedar ibu sedang menangis... rupanya ibu x kuat lagi...ibu tringat dekat hawa, di pagi raya... badan hawa semakin hari semakin sejuk, tapi ibu x perasan yg anak ibu sebenarnya nk tinggalkan ibu... T_T.... abi tegur jangan sedih sangat, nanti adik hawa pun sedih...sebenarnya adik hawa asyik bergerak2 dlm perut ibu...mungkin tengah pujuk ibu supaya jgn bersedih...

ibu lipat 1 demi satu baju kakak hawa.... baru lah ibu sedar, kakak hawa dulu orgnya kecil... padahal semasa hawa di pelukan ibu, ibu x rasa dia kecil...baju2 kakak hawa,ibu simpan semula di tempat yg baik, ibu harap ibu akan simpan baju2 hawa tu untuk adik2nya nanti...inshaAllah...

tilam dan bantal xperlu beli...sarung cadar dan bantal juga x perlu...semuanya masih baru... cuma yg perlu dibeli, baju dalam 3, 5 helai untuk menyambut adik hawa...:)

ibu dah buat list brg2 adik hawa...nanti kita pergi beli ye sayang...  :)


HB analysis

30 Julai 2015

hari ini, ibu checkup di KK mcm biasa.... minggu ni kandungan ibu dah masuk 31 minggu 5 hari... nurse check ibu mcm biasa...HB naik skit dari 2 minggu lepas... dari 9.8 ke 10.2... hehe... ok la tu kan...dari turun lagi, aiiihhh...

cuma bezanya, kali ni ibu ader consult dgn doc berkaitan dgn HB analysis ibu...result dah dapat...ibu buat ujian darah pada 13hb mei... now baru dapat result... katanya ujian darah di hantar ke KL...sebab tu, resultnya lambat skit dapat...

dari result darah tu... dorang dapati ibu HBE trait (heterozygous HbE). doc bitau ibu adalah Beta Thalassaemia Trait ...cuma ibu adalah pembawa thalassaemia.... suggestion doc adalah buat family screening... means abi kene buat jugak ujian darah, untuk memastikan bahawa abi bukan pembawa thalassaemia ... doc juga beritahu bahawa biasanya HBE trait adalah masalah genetik...mungkin perkahwinan campur (kebiasaannya)... biasanya darah melayu dan cina...moyang ibu cina...patut la wan pun selalu ckp dengan ibu...ms wan mengandung pun HB wan pon rendah...so, x yah la risau...inshaAllah semuanya ok... bukan wan je tau...wan ateh pun sama... so dorang selalu bg semangat dekat ibu, makan je mcm biasa...jgn pk sangat...cuma now ibu harap abi bukan pembawa thalassaemia macam ibu ...kesian dekat adik nanti...hurmmm


Apa itu Thalassaemia?
Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.
Apa yang menyebabkan Thalassaemia?
globin chain
Darah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.
Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.
Jenis-jenis Thalassaemia
Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.
Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:


  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!
  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%


Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:
Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?
Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:
Screen Shot 2013-11-25 at 1.12.02 PM

Semoga Allah permudahkan urusan ibu dan abi....aminnn....

Khamis, 30 Julai 2015

scan details di pakar kali ke 2

28 Julai 2015

ibu dan abi buat pemeriksaan di Hospital Putrajaya.  Doktor scan lebih kepala baby untuk memastikan normal dan tumbesaran ikut minggu...check air ketuban sama ada banyak atau kurang.

kata doktor jika air ketuban terlebih menandakan baby kemungkinan hydrocephalus. kerana kadar hisapan bayi tidak bagus jika dia hydrocephalus. jika terkurang pun bermasalah juga...so far, air ketuban ibu normal.  Alhamdulillah.. ibu terfikir, patutlah cik hawa dulu kurang menyusu, bukan dia xnak, tetapi di mempunyai masalah dengan hisapan. kesian anak ibu...sebab ibu tahu, hawa x puas menyusu selepas ibu burrrppp kan hawa... maafkan ibu, sebab ibu x memahami awak...  T_T

doktor ada brief ibu mengenai cara bersalin kelak.  Samaada ibu mahu cuba bersalin normal or Czer... ibu ambil keputusan untuk cuba bersalin normal, memandangkan setakat ini kepala baby S sudah ke bawah.  tetapi jika keadaan bersalin kelak tidak mengizinkan ibu bersalin normal, ibu redha. asalkan ank ibu sihat.

doktor ada beritahu risiko bersalin normal, memandangkan ibu pernah bersalin Czer.  hrmmm bg ibu, risiko yg diterangkan menakutkan. tetapi doktor meyakinkan bahawa 70% pesakit berjaya bersalin normal.  Antara risiko percubaan bersalin normal setelah Czer, of coz la jahitan lama menetas. bukan jahitan diluar ye...tetapi jahitan didalam rahim... bila jahitan menetas, potensi bayi masuk ke dalam perut itu ada, means keluar dari rahim, dan menyebabkan bayi lemas dan tidak dapat survive.. rahim ibu juga akan dibuang dan tiub fallopio ibu akan dipotong. hrmmmm....

jika kali ini, ibu Czer juga pun ada risikonyer...tp ibu xreti nk terangkan mcm mana...sebab masa tu ibu rasa takut sangat...rasa nk menangis pun...abi kata...ape2 pun, still ada risiko...hurmmm.... ibu berdoa supaya perjalanan ibu melahirkan baby S di permudahkan...baby S pun akan dipermudahkan untuk keluar dari rahim ibu dikala waktu bersalin dengan mudah...aminnnn....

oh ye...dari pemerhatian doktor, baby S tidak ada hydrocephalus, InsyaAllah...kata doktor juga, penyakit hydrocephalus bukanlah penyakit genetik, hanya Allah sahaja yg tahu mengapa dan kenapa terjadinya hydrocephalus. doktor banyak meyakinkan ibu dan abi bahawa kali ini, jika diizinkan Tuhan, ibu akan melahirkan anak yg sihat InshaAllah... dan ikut dari pemerhatian, jantina baby S maybe lelaki. xkisahlah mana-mana...janji anak ibu sihat itu dah cukup... next checkup pada 15 september 2015 masa tu, ibu dah 36 minggu...dup dap dup dap rasanyer...hehe....

p/s  : hawa doakan ibu ye sayang...


Isnin, 13 Julai 2015

raya kedua tanpa cik hawa

lagi 2 hari kita akan sambut hari raya Aidilfitri...tahun kedua tanpa cik hawa di sisi ibu dan abi... serius ibu bitau, ibu x ingat apa yg terjadi raya tahun lepas... yang ibu ingat raya bersama hawa 2 tahun lepas...dimana raya ketiga hawa tinggalkan ibu dan abi selamanya.

Tapi ibu bersyukur sangat2...tahun ni, adik hawa bersama2 ibu dan abi, walaupun dia masih berada dalam perut ibu... so far, adik bagi kerjasama yg sangat baik pada ibu untuk ibu berpuasa.  Adik kuat macam kakak hawa... ibu bersyukur sangat dikurniakan ank2 yg baik pada ibu dan abi.

ibu masih buat checklist untuk beli persiapan menyambut adik hawa, walaupun banyak baju2 hawa yg masih boleh dipakai, tapi wan dah pesan dekat ibu, yg ibu kene beli jugak baju baru utk adik.  baju2 hawa ibu simpan dengan baik. ntah bila la ibu nak mendobi baju2 hawa...maybe lepas raya la kot...ibu basuh skit2... yelah, umah kita kan kecik, x tau nak sidai mana, baju ibu dan abi pon dah penuh kat belakang...nampaknya ibu kene korbankan 1 bilik untuk sidai baju2 adik ni... hehe

hawa.... ibu rindukan hawa tau... ibu rindu nak peluk ank ibu ni... ibu nk cium hawa puas2... ibu pun x sbr jugak nk tggu adik hawa ni keluar.. hawa doakan semoga perjalanan adik dipermudahkan ye?

hawa... perginya hawa dari sisi ibu dan abi, merupakan 1 pengalaman yg xpernah ibu dan abi jangka kan.  ibu dan abi sentiasa rasa yg hawa masih disisi kami... hawa sentiasa berada dalam hati ibu dan abi... ibu dan abi pernah ada seorang anak perempuan yg kuat  yg xpernah menangis walaupun bermacam2 kesakitan dilaluinya.  ibu dan abi bersyukur dikurniakan anak seperti awak.

hawa... xsangka ibu dan abi bakal menimang seorang lagi cahaya mata.  ibu dan abi rasa teruja sama seperti hawa berada dalam perut ibu...x sbr rasanya nk peluk cium adik hawa.  adik hawa sangat lah peramah, pantang org usik perut ibu, kemain di sapanya. hehe... nak2 lagi kalau dengan suara abi... semoga adik sentiasa sihat didalam perut ibu.  Ibu redha atas ketentuan Allah sebelum ini.  dan ibu yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.  dan kali ini, ibu berdoa semoga Allah akan permudahakan segala urusan adik.

hawa... raya nanti, ibu akan ziarah kubur hawa ye?...lama rasanya ibu x ziarah kubur hawa.  nak2 ibu tengah mengandung, kalau x, sebelum ni selalu jugak ibu ziarah hawa... tp yg penting hari2 ibu doakan untuk hawa... harapnya doa ibu sampai la kepada awk ye syg... ibu sentiasa mendoakan kebahagian awk syg...

ibu

Selasa, 30 Jun 2015

HB low & pengalaman pertama puasa

assalamualaikum....

today first day berpuasa di bulan ramadhan... dan today jugak ibu ada appointment di KK... mcm biasa, dari mengandungkan cik hawa smpai la ke adik cik hawa HB ibu mmg low sajek...aiiihhh... tp bila ibu pk2 balik, masalah ibu dekat HB saje, xder masalah lain...Alhamdulillah...ibu cuma kene jaga pemakanan ibu...


9.3.2015  = 11.4
9.4.2015  = 10.6
7.5.2015  = 9.9
21.5.2015  = 9.7
4.6.2015  = 10.2
18.6.2015  = 9.8
2.7.2015  = coming soon

macam-macam dah ibu ikhtiarkan makan jambu batu, guilsan, bayam merah, air kurma cina...semuanya ibu dah cuba...tp nak buat macam mana, HB ibu still low lagi... now doc bekalkan ibu zinc cofer... hehe...mula2 ibu mkn vitamin tu...menggigil2 rasa...rasa nak muntah, pening...mcm2 la... huhuhu tp skang Alhamdulillah...ibu dah boleh telan...dan x pernah miss makan vitamin tu...

tp tadi ada appt dengan pakar pemakanan kali ke-2...puan mai consult ibu cara pemakanan yg bagus... dan ibu dah ikut semuanya..apa yg dia beritahu ibu... tadi consultation ibu kali ke 2... puan mai terus terang dengan ibu, dia pun semasa mengandung HB sentiasa low...tp so far Alhamdulillah, dia dapat melahirkan 3 org anak yg sihat tanpa ada masalah... sedikit sebanyak ibu rasa yakin kali ini...kalau x, ibu akan rasa risau jer...takut adik hawa x cukup oksigen dalam rahim ibu...puan mai juga berpuasa seperti biasa...cuma sahur kene bangun makan nasi...Alhamdulillah...sahur mmg ibu makan nasi banyak...cuma 1 je yg ibu risau...berat ibu akan menurun nanti... so far progression adik hawa aktif... ibu mmg x risau...

ibu ada kongsikan cerita ibu dan hawa... itu pun sebab ibu mintak tolong dia ajarkan cara penyusuan bayi nanti dan cara penyimpanan susu... ibu mmg ada pengalaman...cuma x lama... ibu nak belajar lagi...kali ni ibu nak cekalkan hati, dan susukan adik hawa nanti...ibu nak kuat...ibu nak cuba bagi yg terbaik untuk adik hawa nanti...semoga Allah permudahkan segala urusan ibu nanti... InshaAllah...puan mai sedih dengan cerita hawa...dan dia berjanji akan bantu ibu nanti...Alhamdulillah...  :)

ibu x berniat nak buat puan mai bersedih...tp dia ada beritahu ibu, yg ibu seorang yg tabah...redha...xsedih pun semasa ceritakan pasal hawa... bg ibu...hawa dah bahagia disisi Allah...walaupun hawa x ada depan ibu dan abi... ibu dan abi x sanggup lagi tgk anak ibu tersiksa...itu dah cukup buat ibu dan abi..

hawa doakan ibu kuat sepanjang mengandungkan adik hawa ni ye...jangan lupa doakan adik hawa ni, semoga dia menjadi anak yg soleh/ solehah...dilahirkan dengan sihat dan sempurna... aminnn...




Selasa, 2 Jun 2015

luahan perasaan??

Assalamualaikum...

semalam baru buat post pasal bday cik hawa...now hati ibu masih sedih lagi...bila masuk bulan 6 je...mesti ibu rasa sedih...ikutkan mmg xnak sedih2...sian kat ank ibu sorang ni, yg kat dlm perut ibu ni...tp tu lah...kenangan bersama cik hawa, dtg skit skit... ibu mengandungkan hawa selama 9 bulan...genap 9 bulan...ibu tahu apa yg ank ibu rasa selama tu... ank ibu rs happy, sedih, sakit...semua ibu rasa sama... skarang ni, dalam rasa sedih, ibu rasa bahagia jugak...sebab ibu tahu ank ibu bahagia kat sana kan sayang?

semalam ibu tgk balik gambar2 hawa...video hawa... ibu rasa rindu sangat...ibu nak sngat peluk hawa, cium hawa...tp ibu tahu hawa jauh...jauh sangat... ibu nak beritahu yg ibu syg sngt dekat hawa...

ibu x minta semua org faham apa yg ibu rasa...tp kdg2 ibu rs terkilan pd sesetengah org yg langsung x sensitif tentang perasaan ibu yg kehilangan anak... ada yg pernah beritahu ibu...'alah...anak ko idup 2 bulan je...xder la rasa sedih sngt..lain lah klu ank ko umor mcm ank linda rafar tu...dah pndai berckp, gembira...dia lg sedih dr ko..' ibu diam kan jer...ibu ambil langkah positif, myb dia nak beri kata semangat dekat ibu, x yah sedih sngt la... apa2 la... ibu x ambil pusing pun...mls nk pk...tp di sudut hati ibu, sedih sngt sbb dia boleh ckp mcm tu...

dia x rasa apa yg ibu rasa...cuba bygkan ibu2 yg ank nya meninggal since dlm kandungan, yg baru dilahirkan, diorang mesti rasa apa yg ibu rasa...ibu pernah berkongsi perasaan ibu dengan kwn pejabat ibu... ank sulungnya meninggal semasa dilahirkan..klu diikutkan kwn ibu tiada kenangan bersama anknya yg meninggal tu, cuma kenangan bersama anknya di dlm kandungan sahaja...tapi dia juga rs spt ibu rasa... anaknya meninggal bulan 7/ 2011 smpai sekarang bila masuk bulan 7...hati dia mesti sedih... bukan buat2 sedih...secara tiba2 hati kita akn sedih... walaupun sekarang ni, kwn ibu tu dah dikurniakan 2 anak yg lain.

bg ibu, x kisah la kenangan kita banyak ke, skit ke, bersama anak kita...dia tetap ank kita...darah dgg kita... kita yg mengandungkan dia...kita yg melahirkan dia...ibu x minta meraka2 ini faham apa perasaan kami yg kehilangan ank ni rs...cuma berikan sedikit perasaan kasihan dlm diri tu... walaupun mereka ni xpernah rasa kehilangan spt itu, tp jgn la cuba utk perkecilkan apa yg kami rs... walaupun telah 10 atau 20 tahun berlalu...walaupun dah dikurniakan ramai anak...tetapi percayalah...disudut hati ibu2 ni..masih ada lagi kenangan ank yg telah meninggal itu..percayalah...tanya lah pd sesiapa yg pernah merasai kehilangan ank...

pernah ada seseorang tu, dia xpernah sebut nama cik hawa, apatah lg memberi semangat selepas hawa meninggal.. padahal dia pernah pgg hawa, dukung hawa... xtahu lah mcm mana perasaan dia, nak kata x fhm, dia juga seorang ibu...myb dia x pandai memberi semangat...jadi, lebih baik dia diam dr bersuara dekat ibu...mula2 ibu sedih jugak...tp lama2 ibu mls nk lyn sngt...ibu pun bnyk lg masalah lain nk pk...huhu tp ibu xboleh nk terima yg dia pernah beritahu ibu yg dia dah x sabar2 nk mengandung lagi sebab misi beritahu yg ank nya selepas ni adalah perempuan, dan pada ketika itu, cik hawa bru lepas meninggal 3 hari...sangat x sensitif...sampai ke hari ini ibu ingat kata2 dia...tp ibu maafkan... myb dia x sengaja...

apa2 pun...ibu muhasabah diri...mungkin selama ini ada kesalahan yg pernah ibu buat secara sedar atau x sedar... apa2 yg berlaku...mmg rasa kecil hati, tp ibu jadikan semua tu sebagai pengajaran...supaya ibu lebih sensitif kepada perasaan org lain kelak...semua yg berlaku ats keizinan Allah...mungkin Allah nk beritahu ibu supaya jgn jd seperti dia...ibu bersyukur yg ibu ada kesedaran mcm tu...ibu akan lebih berhati2 dlm berkata2 mahupun tingkah laku ibu yg boleh membuatkan org lain berkecil hati dengan ibu...semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada ibu agar tidak membuat perkara2 buruk... inshaAllah...

p/s  : sesi luahan perasaan... hehehe... love u hawa... 





Isnin, 1 Jun 2015

#throwback 26 mei 2015

Assalamualaikum...

minggu lepas ibu dan abi pergi check-up adik hawa di pakar... kami buat details scan untuk adik hawa... scan lebih menyeluruh pada bahagian kepala... Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yg membimbangkan..adik hawa membesar mengikut minggu...dan akn buat details scan lg skali pada 28 july a.k.a seminggu selepas raya...semoga segala urusan pd hari tu dipermudahkan seperti ini...aminnn...

perasaan sebelum scan tu mmg mendebarkan ibu dan abi...jantung kami berdegup mcm baru lepas berlari...risau... kami bertawakal pd Allah...semoga adik hawa dilindungidari penyakit yg berbahaya...scan lebih pada bahagian kepala...terus ke jantung, paru-paru....dan last skali doc beritahu pasal jantina adik hawa...abi yg paling happy... ibu tau...abi yg paling excited... hehe...

adik hawa semakin membesar hari demi hari...walaupun perut ibu kecik dan ada ketikanya, masa ibu jln2 di shopping complex ada org bagi brocher 'kurus kan bdn'... hurmmm... mungkin dorang ingat ibu ni gemuk kot...padahal ibu mengandung...hahaha...xper lah..ibu x marah pun...cuma kecewa... hahaha

adik hawa cepat respon bila ibu panggil...ibu x nak banding2kan ank2 ibu...ibu tahu...hawa dulu pemalu...hehe...hawa akn bergerak kalau ibu x nampak...bila ibu perasan dia akn diam saje...hehe... anak2 ibu semuanya berbeza... tp kasih syg ibu dan abi dekat ank2 ibu adalah sama...ibu harap adik hawa akn syg hawa mcm mana kami syg hawa...

hawa doakan adik semoga sentiasa dilindungi ya... hawa doakan semoga semua urusannya dipermudahkan... semoga ank2 ibu menjadi ank yg baik... aminnnn...

p/s : jantina adik hawa... hurrmmmm.... rahsia dulu...  :)

selamat ulang tahun yg ke 2 utk si bidadari syurga

Assalamualaikum dan selamat pg semua...

hari ni perasaan ibu bercampur baur, antara happy, sedih, rindu, terkilan dan mcm2 lg... 2 jun 2015 anak ibu yg cantik dan manja dah berumur 2 tahun... tiada lagi kesakitan yg ank ibu ni akan rasa, malah kegembiraan dan bahagia yg dirasai apabila di 'sana'...  ibu yakin Allah sentiasa melindungi dan merahmati ank ibu yg baik ni...

siapa kata x rindu? siapa kata x syg? perasaan rindu yg ibu rasa setiap hari selepas ketiadaan hawa.. hanya Allah sahaja yg tahu...tp ibu tahu setiap kesakitan yg ibu rasa, terselindung 1 hikmah yg besar buat ibu... ibu redha ats apa yg terjadi...

ank ibu cik hawa yg cantik manis...selama 2 bulan di sisi kami, ibu dpt rasakan yg awk manfaat masa yg ada itu utk menggembirakan hati kami semua... dgn kehadiran awk, semua org berbahagia syg... ibu bersyukur sngt...

rasa kenangan dulu bagai baru terjadi semalam, saat ibu dpt tahu yg ank ibu ni sakit, saat awk di bedah, saat kami terpaksa membuat keputusan yg sukar... sungguh!! ibu x nak perkara mcm tu terjadi lagi... ibu x sanggup lihat ank ibu sakit lg... hawa jgn rindukan kami disini...biar kami saja yg merindui hawa sebab kerinduan itu sama dengan kesakitan yg tidak akan sembuh selagi kita x berjumpa syg,cuma boleh dikurangkan kesakitan itu saja..

akhir sekali, semoga ank ibu dan abi ini sentiasa berbahagia disana, itu sudah cukup membahagiakan kami disini...bergembira lah... tenang la disana wahai anakku... hawa sabrina iman...

ibu

Ahad, 31 Mei 2015

prektis puasa utk si kecik

Assalamualaikum....

hari ni, ibu puasa tau... ibu puasa ganti...lagipun bolehla adik hawa ni prektis...sebab lg 15 hari kita akan menempuh bulan ramadhan... Alhamdulillah...lg 3 hari ibu dah boleh 'raya'... hehe...

mula2 ibu nak berpuasa tu...ibu risau sangat...takut adik hawa nanti lapar...kesian dekat dia...jadi, bila malam sebelum ibu nak puasa tu...abi akan siap2 ckp dekat adik hawa... * so far, ibu dan abi x tau nak bg nama ape kat adik hawa ni...  hihi*  ".... esok ibu nak puasa tau...awk kene tolong ibu ye...kene tahan... nanti sahur abi masak panas2...n ibu akn mkn bnyk2 utk bekal awk esok...awk pun jgn bergerak aktif sangat...nnti penat...gerak skit2 je...biar ibu tahu keadaan awk kat dlm tu... hehe"...

esoknya...setiap jam ibu akan cuba usik adik hawa ni...Alhamdulillah...adik hawa ni cepat respon tindakan ibu tu...terharu sngt ibu...adik hawa gerak skit2...mula2 ibu risau jugak.. tp ibu tawakal jer...sebab ibu berpuasa kerana Allah...mesti Allah akan lindungi adik hawa...Insya Allah... smpai la ke petang...ibu akn bitau adik hawa.. "ok...lg 2 jam lg kita berbuka...sabar ok.." amboi!! bila ibu ckp mcm tu...adik hawa mcm nak keluar dr perut ibu...kemain lg dia berpoco2 dlm perut ibu...hehe... x sbr agknya... bila ibu berbuka lg la... ibu nak mkn pun... asyik tersentak2 jer...sbb adik hawa ni kemain lagi bergerak...hehe... semoga anak ibu ni akan selalu mendengar ckp ibu dan abi...ibu dan abi sentiasa berdoa semoga adik hawa akn jd ank yg baik utk ibu dan abi...dan bakal adik2nya nanti...

ibu harap di bulan ramadhan nanti ibu dapat berpuasa penuh...adik kena tolong ibu...tapi...kalau adik x larat xper...ibu xnak, memudaratkan adik nanti...semakin hari, semakin hampir tarikh adik hawa ni bakal keluar dari rahim ibu...ibu harap dan hari2 ibu berdoa agar urusan kali ini dipermudahkan... aminnn....

p/s : semoga hawa sabrina iman sentiasa berbahagia disana... ibu dan abi sentiasa rindukan hawa... :)

Khamis, 23 April 2015

she was drowning but nobody saw her struggle



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni genap 17 minggu adik hawa dalam rahim ibu...  Ibu bersyukur sebab Allah izinkan lagi ibu merasai pengalaman mengandung...

Tipu lah kalau ibu kata yang ibu xfobia...kenangan2 dulu masih lg menghantui ibu... kadang2 ibu cuba utk xnak ingat apa yg terjadi dulu... ibu x nak sedih2...ibu xnak adik hawa turut rasa apa yg ibu rasa...

hawa dulu selalu buat muka mcm ni... hawa dulu suka makan nasi arab...hawa suka dancing queen dlm perut ibu pukul 3 pg... hawa dulu suka dgr surah maryam...hawa dulu suka ni...hawa dulu x suka mcm ni... hawa...hawa...hawa...

 tp cepat2 ibu cakap dekat adik yg ibu dan abi pun syg dekat adik...ibu x nak adik kecil hati kalau ibu asyik bercerita tentang kakak hawa...hawa kakak yg baik...dia mesti doakan adik sentiasa sihat dalam perut ibu...kakak hawa syg adik... ibu nak adik jd kuat mcm kakak hawa...kakak hawa x pernah menyusahkan ibu dan abi... dia selalu tenung ibu masa ibu tido, 'jgn sedih ibu, hawa ok, hawa kuat... hawa redha dengan ketentuan Allah.'

note to hawa :-

kakak hawa pergi pada raya ke-3... pada minggu tu ibu asyik menangis, ibu down sangat sbb semua yg dtg beraya dekat rumah mesti nak tgk hawa, bila mereka dah tgk, mesti ckp yg bukan² kalau ckp bnda yg menaikkan semangat xper la jugak...tp mereka asyik ckp...'kesiannyer..kecik² dan operate'..'álahai, keciknya budak ni'... 'kesiannya'.....

ibu x kisah kan apa mereka ckp...cuma ibu x suka bila hawa dengar apa yg mereka ckp... biar ibu yg sedih...ibu xnak ank ibu juga rasa sedih... ibu selalu ckp dekat hawa, 'xper hawa, biar org nak ckp apa, yg penting ibu dan abi, keluarga kita, xpernah rs hawa menyusahkan kami, hawa jgn sedih ya? kita sama² akn ikhtiar utk sembuhkan hawa...hawa kena kuat ye syg?' dan pertama kalinya hawa mengomel a.k.a ckp² dgn ibu tanda yg hawa fhm.

Ibu dan abi minta maaf kalau hawa x setuju dengan pembedahan hawa. ibu dan abi terpaksa buat keputusan tu walaupun sebenarnya ia menyakitkan...

note tu adik a.k.a baby S ;-

ibu selalu berdoa kepada Allah supaya adik dikurniakan kesihatan yang baik... jadi anak yg taat perintah Allah dan Rasul, jadi anak yg baik pd ibu dan abi dan juga bakal adik2 yg lain nanti...

ibu juga berdoa agar perjalanan anak ibu kali ini dipermudahkan...ibu x sanggup nak tgk anak2 ibu sakit lagi... ibu x sanggup nak tgk abi terpaksa buat keputusan yg sukar...ibu x sanggup nak tgk abi susah hati lagi...ibu akan makan makanan yg berkhasiat... ibu akn jg adik dgn baik... ibu nak ank ibu nanti keluar dgn sihat...

Allah Maha Melihat... Ibu percaya yg Allah tahu apa yang terjadi semasa kelahiran kakak hawa...Allah tahu apa yg ibu dan abi alami...Allah tahu yg kami redha pemergian kakak hawa... Allah tahu kesukaran yg ibu rasa tiap2 malam selepas kakak hawa tinggalkan ibu...  Allah Maha Mengetahui...segala2nya ibu berserah pada Allah... ibu percaya apa yg terjadi ada hikmahnya...


ibu berdoa agar adik sentiasa sihat didalam perut ibu... dan juga dipermudahkan semasa kelahiran adik nanti... adik kena kuat demi ibu dan abi ye syg...  jgn biarkan ibu dan abi sunyi lagi... berilah kami peluang untuk menjaga dan mendidik adik... semoga adik menjadi seorang anak soleh/solehah...  aminnn....

p/s  : kakak hawa... ibu sentiasa rindu dekat awak... abi pun sama... 



Selasa, 17 Februari 2015

kemas sarang² di blog cik hawa

 Assalamulaikum anak ibu Hawa Sabrina Iman...

Lamanya ibu x menaip ni... *sorry... bukan ibu lupakan awak tau... awak sntiasa di hati ibu dan abi...

awak tau x sayang, ibu sentiasa berdoa utk awk selepas solat, walaupun ibu tahu awk dah berada di syurga. Ibu rindu sangat dekat awak tau... ibu rasa nk peluk awk ketat², smpai awk mengeliat... hihihi... awk kan slalu buat muka serius...nk ketawa tu time tido jer la...masa awk mengigau... hihihi

cik hawa sayang... tahun baru ni, (even sekarang dah nak masuk bulan 3...  *sigh) ibu nak sibukkan diri dengan aktiviti di pejabat... bukan ibu x nak ingat tentang awk tau... sbb ibu xnak selalu memikirkan bukan²... awk tau x, awk dpt 2 kwn baru tau... anak cik Mas dan ank cik Nik... ibu sentiasa doakan ank Cik Mas dan Cik Nik sentiasa sihat... awk pun doakan utk dorang jugak ye... hehe...

Hawa, Anak ibu sayang... awk jgn lupa doakan ibu dan abi ye? semoga sentiasa sihat, Semoga Allah ampunkan dosa² ibu dan abi, ye sayang? oh ye, awk jugak jgn lupa doakan bakal adik awk nanti sentiasa sihat di dalam rahim ibu tau... ibu janji akan jg dia seperti yg ibu jg awk sebelum ni....doakan semoga dia sentiasa sihat ye syg?  doakan supaya dia dapat jg ibu dan abi sehingga Allah menjemput kami kelak.  Dan pd masa tu, turn awk pulak cari ibu dan abi ye syg? tunggu kami di pintu syurga... InshaAllah...

Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik...
seperti yg ibu pernah beritahu sebelum² ni, ibu x pernah menyesal melahirkan awak... ibu sentiasa ingat saat² kita bersama, walaupun hanya sekejap bagi ibu, ibu dah cukup bersyukur sayang... ibu dan abi rasa bahagia sngt²... Allah itu Maha Sempurna, Maha Mendengar dan Maha Penyayang.  Dia dengar doa ibu dan abi... Dia jawab segala doa² ibu dan abi dengan kurniakan awk kepada kami...Ibu betul² rindu kan awk... ibu tau, awk selalu masuk dalam mimpi ibu kan? itu pun dah ckup syg... ibu bersyukur sngt!!

semoga anak ibu ini, sentiasa di lindungi Allah.. aminnn....