Rabu, 11 September 2013

puisi buat hawa



Dibawah sebuah puisi dari kak zuliana dalam blognyer http://sitihawabidadarisyurga.blogspot.com/2012/03/dari-siti-hawa-untk-adiknya.html perjalanan cerita hampir sama dengan aku... nama anknye juga hampir sama.. cuma aku dan keluarga sempat membelai, menjaga arwah selama 2 bulan 9 hari. Hawa Sabrina Iman, nama yg sentiasa akan terpahat dihati. Arwah juga dilahirkan ketika 37 minggu..mmg x terlintas langsung yang arwah akn meninggalkan kami...terlalu banyak rasanya dugaan yg telah dijalaninya, sangkanya arwah akn survive utk kami.. ternyata Allah lebih sygkannya.. kami redha segala ujianNya. mungkin arwah x mahu melihat ibu dan abinya bersedih. Pergilah syg... ibu redha...


*puisi ni aku edit nama anak kak zuliana siti hawa....di rumah hawa adalah nama panggilannya. Pertama kali baca puisi ni, mengalir air mata ni...sungguh kita bertuah dikurniakan ank penghuni syurga ni... Alhamdulillah..


Hawa....
Nama seindah rupanya,
Pemilik bertuah penghuni syurga,
37 minggu yang indah yang tak mungkin ibu lupa,


Hawa...

Anugerah terindah dan rahmat buat kami,
Tak pernah sekelumit terlintas di hati,
Dia akan pergi tinggalkan kami,


Hawa...

Melaluinya ibu faham erti kehilangan,
Menerusinya ibu tahu erti kasih sayang,
Dan dengan pemergiannya, ibu tahu erti sebenar 'pinjaman' ,

Hawa...

Puteri syurga yang tidak pernah terlintas ibu akan miliknya,
Puteri syurga yang sedang berbahagia di SANA,
Puteri syurga yang Allah titipkan hanya sementara,

Hawa...

Melahirkanmu sayang penuh dengan kemudahan,
Pergimu sayang dengan ketenangan,
Kehilanganmu sayang meninggalkan seribu kenangan,

Hawa Sayang...

Tunggu ibu dan abi di SANA,
Semoga ada syafaat buat kami menerusinya,
Sesungguhnya setiap ujian Allah petanda DIA kasihkan kita,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan