Isnin, 10 Ogos 2015

2 tahun sudah...

genap 2 tahun hawa tinggalkan ibu dan abi... dari pagi sampai la ke petang, cuaca mendung je, mcm tau2 je apa yg ibu dan abi rasa... ibu rindu...ibu rindu... ibu rindu sangat dekat hawa...

bila tringat apa yg terjadi 2 tahun lepas, di tarikh yg sama, kalau boleh ibu xnak ingat ape tah lagi nk mengulangi apa yg terjadi pd hari itu... hawa tau x sayang? ibu xnak sedih, kalau boleh x nak menangis hari ini... tp bila tiba2 perasaan hiba tu datang, air mata akan serta merta jatuh... ye syg...ibu tau Allah jaga awak disana...dan Allah jaga awak lebih baik dari ibu dan abi jaga awak... 1 masa nanti, pasti kita berjumpa kan syg?

#throwback....

Shafik Sharif
20 August 2013

Genap 10 hari Cik Hawa pergi, rindu makin menebal.. Cuma doa saje yg tggl sbg pengubat rindu.. Duit yang didermakan orang ramai untuk Cik Hawa sejak kelahirannya dapat digunakan untuk semua proses pengebumian.. Dari A sampai Z.. Masih ada baki di tgn kami, insyaAllah niat utk Aqiqah akan tetap diteruskan walaupun dia dah pergi.. Alhamdulillah semuanya nampak dipermudahkan.. InsyaAllah..
Kadang-kadang terkenang balik betapa sukarnya untuk menjadi setabah yang mampu, namun keluarga terdekat jualah yang menjadi kekuatan untuk menerima semua ini.. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga aku & keluarga mentua.. Tidak lupa juga kepada sahabat handai dan rakan taulan.. Alhamdulillah kerana anda semua, sehingga sekarang kekuatan itu masih ada.. Kepada yg sempat dtg melawat, terima kasih banyak2.. Yg x dpt dtg tetapi sempat mengirimkan doa, juga setinggi penghargaan drpd kami..
Sekarang bermula episod baru, kehidupan baru, tidak terniat melupakan yang lalu, namun memori kami bersama Cik Hawa tak kan ada galang gantinya.. Pelbagai rintangan & dugaan, Cik Hawa sikit pun tak pernah menyusahkan.. Dia sgt istimewa, istimewanya dia hanya kami yang tahu.. Kami redha, kami berserah, kami percaya ada hikmah menanti di hari sana.. InsyaAllah Tuhan mendengar kerana Dia Maha Mengasihani..
Tak sanggup nak tgk gambar-gambar Cik Hawa sbb takut lama kelamaan air mata akan kekeringan.. Namun rindu yang mendalam, terus memaksa untuk menatap segala memori yang sempat dirakam.. Biarkan air mata mengalir, andainya itu menjadi penawar.. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.. Amin..
*Sempat merasa nikmat beraya bertiga di tahun ketiga, namun Cik Hawa pergi di hari raya ketiga..
Al-fatihah untuk Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik..
(02 JUN 2013 - 10 OGOS 2013)

 Shafik Sharif
 10 August 2014
A year ago.. Deep in our heart.. Forever & ever.. Miss u hawa!
Nurulfalizah Mansor, we are getting stronger rite.. Stronger together..


 Shafik Sharif
 11 August 2015 (11.00 am)

On this day, at this hour, 2 years ago, our princess of jannah Hawa Sabrina Iman selamat disemadikan.. Semoga Allah terus memberi kekuatan, rahmat & perlindungan berpanjangan kepada keluarga kami..

** tepat pukul 9.00 pagi (11 ogos 2013) abi sendiri mandikan awk utk kali terakhir.... selepas tu, mummy pakaikan baju untuk awak juga utk kali terakhir... kemudian, kami semua bergilir2 cium awak utk kali terakhir... ibu cium awak 2x sebab ibu x sanggup nak biarkan awk pergi syg... abi ambil awk...pgg awk utk kali terakhir, dan mengimamkan solat jenazah... selepas beri salam, daddy dukung awak utk bawa ke kubur... abi juga yg org terakhir pgg dan melepaskan awk... ibu disisi kubur awak, untuk melihat apa yg trjadi...ibu x kuat syg... pandangan ibu kabur dengan air mata...tp ibu kena kuatkan semangat ibu, sebab itulah kali terakhir ibu melihat awak...ibu nak pastikan awk nampk yg ibu sentiasa disisi awak...ibu tahu, di saat itu, awk sudah bersama Allah...Allah dah sediakan tempat yg paling indah utk awk di sana... jadi berbahagia lah anakku... walaupun sekarang ibu tidak disampingmu...segala kenangan dan memori kita sentiasa berada dalam ingatan ibu..dan ibu akan jg betul2 kenangan itu...


p/s : ibu dan abi sentiasa merindui awak...  #hawasabrinaiman




 

Rabu, 5 Ogos 2015

KEPUTUSAN DARAH ABI

5 Ogos 2015

seperti yg ibu dan beritahu sebelum ni, abi diminta untuk buat ujian darah untuk memastikan abi bukan tergolong dalam golongan pembawa thalessemia or thalessemia major... pagi2 lg ibu dan abi ke KK untuk buat pemeriksaan tu...ibu macam biasa la...nervous selalu...abi bertenang je... pesakit tersangat lah ramai...dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi baru la settle semuanya...

doktor terangkan yang darah abi normal, dan abi x perlu ke peringkat seterusnya ...cuma yg doktor beritahu ibu...yg anak bakal lahir, kemungkinan adalah pembawa atau normal... alhamdulillah ibu bersyukur...in future, bila ank2 ibu nk berkahwin nanti... pastikan ank ibu yg disahkan pembawa thalessemia perlu mencari pasangan yg bebas dari pembawa ataupun thalessemia... :(


bagi ibu, yang penting apa yg diaturkan oleh Allah, ibu dan abi sentiasa bersyukur... sebab apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...dan pasti juga ini lah yg terbaik buat kami... ibu harap adik hawa sihat dalam rahim ibu...aminnnnn.....


Isnin, 3 Ogos 2015

preparation sikit2...

2 Ogos 2015

ibu dan abi keluarkan semula barang2 kakak hawa dalam stor...sebabnya, ibu nak buat list mana yg perlu dibeli dan mana yg tidak perlu dibeli...banyak juga baju kakak hawa hehe... ibu asingkan skirt2 hawa.. Alhamdulillah semua baju kakak hawa dapat pakai. cuma baju yg auntie zarith bagi, kakak hawa x sempat pakai...ingatkan nak pakai baju tu pada raya keempat....tapi raya ketiga kakak hawa tinggalkan ibu dan abi...

dalam lipat2 baju kakak hawa tu, ibu perasan gaun hijau yg dipakai hawa pada raya pertama... ibu sebenarnya nak sangat tengok kakak hawa pakai baju kurung...tapi hawa kecil sangat, macam mana nk pakai baju kurung? kesian kakak hawa nanti....akhirnya ibu dan abi gigih ke anakku cari baju hijau untuk kakak hawa... ibu beli yg paling kecil...tapi itupun besar bagi kakak hawa....mommy kecilkan skit baju tu... Alhamdulillah kakak hawa boleh pakai baju tu...  :)

tapi realitinya, ibu sedang mengimbau kenangan lalu, x sedar ibu sedang menangis... rupanya ibu x kuat lagi...ibu tringat dekat hawa, di pagi raya... badan hawa semakin hari semakin sejuk, tapi ibu x perasan yg anak ibu sebenarnya nk tinggalkan ibu... T_T.... abi tegur jangan sedih sangat, nanti adik hawa pun sedih...sebenarnya adik hawa asyik bergerak2 dlm perut ibu...mungkin tengah pujuk ibu supaya jgn bersedih...

ibu lipat 1 demi satu baju kakak hawa.... baru lah ibu sedar, kakak hawa dulu orgnya kecil... padahal semasa hawa di pelukan ibu, ibu x rasa dia kecil...baju2 kakak hawa,ibu simpan semula di tempat yg baik, ibu harap ibu akan simpan baju2 hawa tu untuk adik2nya nanti...inshaAllah...

tilam dan bantal xperlu beli...sarung cadar dan bantal juga x perlu...semuanya masih baru... cuma yg perlu dibeli, baju dalam 3, 5 helai untuk menyambut adik hawa...:)

ibu dah buat list brg2 adik hawa...nanti kita pergi beli ye sayang...  :)


HB analysis

30 Julai 2015

hari ini, ibu checkup di KK mcm biasa.... minggu ni kandungan ibu dah masuk 31 minggu 5 hari... nurse check ibu mcm biasa...HB naik skit dari 2 minggu lepas... dari 9.8 ke 10.2... hehe... ok la tu kan...dari turun lagi, aiiihhh...

cuma bezanya, kali ni ibu ader consult dgn doc berkaitan dgn HB analysis ibu...result dah dapat...ibu buat ujian darah pada 13hb mei... now baru dapat result... katanya ujian darah di hantar ke KL...sebab tu, resultnya lambat skit dapat...

dari result darah tu... dorang dapati ibu HBE trait (heterozygous HbE). doc bitau ibu adalah Beta Thalassaemia Trait ...cuma ibu adalah pembawa thalassaemia.... suggestion doc adalah buat family screening... means abi kene buat jugak ujian darah, untuk memastikan bahawa abi bukan pembawa thalassaemia ... doc juga beritahu bahawa biasanya HBE trait adalah masalah genetik...mungkin perkahwinan campur (kebiasaannya)... biasanya darah melayu dan cina...moyang ibu cina...patut la wan pun selalu ckp dengan ibu...ms wan mengandung pun HB wan pon rendah...so, x yah la risau...inshaAllah semuanya ok... bukan wan je tau...wan ateh pun sama... so dorang selalu bg semangat dekat ibu, makan je mcm biasa...jgn pk sangat...cuma now ibu harap abi bukan pembawa thalassaemia macam ibu ...kesian dekat adik nanti...hurmmm


Apa itu Thalassaemia?
Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.
Apa yang menyebabkan Thalassaemia?
globin chain
Darah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.
Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.
Jenis-jenis Thalassaemia
Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.
Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:


  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!
  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%


Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:
Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?
Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:
Screen Shot 2013-11-25 at 1.12.02 PM

Semoga Allah permudahkan urusan ibu dan abi....aminnn....

Khamis, 30 Julai 2015

scan details di pakar kali ke 2

28 Julai 2015

ibu dan abi buat pemeriksaan di Hospital Putrajaya.  Doktor scan lebih kepala baby untuk memastikan normal dan tumbesaran ikut minggu...check air ketuban sama ada banyak atau kurang.

kata doktor jika air ketuban terlebih menandakan baby kemungkinan hydrocephalus. kerana kadar hisapan bayi tidak bagus jika dia hydrocephalus. jika terkurang pun bermasalah juga...so far, air ketuban ibu normal.  Alhamdulillah.. ibu terfikir, patutlah cik hawa dulu kurang menyusu, bukan dia xnak, tetapi di mempunyai masalah dengan hisapan. kesian anak ibu...sebab ibu tahu, hawa x puas menyusu selepas ibu burrrppp kan hawa... maafkan ibu, sebab ibu x memahami awak...  T_T

doktor ada brief ibu mengenai cara bersalin kelak.  Samaada ibu mahu cuba bersalin normal or Czer... ibu ambil keputusan untuk cuba bersalin normal, memandangkan setakat ini kepala baby S sudah ke bawah.  tetapi jika keadaan bersalin kelak tidak mengizinkan ibu bersalin normal, ibu redha. asalkan ank ibu sihat.

doktor ada beritahu risiko bersalin normal, memandangkan ibu pernah bersalin Czer.  hrmmm bg ibu, risiko yg diterangkan menakutkan. tetapi doktor meyakinkan bahawa 70% pesakit berjaya bersalin normal.  Antara risiko percubaan bersalin normal setelah Czer, of coz la jahitan lama menetas. bukan jahitan diluar ye...tetapi jahitan didalam rahim... bila jahitan menetas, potensi bayi masuk ke dalam perut itu ada, means keluar dari rahim, dan menyebabkan bayi lemas dan tidak dapat survive.. rahim ibu juga akan dibuang dan tiub fallopio ibu akan dipotong. hrmmmm....

jika kali ini, ibu Czer juga pun ada risikonyer...tp ibu xreti nk terangkan mcm mana...sebab masa tu ibu rasa takut sangat...rasa nk menangis pun...abi kata...ape2 pun, still ada risiko...hurmmm.... ibu berdoa supaya perjalanan ibu melahirkan baby S di permudahkan...baby S pun akan dipermudahkan untuk keluar dari rahim ibu dikala waktu bersalin dengan mudah...aminnnn....

oh ye...dari pemerhatian doktor, baby S tidak ada hydrocephalus, InsyaAllah...kata doktor juga, penyakit hydrocephalus bukanlah penyakit genetik, hanya Allah sahaja yg tahu mengapa dan kenapa terjadinya hydrocephalus. doktor banyak meyakinkan ibu dan abi bahawa kali ini, jika diizinkan Tuhan, ibu akan melahirkan anak yg sihat InshaAllah... dan ikut dari pemerhatian, jantina baby S maybe lelaki. xkisahlah mana-mana...janji anak ibu sihat itu dah cukup... next checkup pada 15 september 2015 masa tu, ibu dah 36 minggu...dup dap dup dap rasanyer...hehe....

p/s  : hawa doakan ibu ye sayang...


Isnin, 13 Julai 2015

raya kedua tanpa cik hawa

lagi 2 hari kita akan sambut hari raya Aidilfitri...tahun kedua tanpa cik hawa di sisi ibu dan abi... serius ibu bitau, ibu x ingat apa yg terjadi raya tahun lepas... yang ibu ingat raya bersama hawa 2 tahun lepas...dimana raya ketiga hawa tinggalkan ibu dan abi selamanya.

Tapi ibu bersyukur sangat2...tahun ni, adik hawa bersama2 ibu dan abi, walaupun dia masih berada dalam perut ibu... so far, adik bagi kerjasama yg sangat baik pada ibu untuk ibu berpuasa.  Adik kuat macam kakak hawa... ibu bersyukur sangat dikurniakan ank2 yg baik pada ibu dan abi.

ibu masih buat checklist untuk beli persiapan menyambut adik hawa, walaupun banyak baju2 hawa yg masih boleh dipakai, tapi wan dah pesan dekat ibu, yg ibu kene beli jugak baju baru utk adik.  baju2 hawa ibu simpan dengan baik. ntah bila la ibu nak mendobi baju2 hawa...maybe lepas raya la kot...ibu basuh skit2... yelah, umah kita kan kecik, x tau nak sidai mana, baju ibu dan abi pon dah penuh kat belakang...nampaknya ibu kene korbankan 1 bilik untuk sidai baju2 adik ni... hehe

hawa.... ibu rindukan hawa tau... ibu rindu nak peluk ank ibu ni... ibu nk cium hawa puas2... ibu pun x sbr jugak nk tggu adik hawa ni keluar.. hawa doakan semoga perjalanan adik dipermudahkan ye?

hawa... perginya hawa dari sisi ibu dan abi, merupakan 1 pengalaman yg xpernah ibu dan abi jangka kan.  ibu dan abi sentiasa rasa yg hawa masih disisi kami... hawa sentiasa berada dalam hati ibu dan abi... ibu dan abi pernah ada seorang anak perempuan yg kuat  yg xpernah menangis walaupun bermacam2 kesakitan dilaluinya.  ibu dan abi bersyukur dikurniakan anak seperti awak.

hawa... xsangka ibu dan abi bakal menimang seorang lagi cahaya mata.  ibu dan abi rasa teruja sama seperti hawa berada dalam perut ibu...x sbr rasanya nk peluk cium adik hawa.  adik hawa sangat lah peramah, pantang org usik perut ibu, kemain di sapanya. hehe... nak2 lagi kalau dengan suara abi... semoga adik sentiasa sihat didalam perut ibu.  Ibu redha atas ketentuan Allah sebelum ini.  dan ibu yakin setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.  dan kali ini, ibu berdoa semoga Allah akan permudahakan segala urusan adik.

hawa... raya nanti, ibu akan ziarah kubur hawa ye?...lama rasanya ibu x ziarah kubur hawa.  nak2 ibu tengah mengandung, kalau x, sebelum ni selalu jugak ibu ziarah hawa... tp yg penting hari2 ibu doakan untuk hawa... harapnya doa ibu sampai la kepada awk ye syg... ibu sentiasa mendoakan kebahagian awk syg...

ibu

Selasa, 30 Jun 2015

HB low & pengalaman pertama puasa

assalamualaikum....

today first day berpuasa di bulan ramadhan... dan today jugak ibu ada appointment di KK... mcm biasa, dari mengandungkan cik hawa smpai la ke adik cik hawa HB ibu mmg low sajek...aiiihhh... tp bila ibu pk2 balik, masalah ibu dekat HB saje, xder masalah lain...Alhamdulillah...ibu cuma kene jaga pemakanan ibu...


9.3.2015  = 11.4
9.4.2015  = 10.6
7.5.2015  = 9.9
21.5.2015  = 9.7
4.6.2015  = 10.2
18.6.2015  = 9.8
2.7.2015  = coming soon

macam-macam dah ibu ikhtiarkan makan jambu batu, guilsan, bayam merah, air kurma cina...semuanya ibu dah cuba...tp nak buat macam mana, HB ibu still low lagi... now doc bekalkan ibu zinc cofer... hehe...mula2 ibu mkn vitamin tu...menggigil2 rasa...rasa nak muntah, pening...mcm2 la... huhuhu tp skang Alhamdulillah...ibu dah boleh telan...dan x pernah miss makan vitamin tu...

tp tadi ada appt dengan pakar pemakanan kali ke-2...puan mai consult ibu cara pemakanan yg bagus... dan ibu dah ikut semuanya..apa yg dia beritahu ibu... tadi consultation ibu kali ke 2... puan mai terus terang dengan ibu, dia pun semasa mengandung HB sentiasa low...tp so far Alhamdulillah, dia dapat melahirkan 3 org anak yg sihat tanpa ada masalah... sedikit sebanyak ibu rasa yakin kali ini...kalau x, ibu akan rasa risau jer...takut adik hawa x cukup oksigen dalam rahim ibu...puan mai juga berpuasa seperti biasa...cuma sahur kene bangun makan nasi...Alhamdulillah...sahur mmg ibu makan nasi banyak...cuma 1 je yg ibu risau...berat ibu akan menurun nanti... so far progression adik hawa aktif... ibu mmg x risau...

ibu ada kongsikan cerita ibu dan hawa... itu pun sebab ibu mintak tolong dia ajarkan cara penyusuan bayi nanti dan cara penyimpanan susu... ibu mmg ada pengalaman...cuma x lama... ibu nak belajar lagi...kali ni ibu nak cekalkan hati, dan susukan adik hawa nanti...ibu nak kuat...ibu nak cuba bagi yg terbaik untuk adik hawa nanti...semoga Allah permudahkan segala urusan ibu nanti... InshaAllah...puan mai sedih dengan cerita hawa...dan dia berjanji akan bantu ibu nanti...Alhamdulillah...  :)

ibu x berniat nak buat puan mai bersedih...tp dia ada beritahu ibu, yg ibu seorang yg tabah...redha...xsedih pun semasa ceritakan pasal hawa... bg ibu...hawa dah bahagia disisi Allah...walaupun hawa x ada depan ibu dan abi... ibu dan abi x sanggup lagi tgk anak ibu tersiksa...itu dah cukup buat ibu dan abi..

hawa doakan ibu kuat sepanjang mengandungkan adik hawa ni ye...jangan lupa doakan adik hawa ni, semoga dia menjadi anak yg soleh/ solehah...dilahirkan dengan sihat dan sempurna... aminnn...




Selasa, 2 Jun 2015

luahan perasaan??

Assalamualaikum...

semalam baru buat post pasal bday cik hawa...now hati ibu masih sedih lagi...bila masuk bulan 6 je...mesti ibu rasa sedih...ikutkan mmg xnak sedih2...sian kat ank ibu sorang ni, yg kat dlm perut ibu ni...tp tu lah...kenangan bersama cik hawa, dtg skit skit... ibu mengandungkan hawa selama 9 bulan...genap 9 bulan...ibu tahu apa yg ank ibu rasa selama tu... ank ibu rs happy, sedih, sakit...semua ibu rasa sama... skarang ni, dalam rasa sedih, ibu rasa bahagia jugak...sebab ibu tahu ank ibu bahagia kat sana kan sayang?

semalam ibu tgk balik gambar2 hawa...video hawa... ibu rasa rindu sangat...ibu nak sngat peluk hawa, cium hawa...tp ibu tahu hawa jauh...jauh sangat... ibu nak beritahu yg ibu syg sngt dekat hawa...

ibu x minta semua org faham apa yg ibu rasa...tp kdg2 ibu rs terkilan pd sesetengah org yg langsung x sensitif tentang perasaan ibu yg kehilangan anak... ada yg pernah beritahu ibu...'alah...anak ko idup 2 bulan je...xder la rasa sedih sngt..lain lah klu ank ko umor mcm ank linda rafar tu...dah pndai berckp, gembira...dia lg sedih dr ko..' ibu diam kan jer...ibu ambil langkah positif, myb dia nak beri kata semangat dekat ibu, x yah sedih sngt la... apa2 la... ibu x ambil pusing pun...mls nk pk...tp di sudut hati ibu, sedih sngt sbb dia boleh ckp mcm tu...

dia x rasa apa yg ibu rasa...cuba bygkan ibu2 yg ank nya meninggal since dlm kandungan, yg baru dilahirkan, diorang mesti rasa apa yg ibu rasa...ibu pernah berkongsi perasaan ibu dengan kwn pejabat ibu... ank sulungnya meninggal semasa dilahirkan..klu diikutkan kwn ibu tiada kenangan bersama anknya yg meninggal tu, cuma kenangan bersama anknya di dlm kandungan sahaja...tapi dia juga rs spt ibu rasa... anaknya meninggal bulan 7/ 2011 smpai sekarang bila masuk bulan 7...hati dia mesti sedih... bukan buat2 sedih...secara tiba2 hati kita akn sedih... walaupun sekarang ni, kwn ibu tu dah dikurniakan 2 anak yg lain.

bg ibu, x kisah la kenangan kita banyak ke, skit ke, bersama anak kita...dia tetap ank kita...darah dgg kita... kita yg mengandungkan dia...kita yg melahirkan dia...ibu x minta meraka2 ini faham apa perasaan kami yg kehilangan ank ni rs...cuma berikan sedikit perasaan kasihan dlm diri tu... walaupun mereka ni xpernah rasa kehilangan spt itu, tp jgn la cuba utk perkecilkan apa yg kami rs... walaupun telah 10 atau 20 tahun berlalu...walaupun dah dikurniakan ramai anak...tetapi percayalah...disudut hati ibu2 ni..masih ada lagi kenangan ank yg telah meninggal itu..percayalah...tanya lah pd sesiapa yg pernah merasai kehilangan ank...

pernah ada seseorang tu, dia xpernah sebut nama cik hawa, apatah lg memberi semangat selepas hawa meninggal.. padahal dia pernah pgg hawa, dukung hawa... xtahu lah mcm mana perasaan dia, nak kata x fhm, dia juga seorang ibu...myb dia x pandai memberi semangat...jadi, lebih baik dia diam dr bersuara dekat ibu...mula2 ibu sedih jugak...tp lama2 ibu mls nk lyn sngt...ibu pun bnyk lg masalah lain nk pk...huhu tp ibu xboleh nk terima yg dia pernah beritahu ibu yg dia dah x sabar2 nk mengandung lagi sebab misi beritahu yg ank nya selepas ni adalah perempuan, dan pada ketika itu, cik hawa bru lepas meninggal 3 hari...sangat x sensitif...sampai ke hari ini ibu ingat kata2 dia...tp ibu maafkan... myb dia x sengaja...

apa2 pun...ibu muhasabah diri...mungkin selama ini ada kesalahan yg pernah ibu buat secara sedar atau x sedar... apa2 yg berlaku...mmg rasa kecil hati, tp ibu jadikan semua tu sebagai pengajaran...supaya ibu lebih sensitif kepada perasaan org lain kelak...semua yg berlaku ats keizinan Allah...mungkin Allah nk beritahu ibu supaya jgn jd seperti dia...ibu bersyukur yg ibu ada kesedaran mcm tu...ibu akan lebih berhati2 dlm berkata2 mahupun tingkah laku ibu yg boleh membuatkan org lain berkecil hati dengan ibu...semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada ibu agar tidak membuat perkara2 buruk... inshaAllah...

p/s  : sesi luahan perasaan... hehehe... love u hawa... 





Isnin, 1 Jun 2015

#throwback 26 mei 2015

Assalamualaikum...

minggu lepas ibu dan abi pergi check-up adik hawa di pakar... kami buat details scan untuk adik hawa... scan lebih menyeluruh pada bahagian kepala... Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yg membimbangkan..adik hawa membesar mengikut minggu...dan akn buat details scan lg skali pada 28 july a.k.a seminggu selepas raya...semoga segala urusan pd hari tu dipermudahkan seperti ini...aminnn...

perasaan sebelum scan tu mmg mendebarkan ibu dan abi...jantung kami berdegup mcm baru lepas berlari...risau... kami bertawakal pd Allah...semoga adik hawa dilindungidari penyakit yg berbahaya...scan lebih pada bahagian kepala...terus ke jantung, paru-paru....dan last skali doc beritahu pasal jantina adik hawa...abi yg paling happy... ibu tau...abi yg paling excited... hehe...

adik hawa semakin membesar hari demi hari...walaupun perut ibu kecik dan ada ketikanya, masa ibu jln2 di shopping complex ada org bagi brocher 'kurus kan bdn'... hurmmm... mungkin dorang ingat ibu ni gemuk kot...padahal ibu mengandung...hahaha...xper lah..ibu x marah pun...cuma kecewa... hahaha

adik hawa cepat respon bila ibu panggil...ibu x nak banding2kan ank2 ibu...ibu tahu...hawa dulu pemalu...hehe...hawa akn bergerak kalau ibu x nampak...bila ibu perasan dia akn diam saje...hehe... anak2 ibu semuanya berbeza... tp kasih syg ibu dan abi dekat ank2 ibu adalah sama...ibu harap adik hawa akn syg hawa mcm mana kami syg hawa...

hawa doakan adik semoga sentiasa dilindungi ya... hawa doakan semoga semua urusannya dipermudahkan... semoga ank2 ibu menjadi ank yg baik... aminnnn...

p/s : jantina adik hawa... hurrmmmm.... rahsia dulu...  :)

selamat ulang tahun yg ke 2 utk si bidadari syurga

Assalamualaikum dan selamat pg semua...

hari ni perasaan ibu bercampur baur, antara happy, sedih, rindu, terkilan dan mcm2 lg... 2 jun 2015 anak ibu yg cantik dan manja dah berumur 2 tahun... tiada lagi kesakitan yg ank ibu ni akan rasa, malah kegembiraan dan bahagia yg dirasai apabila di 'sana'...  ibu yakin Allah sentiasa melindungi dan merahmati ank ibu yg baik ni...

siapa kata x rindu? siapa kata x syg? perasaan rindu yg ibu rasa setiap hari selepas ketiadaan hawa.. hanya Allah sahaja yg tahu...tp ibu tahu setiap kesakitan yg ibu rasa, terselindung 1 hikmah yg besar buat ibu... ibu redha ats apa yg terjadi...

ank ibu cik hawa yg cantik manis...selama 2 bulan di sisi kami, ibu dpt rasakan yg awk manfaat masa yg ada itu utk menggembirakan hati kami semua... dgn kehadiran awk, semua org berbahagia syg... ibu bersyukur sngt...

rasa kenangan dulu bagai baru terjadi semalam, saat ibu dpt tahu yg ank ibu ni sakit, saat awk di bedah, saat kami terpaksa membuat keputusan yg sukar... sungguh!! ibu x nak perkara mcm tu terjadi lagi... ibu x sanggup lihat ank ibu sakit lg... hawa jgn rindukan kami disini...biar kami saja yg merindui hawa sebab kerinduan itu sama dengan kesakitan yg tidak akan sembuh selagi kita x berjumpa syg,cuma boleh dikurangkan kesakitan itu saja..

akhir sekali, semoga ank ibu dan abi ini sentiasa berbahagia disana, itu sudah cukup membahagiakan kami disini...bergembira lah... tenang la disana wahai anakku... hawa sabrina iman...

ibu

Ahad, 31 Mei 2015

prektis puasa utk si kecik

Assalamualaikum....

hari ni, ibu puasa tau... ibu puasa ganti...lagipun bolehla adik hawa ni prektis...sebab lg 15 hari kita akan menempuh bulan ramadhan... Alhamdulillah...lg 3 hari ibu dah boleh 'raya'... hehe...

mula2 ibu nak berpuasa tu...ibu risau sangat...takut adik hawa nanti lapar...kesian dekat dia...jadi, bila malam sebelum ibu nak puasa tu...abi akan siap2 ckp dekat adik hawa... * so far, ibu dan abi x tau nak bg nama ape kat adik hawa ni...  hihi*  ".... esok ibu nak puasa tau...awk kene tolong ibu ye...kene tahan... nanti sahur abi masak panas2...n ibu akn mkn bnyk2 utk bekal awk esok...awk pun jgn bergerak aktif sangat...nnti penat...gerak skit2 je...biar ibu tahu keadaan awk kat dlm tu... hehe"...

esoknya...setiap jam ibu akan cuba usik adik hawa ni...Alhamdulillah...adik hawa ni cepat respon tindakan ibu tu...terharu sngt ibu...adik hawa gerak skit2...mula2 ibu risau jugak.. tp ibu tawakal jer...sebab ibu berpuasa kerana Allah...mesti Allah akan lindungi adik hawa...Insya Allah... smpai la ke petang...ibu akn bitau adik hawa.. "ok...lg 2 jam lg kita berbuka...sabar ok.." amboi!! bila ibu ckp mcm tu...adik hawa mcm nak keluar dr perut ibu...kemain lg dia berpoco2 dlm perut ibu...hehe... x sbr agknya... bila ibu berbuka lg la... ibu nak mkn pun... asyik tersentak2 jer...sbb adik hawa ni kemain lagi bergerak...hehe... semoga anak ibu ni akan selalu mendengar ckp ibu dan abi...ibu dan abi sentiasa berdoa semoga adik hawa akn jd ank yg baik utk ibu dan abi...dan bakal adik2nya nanti...

ibu harap di bulan ramadhan nanti ibu dapat berpuasa penuh...adik kena tolong ibu...tapi...kalau adik x larat xper...ibu xnak, memudaratkan adik nanti...semakin hari, semakin hampir tarikh adik hawa ni bakal keluar dari rahim ibu...ibu harap dan hari2 ibu berdoa agar urusan kali ini dipermudahkan... aminnn....

p/s : semoga hawa sabrina iman sentiasa berbahagia disana... ibu dan abi sentiasa rindukan hawa... :)

Khamis, 23 April 2015

she was drowning but nobody saw her struggle



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni genap 17 minggu adik hawa dalam rahim ibu...  Ibu bersyukur sebab Allah izinkan lagi ibu merasai pengalaman mengandung...

Tipu lah kalau ibu kata yang ibu xfobia...kenangan2 dulu masih lg menghantui ibu... kadang2 ibu cuba utk xnak ingat apa yg terjadi dulu... ibu x nak sedih2...ibu xnak adik hawa turut rasa apa yg ibu rasa...

hawa dulu selalu buat muka mcm ni... hawa dulu suka makan nasi arab...hawa suka dancing queen dlm perut ibu pukul 3 pg... hawa dulu suka dgr surah maryam...hawa dulu suka ni...hawa dulu x suka mcm ni... hawa...hawa...hawa...

 tp cepat2 ibu cakap dekat adik yg ibu dan abi pun syg dekat adik...ibu x nak adik kecil hati kalau ibu asyik bercerita tentang kakak hawa...hawa kakak yg baik...dia mesti doakan adik sentiasa sihat dalam perut ibu...kakak hawa syg adik... ibu nak adik jd kuat mcm kakak hawa...kakak hawa x pernah menyusahkan ibu dan abi... dia selalu tenung ibu masa ibu tido, 'jgn sedih ibu, hawa ok, hawa kuat... hawa redha dengan ketentuan Allah.'

note to hawa :-

kakak hawa pergi pada raya ke-3... pada minggu tu ibu asyik menangis, ibu down sangat sbb semua yg dtg beraya dekat rumah mesti nak tgk hawa, bila mereka dah tgk, mesti ckp yg bukan² kalau ckp bnda yg menaikkan semangat xper la jugak...tp mereka asyik ckp...'kesiannyer..kecik² dan operate'..'álahai, keciknya budak ni'... 'kesiannya'.....

ibu x kisah kan apa mereka ckp...cuma ibu x suka bila hawa dengar apa yg mereka ckp... biar ibu yg sedih...ibu xnak ank ibu juga rasa sedih... ibu selalu ckp dekat hawa, 'xper hawa, biar org nak ckp apa, yg penting ibu dan abi, keluarga kita, xpernah rs hawa menyusahkan kami, hawa jgn sedih ya? kita sama² akn ikhtiar utk sembuhkan hawa...hawa kena kuat ye syg?' dan pertama kalinya hawa mengomel a.k.a ckp² dgn ibu tanda yg hawa fhm.

Ibu dan abi minta maaf kalau hawa x setuju dengan pembedahan hawa. ibu dan abi terpaksa buat keputusan tu walaupun sebenarnya ia menyakitkan...

note tu adik a.k.a baby S ;-

ibu selalu berdoa kepada Allah supaya adik dikurniakan kesihatan yang baik... jadi anak yg taat perintah Allah dan Rasul, jadi anak yg baik pd ibu dan abi dan juga bakal adik2 yg lain nanti...

ibu juga berdoa agar perjalanan anak ibu kali ini dipermudahkan...ibu x sanggup nak tgk anak2 ibu sakit lagi... ibu x sanggup nak tgk abi terpaksa buat keputusan yg sukar...ibu x sanggup nak tgk abi susah hati lagi...ibu akan makan makanan yg berkhasiat... ibu akn jg adik dgn baik... ibu nak ank ibu nanti keluar dgn sihat...

Allah Maha Melihat... Ibu percaya yg Allah tahu apa yang terjadi semasa kelahiran kakak hawa...Allah tahu apa yg ibu dan abi alami...Allah tahu yg kami redha pemergian kakak hawa... Allah tahu kesukaran yg ibu rasa tiap2 malam selepas kakak hawa tinggalkan ibu...  Allah Maha Mengetahui...segala2nya ibu berserah pada Allah... ibu percaya apa yg terjadi ada hikmahnya...


ibu berdoa agar adik sentiasa sihat didalam perut ibu... dan juga dipermudahkan semasa kelahiran adik nanti... adik kena kuat demi ibu dan abi ye syg...  jgn biarkan ibu dan abi sunyi lagi... berilah kami peluang untuk menjaga dan mendidik adik... semoga adik menjadi seorang anak soleh/solehah...  aminnn....

p/s  : kakak hawa... ibu sentiasa rindu dekat awak... abi pun sama... 



Selasa, 17 Februari 2015

kemas sarang² di blog cik hawa

 Assalamulaikum anak ibu Hawa Sabrina Iman...

Lamanya ibu x menaip ni... *sorry... bukan ibu lupakan awak tau... awak sntiasa di hati ibu dan abi...

awak tau x sayang, ibu sentiasa berdoa utk awk selepas solat, walaupun ibu tahu awk dah berada di syurga. Ibu rindu sangat dekat awak tau... ibu rasa nk peluk awk ketat², smpai awk mengeliat... hihihi... awk kan slalu buat muka serius...nk ketawa tu time tido jer la...masa awk mengigau... hihihi

cik hawa sayang... tahun baru ni, (even sekarang dah nak masuk bulan 3...  *sigh) ibu nak sibukkan diri dengan aktiviti di pejabat... bukan ibu x nak ingat tentang awk tau... sbb ibu xnak selalu memikirkan bukan²... awk tau x, awk dpt 2 kwn baru tau... anak cik Mas dan ank cik Nik... ibu sentiasa doakan ank Cik Mas dan Cik Nik sentiasa sihat... awk pun doakan utk dorang jugak ye... hehe...

Hawa, Anak ibu sayang... awk jgn lupa doakan ibu dan abi ye? semoga sentiasa sihat, Semoga Allah ampunkan dosa² ibu dan abi, ye sayang? oh ye, awk jugak jgn lupa doakan bakal adik awk nanti sentiasa sihat di dalam rahim ibu tau... ibu janji akan jg dia seperti yg ibu jg awk sebelum ni....doakan semoga dia sentiasa sihat ye syg?  doakan supaya dia dapat jg ibu dan abi sehingga Allah menjemput kami kelak.  Dan pd masa tu, turn awk pulak cari ibu dan abi ye syg? tunggu kami di pintu syurga... InshaAllah...

Hawa Sabrina Iman binti Mohd Shafik...
seperti yg ibu pernah beritahu sebelum² ni, ibu x pernah menyesal melahirkan awak... ibu sentiasa ingat saat² kita bersama, walaupun hanya sekejap bagi ibu, ibu dah cukup bersyukur sayang... ibu dan abi rasa bahagia sngt²... Allah itu Maha Sempurna, Maha Mendengar dan Maha Penyayang.  Dia dengar doa ibu dan abi... Dia jawab segala doa² ibu dan abi dengan kurniakan awk kepada kami...Ibu betul² rindu kan awk... ibu tau, awk selalu masuk dalam mimpi ibu kan? itu pun dah ckup syg... ibu bersyukur sngt!!

semoga anak ibu ini, sentiasa di lindungi Allah.. aminnn....

Rabu, 24 September 2014

raya tahun pertama kembali berdua

Assalamualaikum...

dah lama rasa menyepi diri.. bukan apa saja nk mencari ruang utk hiburkan hati sendiri...

tahun ni (2014) ibu dan abi kembali berdua, beraya tanpa hawa sabrina...

tahun lepas (2013)
  • ibu dan abi habiskan 1 hari di jusco nk cari baju 'hijau'utk hawa, tema kita tahun lepas :) ... dan rupa² nya size ank ibu ni cuma ada dekat ánakku'... abi siap buat kad ahli, suruh ibu simpan, sebab abi ckp, lepas ni beli baju anakku je.. sbb size hawa ni special skit, kecik molek... hihihi
  • pg raya sesi bermaafan dekat wan, atuk, mummy, daddy ...ibu nak luahkan segala yg terpendam dlm hati ni, tp x boleh...asyik menangis jer... ibu x nak la nnti tukar pulak mood happy jd sedih... so, ibu ckp jer la kat sini  :)
terima kasih sebab jg owg ms berpantang, 
terima kasih sbb bnyk bg support kat owg ms hawa sakit, 
terima kasih, sbb slalu ckp hawa comel, 
terima kasih, sbb ckp hawa dah tembam walalupun owg tau yg hawa smakin hari smakin susut, 
terima kasih sbb timbang hawa slps mandi :)
terima kasih, sbb uruskan jenazah hawa, 
terima kasih, sbb uruskan majlis aqiqah hawa, 
terima kasih, sbb slalu naikkan semangat owg,
terima kasih ats segalanya...

  • pg² dah pergi kubur, ziarah kubur hawa... :)
  • tahun lepas, ibu tolong kumpulkan duit raya utk hawa, tahun ni ibu dan abi bg duit raya dekat kwn² hawa.. :)
  •  tahun ni ibu mkn smua bnda yg ibu nk mkn, smua ckp ibu dah gemuk la...ape la...blah...blah... mls nk layan...  :P
tp yg pentingnya, tahun ni,  ibu dan abi rs sunyi hawa xder... ibu rindu nak peluk hawa... ibu rindu nk bau hawa...  ibu rindu nak beli baju baby...ibu rindu segala² tentang hawa... tp ibu lebih suka tgk ank ibu bahagia... :)  berbahagia lah disana

 "HAWA SABRINA IMAN''


Rabu, 2 April 2014

10 months already :)

hari ini, ibu puasa ganti... puasa yg berbaki 7 hari lagi...chaiyok!!... ibu nk abis kan semua puasa ni secepat mungkin... ibu x nak tangguh² lagi...sebab x lama lagi dah masuk bulan ramadhan...

x sangka ibu, pejam celik pejam celik, ank ibu dah 10 bulan...agknya ank ibu dah pandai jalan... gigi pun dah tumbuh 2 btg...

ibu rindu kat awk tau, sampai x sedar yg ibu sedang menangis... Alhamdulillah...ibu dah boleh kawal perasaan ibu sekarang...xder la mcm sebelum² ni, sikit² nangis, skit² nangis...  #sigh

perasaan ni mmg unik...2 3 hari lepas, ibu rs mcm xder mood...sedih...risau...x tau la nk gambarkan mcm mana perasaan ni...tp ibu buat x peduli je...x suka nk lyn perasaan...now ibu tahu, sebenarnya ibu rindu kan hawa...ibu tidur, xsedar yg ibu sdg menangis!! ...sebab itu Allah ciptakan wanita x boleh dipisahkan dgn air mata...sebab itu la penawarnya...usai solat zohor td, ibu lega.

dalam tidur td, mcm² yg ibu fikir...sebenarmya dlm erti kata sebenar, ibu berdoa...

' Ya Allah yg Maha kuasa ,
segala yg berlaku semua atas kuasaMu... atas izinMu...aku tidak pernah menyesali atas kelahiran anakku hawa ke dunia ini..malah aku bersyukur atas anugerahMu yg tidak ternilai buat kami...

ya Allah...
aku mohon padaMu, Kau berkatilah ankku hawa sabrina dikalangan hamba²Mu yg soleh..Kau rahmatilah dia...sesungguhnya aku beserah segala² apa yg berlaku...aminnn....

semua ibu sygkan anknya...kasih syg yg ditunjukkan juga berbeza² mengikut cara masing²... ibu syg hawa, dengan cara, ibu redha atas pemergian hawa...ibu berharap ibu dan abi dapat berjumpa hawa di 'sana' nanti.. inshaAllah...

tidak dinafikan...sakit menahan rindu... rindu kepada anak...rindu yg ada kalanya hadir xboleh nak dilepaskan...bermacam cara ibu buat utk lepaskan rindu ni...baca yaasin utk hawa, ibu bc surah maryam, ibu berdoa kepada Allah agr diberi kekuatan...skit-skit rindu itu pegi... ibu tahu syg...sebenarnya apa yg ibu rs ni, sebenarnya hawa pun rs kan syg?? hawa pun rindu kat ibu dan abi kan?

ibu x pernah lupakan hawa...semakin ibu ingatkan hawa...semakin ibu dekatkan diri ibu dgn Allah...Allah yg berikan hawa kpd ibu dan abi... Allah beri peluang kpd kami utk menjadi ibu dan ayah selama 2 bulan 10 hari...Alhamdulillah...syukur...perasaan yg x dpt dibeli, perasaan yg x boleh dpt hatta kat mana² sekalipun...

hawa...
jika 1 hari nanti, Allah izinkan ibu mengandungkan adik hawa... hawa jgn mrh atau kecil hati ye? sebab ibu mengandungkan adik hawa...bukan pengganti hawa... hawa tetap hawa...sentiasa di hati ibu dan abi...bahkan dihati semua org syg...

ibu akan sentiasa berdoa untuk hawa dan  semoga Allah permudahkan segala urusan hawa di 'sana... inshaAllah...  :)


Selasa, 11 Februari 2014

bila tibanya waktu senja

betul org2 tua dulu kata... kita ni kalau boleh masuk rumah sebelum maghrib...setan banyak berkeliaran kat luar nuuuu.....

honestly, setiap kali masuk senja, hati aku ni bagai di sayat2... pilu...hiba... tringat mak n ayah kat kg...adik2...and of course, arwah cik hawa yang paling aku akn ingt...setiap 'scene' aku dgn arwah cik hawa akan di bayangkan.... kdg2 bila tiba rasa nak peluk, cium arwah, perasaan sedih tu datang membuak2...dan secara x sengaja akan menangis sendiri.... kdg2 ada jgk tercium bau hawa sesekali.. '.oh! ank aku datang melawat barangkali'

kdg2 aku rs cam tiba2 takut...x tau la takut kenapa...mungkin aku masih fobia lg...

kebelakangan ni, ramai kwn2 aku yg baru menimang cahaya mata... bahagianya dorang... rasa skejap dorang baru abis pantang...dan rasa 'senang' dorang menjaga anak.  Alhamdulillah...aku sentiasa mendoakan agar anak kalian sentiasa sihat dan dilindungi Allah s.w.t selalu  :)

baru2 ni, aku baca buku berkisahkan 4 puteri Rasulullah s.a.w...

1. zainab
2. Ruqayah
3. Ummi kathum
4. Fatimah

dalam buku tu ada di ceritakan tentang perjalanan hidup Puteri Rasulullah s.a.w yang penuh dengan ujian yang pelbagai.  Mereka juga pernah diduga kematian dan ketiadaan anak.  Ummi Kalthum tidak dikurniakan anak. Zainab kehilangan  4 bulan anaknya didalam kandungan (jatuh dari unta). Ruqayah di kurniakan seorang anak. tetapi meninggal dunia ketika usianya 6 tahun. 

dari cerita tersebut,aku dapati  bukan aku seorang diberi ujian sebegini...setiap hamba Allah diberikan ujian yg pelbagai, mengikut kemampuan masing2. Sedangkan Puteri2 Rasulullah diberi ujian sebegitu, ini kan aku, hamba Allah yg hina ni. Malah mereka diberi ujian yg lebih berat dari apa yg aku rs sebelum ni.  setiap kali aku bersedih, aku cuba untuk muhasabah diri...aku fikirkan dosa2 yg pernah aku buat sebelum ni...kdg2 bila dtg 'takut' / fobia utk mengandung, aku sedapkan hati dengan 'berserah' kepada Allah...

"Ya Allah, permudahkan kami mendapat zuriat dan kurniakan lah kami zuriat yang sihat dan sempurna.  Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...aminnnn.... "




Isnin, 20 Januari 2014

frens hawa

"When I think rain, I think about singing. When I think about singing, it’s a heavenly tune. When I think about heaven then I think about angels. When I think about angels, I think about you..."



Hawa,
Tadi ibu pergi hospital, melawat anak kawan ibu meninggal, arwah hampir sebaya ngan hawa.  Ibu sempat tengok jenazah arwah... Subhanallah...cantiknya rupa paras arwah...bersihnya kulit...raut wajah yang seolah² xder masalah...tenang...damai...Ini lah rupa penghuni syurga... Subhanallah... 

p/s : Hawa frens ngan dia ok...jangan nakal²...  :)

Khamis, 19 Disember 2013

kronologi cik Hawa dari fb ibu dan abi


2 Jun 2013

abi : "Hello everyone, my name had been OFFICIALLY registered..." 

* semua org happy ms ni...  HAWA --> sempena nama nenek abi (suprise kami untuk mummy )  SABRINA --> nama yg ibu dan abi suka   IMAN --> nama hujung yg akn digunakan utk adik² hawa  :)

10 Jun 2013

ibu : Allah is d best planner, He knows what will be the best for us... 

* masa ni, ibu sedih sebab hawa kene warded 1 hari sebab kuning... bacaan 19... tapi esoknya terus turun 7.3... doc pun terkejut... hawa kuat!!  :)

19 Jun 2013

ibu : Love from NYCT.. Tq makshu dila.. Ktorang sntiasa rs ko di cc walaupun zahirnya ko diperantauan... Take care dear... :)


*dapat kad dari makshu dilla :) tp masa ni kat hspital da... sebab doc dah nmpk kepulan air, selepas buat ultrasound pada 13 jun 2013... masa ni dah 3 ari kat hospital.. hanya keluarga terdekat je yg tahu... bukan x nak hebohkan...cuma ibu dan abi masih nmpk harapan atau berdoa apa yg doktor ckp tu salah...  :'(

22 Jun 2013

abi : K.A.M.I.. Mohon kalian doakan Hawa Sabrina Iman.. Supaya dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T...


ibu : Jangan bersedih....allah menguji tanda sayang... SubhanAllah akn tiba jua pertolongan dari Allah.. Aminnnn


*masa ni ibu, abi, mummy, dan tok daddy hanya kami di JB untuk hantar hawa... disana kami penuh dengan harapan agar apa yg diberitahu di Melaka adalah silap...sebab di JB terdapat pakar yg merawat otak kanak-kanak... dalam erti kata kami masih tidak percaya yang hawa 'sakit'...


23 Jun 2013

abi : The word: Hydrocephalus
The treatment: Shunt
Ade air terkumpul di kepala yg xberjalan trun ke perut dengan lancar disebabkan saluran tersumbat/sempit.. Masih di peringkat awal n doc xcategorize sbg kritikal... Thats y operation still xbuat dr smlm sbb kes xkritikal... They wait n see... Condition baby is normal like others... Doctor n nurse curious gak sbb besenye klau da tanda2 hydrocephalus ni, baby akan slow n not respond to anything while pernafasan out, heart beat pun problem... But our baby ok semua tu... Ukuran size kpala maintain start seminggu lps (when the doc detect mcm ade sdikit pmbesaran - "yes it is").. Anyhow, ikut MRI scan (the details one) mmg ade air terkumpul di kepala yg mana harus dimasukkan tiub (SHUNT) utk dsalurkan ke perut... Sebabnya supaya kepala tidak akan terus membesar dan membesar seterusnya bakal mengganggu perkembangan otak...
UPDATE:
Our baby Hawa Sabrina Iman was already in the labour room... Doa, tawakal, pengharapan... Kami menanti demi masa depan anak kami... Terima kasih pada yang prihatin dan memberikan sedikit doa... Saya hargai, saya sanjungi...


Hopefully no need to do the SHUNT and will replaced by other better option coz the baby looks OK now... Please rakan2, saya rayu doa anda semua... Ade salah silap kami, harap diampunkan... Together we pray for the baby... Allah wrote everything and He knows the best thing...

*hari 'pembedahan kecil' hawa... masa ni mcm² bnda berlaku... pembedahan ditangguh dari sehari ke sehari... hawa terpaksa berpuasa dari pukul 4 pagi sehingga pukul 3.00 petang pada  22 Jun 2013... tetapi hampa bila mereka kata tidak cukup alatan...itupun selepas kami tidak sanggup melihat hawa yg lapar akibat dari puasa.  esoknya (23 Jun 2013) hawa berpuasa lagi pada pukul 4.00 pagi dan di bedah pada pukul 1.30 tengahari. itupun selepas abi 'mengamuk'.. 

selepas 2 jam 


abi : Syukur Alhamdulillah... SHUNT operation done successfully... Terima kasih atas doa dan harapan... We knew that our daughter was strong enough to face all this thing... Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada anak kami utk sembuh sepenuhnya juga terima kasih atas keprihatinan anda yang sentiasa mendoakan... InsyaAllah the situation will getting better...

*Alhamdulillah...doktor andai kan hawa akan sedar selepas 4 jam.. tetapi tidak smpai 4 jam hawa sedar selepas kami 'menyambutnya' di pintu ICU dengan panggil namanya.  terlihat juga air mata hawa menitis  :'(

27 Jun 2013

abi : Terpaksa tinggalkan anak & isteri di sini sebab final exam... Ya Allah permudahkanlah urusan isteri & anak aku... Lindungilah mereka, payungilah mereka...

*sehingga sekarang, perkara yang paling abi x nak ingat adalah, terpaksa meninggal ibu dan hawa di JB.. abi rasa sangat sedih waktu ini.. tp bg ibu, masa ini lah ibu nak tunjukkan dekat abi dan hawa, yg ibu kuat...dan ibu rasa yg ibu boleh abiskan masa, setiap saat, setiap detik bersama hawa...

1 Julai 2013


abi : Alhamdulillah semua urusan di JB setakat ni sudah selesai... Lagi 3 minggu datang semula utk follow up... Anak & isteri sudah berada di kg dengan condition yang amat memuaskan... Semoga Allah terus melindungi & mengurniakan kesihatan yang baik kpd mereka... Tido, membuta, rehat... Esok lepas Subuh kne vroom blk ke perantauan... Mulakan kerja, mulakan semula rutin seperti sedia kala...

* hari yang paling menggembirakan bagi ibu dan abi... mummy n tok daddy yg paling happy...sebab dapat bawak hawa balik... wan dekat kg pun dah siap sedia tggu hawa sampai..semua menantikan hawa... sampaikan 'buku pink' hawa terpaksa di pos, sebab tertinggal di hospital... punyer la nk cepat sngt balik... :)
tp ms ni pun ada insiden yg rsnya 'sakit hati' bila fikirkan... biar lah ia menjadi rahsia bg kami sekeluarga.

24 Julai 2013


abi : Cik Hawa update:
Semalam 23/7 genap sebulan selepas pembedahan SHUNT dilakukan.. Pergi semula ke HSA (JB) untuk follow up dengan doktor tentang perkembangan Cik Hawa..

SHUNT status (menurut doktor):
Tiub akan kekal di dalam badan Cik Hawa, dan ketika membesar, tiub akan turut memanjang.. (That is technology, complicated to explain).. Tiub tidak berada di dalam badan tetapi di sebalik lapisan kulit sahaja, maka tidak perlu risaukan tentang apa-apa komplikasi terhadap organ dalaman yang lain, cuma 2 perkara yang berisiko adalah jangkitan kuman atau tiub tersumbat.. Tak perlu citer lanjut tentang yang ni.. Selain daripada itu, insyaAllah semuanya akan NORMAL.. Kami akan terus berdoa kerana Allah jualah yang Maha Membantu untuk memudahkan segala-gala perancangan manusia.. InsyaAllah DIA Maha Mendengar doa daripada hamba-hambaNya..

Conditon & progression Cik Hawa semakin OK.. Cuma berat bdn dia lambat sikit nak naik.. 1.80kg after the operation > 2.04kg berat sekarang.. Umur dia harini 52 hari.. Doc kata tak perlu risau asalkan dia menyusu dengan baik sekali.. COH (size kepala) TIDAK berlaku perubahan.. Kesan jahitan dekat kepala dan perut nampak sangat BAIK.. Cuma rambut yg dicukur dkt tpt operation tu jek lambat sgt nk tumbuh, tak nampak lagi rambut tu tp klau pgg dptla rasa ade rambut yang mula tumbuh.. Respond pada tangan dan kaki OK.. Mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) nampak seperti takde apa yang perlu dirisaukan.. Sentiasa respond pada bunyi sekeliling, dan mata automatik akan turut respond.. "Dia tau nama dia Hawa" 

Ikut naluri IBU & ABI, kami dapat rasakan anak kami semakin baik & sihat.. Kami PERLUKAN rasa teruja seperti itu demi untuk kekuatan kami dan anak itu sendiri secara tidak langsung.. Banyak sangat yang Cik Hawa da lalui, dan InsyaaALLAH dia semakin kuat.. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan ujian & dugaan, kesenangan & kemudahan atas apa yang berlaku selama ini.. Semakin hari semakin teruja menjadi IBU & ABI.. Doa, ikhtiar & tawakal berterusan.. Semoga Allah melindungi Cik Hawa, semoga Allah melindungi kalian juga yang mendoakan.. Terima kasih atas doa & harapan..

Next appoinment: 19/8 pastu akan ade next, next, next dan next sampailah report case Cik Hawa sangat tebal dan dia sendiri boleh baca kot apa yang Doktor tulis masa tu.. Hehe 

"Ramadhan bertiga di tahun ketiga"

* ibu, abi mummy n tok daddy menemani hawa di sini... sangat suka bila dgr penerangan dr 'doktor pakar neuro' berbanding 'doktor paedatrik' di "sini"... sentiasa positif terhadap apa yg berlaku...  :) dan mereka memberi perangsang yg baik kepada kami untuk menjaga hawa... 'tidak ada yg perlu dirisaukan' kata doktor pakar neuro itu... :)

7 ogos 2013


ibu : Ko kene kuat yunnn... Kene kuat..biarkan apa org nk ckp.. Coz Allah sdg mengatur sesuatu yg baik utk hawa.. In sha Allah...


*berat hawa x naik...turun dari 2 kg kepada 1.9kg... ibu kene marah dgn nurse... nurse kata ibu xpandai bg hawa susu...masa tu, ibu rasa putus asa ibu x tau nak buat mcm mana lg... ibu x slhkan hawa... ibu tahu hawa pun 'bersama²' ibu... hawa pun nak sihat. 'budak ni mcm x sihat kan?' sakitnye hati!! ms tu, ibu tahan dari menangis...rasa nak meraung² pun ada... tp ibu pendam, nurse mintak rujuk pada doktor, sebab nak inject untuk 2 bulan, doktor boleh ckp macam ni., "U bg je susu, klu baby nak...kalau baby tidur, biarkan dia tidur, asalkan baby happy cukup la... buat apa, kejut² baby ms dia tidur, masa tidur la, baby akn mmbesar, U kene yakin, 'susu U' yg paling terbaik, jgn guna susu formula' Alhamdulillah... ibu rs happy sngt waktu tu..klu boleh rs nak peluk doktor tu... ibu mmg x pndang dah nurse tu...sakitnye hati ini... smpai je rumah, ibu menangis smpai lega... smpai wan ckp' buat apa nak menangis? buat je apa yg doktor suruh...kdg² nurse yg 'otai' ni mmg mcm tu.. pekak kan je tlinga tu...' ibu lega smbil kesat air mata... :)

11 ogos 2013


abi : 10 Ogos 2013, 11.50pm... Anak kami Cik Hawa telah pun pergi menemui penciptanya... Doakan yang baik2 belaka & terima kasih atas keperihatinan... Al-fatihah...

* sebelum hawa dikebumikan... ibu dsamping jenazah hawa... ibu nak hawa nmpk ibu di cc hawa... abi yg 'pangku' hawa masa hawa dimandikan, mummy ambil hawa dari abi, dan terus dikapankan... ibu cium hawa 2 kali... ibu nak cium hawa sepuas²nya... abi imamkan utk solat jenazah hawa sehinggalah hawa selamat dikebumikan... abi mmg berniat nak 'sempurnakan' hawa buat kali terakhir.


ibu : Tiap2 mlm klu nk tido msti nk berkepit...mlm ni ibu akn tido tnpa hawa..Hawa nmpk cantik sngt td... Wangi sngt!! Baju hawa pon cantik!! Hawa jgn sedih tau.. Kat sana ramai frens...Allah akn jg hawa...hawa janji tau tggu ibu dan abi kat sana... Ibu dan abi redha... Slama 2 bln 8 ari,ibu dan abi bahagia sngt adanya hawa... Yup... Beraya bertiga di tahun ketiga.. Time kasih hawa... Tunaikan impian ibu dan abi...

* selesai hawa di kebumikan...tiba² bunyik alam dekat hp ibu...waktu utk hawa minum susu... sayunya hati waktu tu... ibu rasa betul² sunyi waktu tu.. ibu rasa keseorangan... mujur abi yg sentiasa di sisi... malam tu, ibu dan abi buat tahlil utk hawa... 

p/s hawa yg sentiasa di hati ibu dan abi  :)






Rabu, 18 Disember 2013

#Daughter Death Poem





I see your teardrops falling
I hear you cry my name
I know you can not see me
but I hold you just the same


I watch as you lie abed
as restless as can be 
I hear your whispered words
as you pray for dreams of me


every day for you is painful
each breath, each step you take
but as the wise mom I know
a future you will make 


I envelope you in my love
as for me you use to do
it's hard to see you in such pain
forever the strong one's been you


although our lives journey's
have bid us to be apart
I am with you, you are with me
always in our hearts

Selasa, 17 Disember 2013

6 bulan 14 hari

Kalau hawa masih ada sekarang, hawa dah umur 6 bulan 14 hari... mesti hawa dah merangkak :) xlame lg dah boleh jalan.

semalam ibu dan abi pergi pasar malam... ibu trnmpk sorang baby ni serupa cam hawa, baby tu tegakkan kepala masa ibu dia pegang...

ibu teringat masa hawa tido dekat dada ibu... ibu panggil nama hawa.. "hawa...pandang ibu.." hawa pun angkat kepala, pandang atas...pndang muka ibu... ibu bangga sangat... ibu syg kat hawa...

masa ibu tgh berborak²...hawa angkat kepala,pndang ibu..smbil buat muka berkerut²... mrh la tu kita bising.. hehe...

pernah sekali masa abi tgh baca yaasin... hawa pandang jer abi... ibu pun terkejut, ingatkan hawa tido ke, atau hawa buat x tau je...tp hawa pandang abi, dan mcm tgh khusyuk dgr abi baca yaasin smpai abi habis baca yaasin.

"hawa tggu sekejap, ibu nak solat.." hawa diam, dan pndang ibu, hawa x merengek, atau meragam sbb kene tinggal... tapi hawa pandang ibu, smpai abis solat.

semalam ibu ckp dekat abi "sy teringat dekat hawa, lepas nmpk baby tadi"  abi senyum jer... "hawa sekarang dekat syurga"  :)

secara jujurnya, ibu x sabar nak mengandung lagi... tp dalam masa yg sama ibu takut, fobia.. takut perkara yg same berulang kembali...

kadang² smbil tgk tv ibu teringat kita dekat hospital... tringat perangai doktor² yg amik senang jer keje... tringat juga nurse² yg garang... ibu jadikan semua tu sebagai pengalaman...

kadang² ibu rasa mcm nk pinjam mesin masa doraemon...nak ulang balik kejadian tu... andainya ibu bertegas, mungkin hawa disamping ibu sekarang... tapi bila ibu fikir balik...apa gunanya kalau ibu bahagia, tapi hawa yg merana... lagi ibu x sanggup...

sekurang²nya ibu x nmpk lagi hawa sakit depan ibu, kene cucuk jarum hari²... hawa yg ajar ibu supaya kuat... ibu tgk hawa x nangis stiap kali kene cucuk amik darah... jadi, ibu pun kene kuat cam hawa... :)

p/s : ibu nak visit hawa lagi minggu ni... :)