Selasa, 16 Februari 2016

shamil hamka bin mohd shafik






Bismillah... dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah ibu selamat melahirkan anak lelaki pada 28 september yg lalu. adik hawa seberat 3.29kg dilahirkan secara pembedahan. Ibu redha dengan ketentuan Allah dimana ibu tidak diizinkan melahirkan adik secara normal, apa2 pun ibu merasai pengalaman bagaimana rasa sakitnya kontraksi itu. pintu rahim ibu telah terbuka 8cm!! tapi adik masih di 'atas', doktor telah cuba 'tarik' adik, tapi masih tidak berjaya. hampir 8 jam ibu tahan kontraksi yg agak tidak tertahan rasa..huhuhu...

SHAMIL HAMKA BIN MOHD SHAFIK telah lahir pada 6.55 pagi (28 September 2015) .walaupun penat bertarung nyawa melawan kontraksi tapi ibu lega bila terdengarkan tangisan adik yg sungguh kuat.  Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. bermula lah episod seterusnya yg kami diuji lagi dengan mengetahui adik adalah penghidap G6PD Intermidiate.

Pada masa tu, ibu dalam keadaan down... Ibu menangis dan menangis, ibu rasa macam tak boleh terima ketentuan Allah waktu itu, Astaghfirullah... nasib baik ada abi yg sentiasa positif disamping ibu. Mungkin syaitan lebih berkuasa waktu itu di dalam hati ibu, mcm2 telah dihasut ibu, bermula dari kelahiran hawa...ibu memikirkan yg Allah uji ibu lebih dari kemampuan ibu...

Ya Allah sungguh berdosanya aku pd ketika itu... Ya Allah ampunkan aku... Aku cuba melawan dari tunjuk Syaitan, tapi aku tidak mampu pada ketika itu...tapi sebenarnya  Engkau masih bersamaku ...Engkau berikan kasih sayangMu tanpa aku sedar!! Ampunkan aku Ya Allah...  T_T

Shamil hamka telah ditahan ward selama 7 hari untuk pemantauan jaundice...masa tu rasa mcm duduk 7 tahun dalam ward... mana x nyer hari2 tgk ank ibu duduk bawah lampu biru dengan ditutup matanya 24 jam...sampai kulit ank ibu kering...adehhh...mmg cuba utk kuat tapi ibu rasa kali ni ibu lemah selemahnya...down sngt perasaan tu.

selepas keluar dari ward...ibu dan abi berulang alik ke klinik untuk pastikan jaundice hamka tidak melebihi 'border' yg ditetapkan...tp bacaan jaundice hamka semuanya hampir ke border. ibu dan abi ikhtiar cara shifa moga Allah permudahkan...Alhamdulillah dapat lihat kesan yang positif terhadap hamka walaupun bacaan jaundice still mcm x mau turun...huhu...hari2 abi bacakan yaasin sambil pangku hamka...

2x hamka diambil sample darah untuk pastikan hati hamka betul2 matang dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. hampir 2 bulan ibu dan abi tidur x nyenyak berdoa agar hamka sentiasa sihat. Ahli keluarga banyak bagi sokongan. sekarang ibu dan hampir tgh menunggu keputusan (4 mac 2016) untuk mengetahui hamka betul2 penghidap G6PD deficience or normal . semoga semuanya di permudahkan...aminnnn

p/s: berkerut2 mata hamka bila abi tunjuk gambar kakak hawa...  :)