Terlalu tinggi dan mulianya hati seorang ibu. Hanya mereka yang telah melalui saat melengkapi sebuah kehidupan sempurna sebagai seorang ibu akan memahami betapa halusnya jiwa mereka ini. Saya percaya tidak seorang ibu yg sanggup melihat anaknya hidup menderita dan dalam kesesatan. Jika diberi kuasa 'super power' seorang ibu pasti tidak membenarkan setitik pun air mata anaknya menitis ke bumi. Biarlah ibu menderita asal akan anak-anaknya bahagia!
Tetapi adakah sepuluh anak mampu menjaga hati seorang ibu? tidak cukup dengan itu ada lagi yang masih menjadi si tanggang pada zaman moden. Menyalahkan takdir dan mempertikaikan mengapa dia dilahirkan ke dunia ini? ada yang berkata "makcik didik anak makcik ni sampai ke mana? nak jadi apa? manusia atau hantu?"
Persoalan-persoalan ini sepatutnya kita sendiri yang mempunyai jawapannya. Ibu telah melahirkan kita ke dunia ini, mengendong kesana sini, membesarkan kita tanpa mengenal perit, mungkin benar, ada kalanya cara membesarkan anak-anak akan mempengaruhi kehidupannya di masa hadapan tetapi saya pecaya apabila manusia itu boleh berfikir dengan sendiri, warna kehidupan akan ditentukan oleh dirinya sendiri.
Jangan sama sekali menyalahkan takdir... Mungkin waktu membesarkan kita, ibu melalui kehidupan yang susah dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah keadaan itu bagi mencari kesenangan serta menabur kembali budi buat ibu.
namun ada jua senario yang kerap kali saya lihat sekarang, apabila si ibu terpaksa mendengar setiap cakap anak, takut dan terlalu berhati-hati menjaga perasaan anak. Anak sudah besar, kaya dan ternama. Mungkin terasa dirinya terlalu besar dan hebat, sehingga si ibu tidak lagi boleh memberi pendapat atau bersuara.
p/s : ibu dan abi berdoa semoga kami sentiasa mendapat restu dari ibu dan ayah kami....ibu dan abi berharap ibu dan ayah kami akan sentiasa berbahagia mendapat anak seperti kami...kerana ibu dan abi juga berdoa semoga kami dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah. aminnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan