Isnin, 10 Ogos 2015

2 tahun sudah...

genap 2 tahun hawa tinggalkan ibu dan abi... dari pagi sampai la ke petang, cuaca mendung je, mcm tau2 je apa yg ibu dan abi rasa... ibu rindu...ibu rindu... ibu rindu sangat dekat hawa...

bila tringat apa yg terjadi 2 tahun lepas, di tarikh yg sama, kalau boleh ibu xnak ingat ape tah lagi nk mengulangi apa yg terjadi pd hari itu... hawa tau x sayang? ibu xnak sedih, kalau boleh x nak menangis hari ini... tp bila tiba2 perasaan hiba tu datang, air mata akan serta merta jatuh... ye syg...ibu tau Allah jaga awak disana...dan Allah jaga awak lebih baik dari ibu dan abi jaga awak... 1 masa nanti, pasti kita berjumpa kan syg?

#throwback....

Shafik Sharif
20 August 2013

Genap 10 hari Cik Hawa pergi, rindu makin menebal.. Cuma doa saje yg tggl sbg pengubat rindu.. Duit yang didermakan orang ramai untuk Cik Hawa sejak kelahirannya dapat digunakan untuk semua proses pengebumian.. Dari A sampai Z.. Masih ada baki di tgn kami, insyaAllah niat utk Aqiqah akan tetap diteruskan walaupun dia dah pergi.. Alhamdulillah semuanya nampak dipermudahkan.. InsyaAllah..
Kadang-kadang terkenang balik betapa sukarnya untuk menjadi setabah yang mampu, namun keluarga terdekat jualah yang menjadi kekuatan untuk menerima semua ini.. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga aku & keluarga mentua.. Tidak lupa juga kepada sahabat handai dan rakan taulan.. Alhamdulillah kerana anda semua, sehingga sekarang kekuatan itu masih ada.. Kepada yg sempat dtg melawat, terima kasih banyak2.. Yg x dpt dtg tetapi sempat mengirimkan doa, juga setinggi penghargaan drpd kami..
Sekarang bermula episod baru, kehidupan baru, tidak terniat melupakan yang lalu, namun memori kami bersama Cik Hawa tak kan ada galang gantinya.. Pelbagai rintangan & dugaan, Cik Hawa sikit pun tak pernah menyusahkan.. Dia sgt istimewa, istimewanya dia hanya kami yang tahu.. Kami redha, kami berserah, kami percaya ada hikmah menanti di hari sana.. InsyaAllah Tuhan mendengar kerana Dia Maha Mengasihani..
Tak sanggup nak tgk gambar-gambar Cik Hawa sbb takut lama kelamaan air mata akan kekeringan.. Namun rindu yang mendalam, terus memaksa untuk menatap segala memori yang sempat dirakam.. Biarkan air mata mengalir, andainya itu menjadi penawar.. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.. Amin..
*Sempat merasa nikmat beraya bertiga di tahun ketiga, namun Cik Hawa pergi di hari raya ketiga..
Al-fatihah untuk Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik..
(02 JUN 2013 - 10 OGOS 2013)

 Shafik Sharif
 10 August 2014
A year ago.. Deep in our heart.. Forever & ever.. Miss u hawa!
Nurulfalizah Mansor, we are getting stronger rite.. Stronger together..


 Shafik Sharif
 11 August 2015 (11.00 am)

On this day, at this hour, 2 years ago, our princess of jannah Hawa Sabrina Iman selamat disemadikan.. Semoga Allah terus memberi kekuatan, rahmat & perlindungan berpanjangan kepada keluarga kami..

** tepat pukul 9.00 pagi (11 ogos 2013) abi sendiri mandikan awk utk kali terakhir.... selepas tu, mummy pakaikan baju untuk awak juga utk kali terakhir... kemudian, kami semua bergilir2 cium awak utk kali terakhir... ibu cium awak 2x sebab ibu x sanggup nak biarkan awk pergi syg... abi ambil awk...pgg awk utk kali terakhir, dan mengimamkan solat jenazah... selepas beri salam, daddy dukung awak utk bawa ke kubur... abi juga yg org terakhir pgg dan melepaskan awk... ibu disisi kubur awak, untuk melihat apa yg trjadi...ibu x kuat syg... pandangan ibu kabur dengan air mata...tp ibu kena kuatkan semangat ibu, sebab itulah kali terakhir ibu melihat awak...ibu nak pastikan awk nampk yg ibu sentiasa disisi awak...ibu tahu, di saat itu, awk sudah bersama Allah...Allah dah sediakan tempat yg paling indah utk awk di sana... jadi berbahagia lah anakku... walaupun sekarang ibu tidak disampingmu...segala kenangan dan memori kita sentiasa berada dalam ingatan ibu..dan ibu akan jg betul2 kenangan itu...


p/s : ibu dan abi sentiasa merindui awak...  #hawasabrinaiman




 

Rabu, 5 Ogos 2015

KEPUTUSAN DARAH ABI

5 Ogos 2015

seperti yg ibu dan beritahu sebelum ni, abi diminta untuk buat ujian darah untuk memastikan abi bukan tergolong dalam golongan pembawa thalessemia or thalessemia major... pagi2 lg ibu dan abi ke KK untuk buat pemeriksaan tu...ibu macam biasa la...nervous selalu...abi bertenang je... pesakit tersangat lah ramai...dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi baru la settle semuanya...

doktor terangkan yang darah abi normal, dan abi x perlu ke peringkat seterusnya ...cuma yg doktor beritahu ibu...yg anak bakal lahir, kemungkinan adalah pembawa atau normal... alhamdulillah ibu bersyukur...in future, bila ank2 ibu nk berkahwin nanti... pastikan ank ibu yg disahkan pembawa thalessemia perlu mencari pasangan yg bebas dari pembawa ataupun thalessemia... :(


bagi ibu, yang penting apa yg diaturkan oleh Allah, ibu dan abi sentiasa bersyukur... sebab apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...dan pasti juga ini lah yg terbaik buat kami... ibu harap adik hawa sihat dalam rahim ibu...aminnnnn.....


Isnin, 3 Ogos 2015

preparation sikit2...

2 Ogos 2015

ibu dan abi keluarkan semula barang2 kakak hawa dalam stor...sebabnya, ibu nak buat list mana yg perlu dibeli dan mana yg tidak perlu dibeli...banyak juga baju kakak hawa hehe... ibu asingkan skirt2 hawa.. Alhamdulillah semua baju kakak hawa dapat pakai. cuma baju yg auntie zarith bagi, kakak hawa x sempat pakai...ingatkan nak pakai baju tu pada raya keempat....tapi raya ketiga kakak hawa tinggalkan ibu dan abi...

dalam lipat2 baju kakak hawa tu, ibu perasan gaun hijau yg dipakai hawa pada raya pertama... ibu sebenarnya nak sangat tengok kakak hawa pakai baju kurung...tapi hawa kecil sangat, macam mana nk pakai baju kurung? kesian kakak hawa nanti....akhirnya ibu dan abi gigih ke anakku cari baju hijau untuk kakak hawa... ibu beli yg paling kecil...tapi itupun besar bagi kakak hawa....mommy kecilkan skit baju tu... Alhamdulillah kakak hawa boleh pakai baju tu...  :)

tapi realitinya, ibu sedang mengimbau kenangan lalu, x sedar ibu sedang menangis... rupanya ibu x kuat lagi...ibu tringat dekat hawa, di pagi raya... badan hawa semakin hari semakin sejuk, tapi ibu x perasan yg anak ibu sebenarnya nk tinggalkan ibu... T_T.... abi tegur jangan sedih sangat, nanti adik hawa pun sedih...sebenarnya adik hawa asyik bergerak2 dlm perut ibu...mungkin tengah pujuk ibu supaya jgn bersedih...

ibu lipat 1 demi satu baju kakak hawa.... baru lah ibu sedar, kakak hawa dulu orgnya kecil... padahal semasa hawa di pelukan ibu, ibu x rasa dia kecil...baju2 kakak hawa,ibu simpan semula di tempat yg baik, ibu harap ibu akan simpan baju2 hawa tu untuk adik2nya nanti...inshaAllah...

tilam dan bantal xperlu beli...sarung cadar dan bantal juga x perlu...semuanya masih baru... cuma yg perlu dibeli, baju dalam 3, 5 helai untuk menyambut adik hawa...:)

ibu dah buat list brg2 adik hawa...nanti kita pergi beli ye sayang...  :)


HB analysis

30 Julai 2015

hari ini, ibu checkup di KK mcm biasa.... minggu ni kandungan ibu dah masuk 31 minggu 5 hari... nurse check ibu mcm biasa...HB naik skit dari 2 minggu lepas... dari 9.8 ke 10.2... hehe... ok la tu kan...dari turun lagi, aiiihhh...

cuma bezanya, kali ni ibu ader consult dgn doc berkaitan dgn HB analysis ibu...result dah dapat...ibu buat ujian darah pada 13hb mei... now baru dapat result... katanya ujian darah di hantar ke KL...sebab tu, resultnya lambat skit dapat...

dari result darah tu... dorang dapati ibu HBE trait (heterozygous HbE). doc bitau ibu adalah Beta Thalassaemia Trait ...cuma ibu adalah pembawa thalassaemia.... suggestion doc adalah buat family screening... means abi kene buat jugak ujian darah, untuk memastikan bahawa abi bukan pembawa thalassaemia ... doc juga beritahu bahawa biasanya HBE trait adalah masalah genetik...mungkin perkahwinan campur (kebiasaannya)... biasanya darah melayu dan cina...moyang ibu cina...patut la wan pun selalu ckp dengan ibu...ms wan mengandung pun HB wan pon rendah...so, x yah la risau...inshaAllah semuanya ok... bukan wan je tau...wan ateh pun sama... so dorang selalu bg semangat dekat ibu, makan je mcm biasa...jgn pk sangat...cuma now ibu harap abi bukan pembawa thalassaemia macam ibu ...kesian dekat adik nanti...hurmmm


Apa itu Thalassaemia?
Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.
Apa yang menyebabkan Thalassaemia?
globin chain
Darah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.
Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.
Jenis-jenis Thalassaemia
Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.
Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:


  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!
  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%


Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:
Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?
Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:
Screen Shot 2013-11-25 at 1.12.02 PM

Semoga Allah permudahkan urusan ibu dan abi....aminnn....