Rabu, 6 November 2013

'hydrocephalus'


mengikut pemahaman aku yg aku dapat dari 'taklimat' doktor semasa penyakit anak aku baru dikesan.

The hydrocephalus jangka berasal dari bahasa Yunani perkataan "hidro" yang bermaksud air dan "Cephalus" bermaksud kepala. Seperti namanya, ia adalah satu keadaan di mana ciri-ciri utama adalah pengumpulan cecair berlebihan di dalam otak. Walaupun hydrocephalus pernah dikenali sebagai "air di otak,". "air" yg dikatakan didalam otak kita ini sebenarnya adalah cecair serebrospina (CSF) - satu cecair jernih yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Pengumpulan berlebihan keputusan CSF akan menyebabkan kejadian abnormal di dalam otak yang dikenali sebagai ventrikel. Pelebaran ini mewujudkan tekanan berbahaya kepada tisu otak.


Biasanya, CSF mengalir melalui ventrikel, keluar ke tangki (ruang tertutup yang bertindak sebagai takungan) di pangkal otak, mandi permukaan otak dan saraf tunjang, dan kemudian reabsorbs ke dalam aliran darah. Malangnya, pesakit yang mengalami penyakit ini mempunyai laluan Ventrikel yg sempit/ tersumbat dan seterusnya menghalang laluan CSF ini mengalir.


-Means semua org mempunyai 'air' (CSF) kat dlm otak...tetapi org yg menghidapi hydrocephalus air yg sedia ada ia berlebihan... umpama 1 belon kita diisikan air, ia akn mengembang dan mengembang...begitu jg jika ia diibaratkan seperti kepala...air tersebut sebenarnya akn dialirkan melalui satu laluan ventrikal kiri dan kanan...tp saluran ventrikal cik hawa disebelah kanan mungkin sempit atau tersumbat...jadi air (CSF) tersebut tidak dapat dialirkan dgn sempurna dan akhirnya kepala akn mengalami tekanan...dan akhirnya ukur lilit kepala akn bertambah dan bertambah dlm keadaan yg tidak normal.


Doktor beritahu, if buat operation shunt cik hawa akn ok, cik hawa cuma mengalami masalah air berlebihan dekat kepala saja, xder sakit lain...jantung, hati, buah pinggang semuanya normal...doktor jg ada beri pilihan, jika tak lakukan shunt, mungkin doc akn tebuk sedikit, cuma keluarkan sedikit air tu...tapi aku xpasti samaada operation ini sesuai bagi bayi pra matang... aku x sempat nk search...bnda ni berlaku tiba²...


selepas pembedahan berat badan Cik Hawa susut sikit demi sikit...minum susu spt biasa...tapi berat x naik²...yg pastinya nurse KK akn mrh (bnda biasa)...tp aku dah cuba...cuba naikkan berat badan Cik Hawa tapi berat bdn around 1.8 to 1.9 kg...Hawa pun cuba...aku tahu...dia faham apa yg kita bitau dia...


'hawa syg ibu dgn abi x? hawa minum susu ye? ibu dgn abi xnk hawa sakit...ibu dgn abi nak hawa sihat...kalau x nk minum bnyk...sikit² ye?'


doktor sendiri beritahu...miracle!! selalunya baby yg sakit hydrocephalus, pernafasan akn out...sawan akn selalu trjadi tapi Alhamdulillah Cik Hawa x mengalaminya pun...cuma cik hawa akn muntah selepas minum susu...tp x selalu...kadang²...aku jg pernah diberitahu oleh ibu yg ada ank yg mengalami hydrocephalus... kanak² hydrocephalus dikategorikan sebagai OKU...aku x kisah semua tu...Jika Allah panjangkan umur Cik Hawa pun, aku sanggup jaga dia...tapi Allah lebih mengetahui...Dia tahu aku x mampu jg Cik Hawa..sebab dia kanak² yg sangat isitimewa...


aku x tahu apa punca sakit tu..sebab pada umur 7 bulan dalam kandungan, kami ada buat scan 4D details, semua aliran darah dari jantung, tulang belakang, ukur lilit kepala semuanya normal, dan membesar mengikut minggu... tp bila jadi mcm ni...aku cuma boleh fikir...Allah Maha Berkuasa...segala² berlaku atas kehendakNya...

x tau mana silapnya...ada kah disebabkan cik hawa pra matang atau disebabkan pada kecuaian...Dr fadzillah Kamsah pernah ckp...dlm dunia ni xada istilah 'kebetulan'...semuanya yg berlaku adalah takdir.

"Jika Allah hendak memberikan Ketenangan kpd seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa² tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang Kebahagiaan kepada seseorang 
dia tidak boleh dihulur oleh apa² tgn sekalipun..."

aku percaya!! sebab...kami usaha apa cara sekalipun utk selamatkan cik hawa...kami cuba segala jln alternatif asalkan cik hawa sihat...andai kata cik hawa OKU sekalipun...kami tetap akn terima... tapi kita kena sedar...Allah itu Maha Berkuasa.. "Kun Fayakun" tiada siapa dpt menghalang...pergi tetap pergi...kami terima...

1 ulasan:

  1. salam, blh sy contact nurul tuk lebih detail??msj sy please, 0192630450

    BalasPadam